Rate

BAB 64

Romance Series 197233

Darius menenguk minuman syaitan, selesai minum dia bangkit dalam keadaan terhuyung-hayang sambil menari di kelilingi lima orang perempuan berkulit putih. Tidak usah disebut, pakaian kelima orang perempuan itu sungguh aib sekali. Bukan main bising bunyi lagu, bergema satu ruangan rumahnya.

Zulfiqar pula sudah khayal di sofa, salah seorang perempuan yang menari bersama Darius tadi menjatuhkan tubuhnya ke dada Zulfiqar. Zulfiqar tersengih penuh makna. Kalau sudah ikan ada di depan mata, takkanlah mahu dibiar saja. Maka menurut Zulfiqar lebih baik dia menikmati ikan itu sepuas-puasnya. Lagipun kedua ibu bapanya tidak ada di situ, tidak ada siapapun melihat perbuatan zinanya itu... itulah yang ada di kepala Zulfiqar saat itu. Barangkali dia terlupa bahawa Allah itu Maha Melihat. Balasan atau azab yang pedih di atas setiap perbuatan jahat sudah tersedia bagi mereka yang mengingkari perintah Allah, apalagi perbuatan dosa kerana berzina. Telah tercatat di dalam Al-Quran, Allah berfirman;

"Janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)" - QS. al-Isra'32

Cinta ialah maruah manusia, ia terlalu mulia. Satu anugerah Tuhan untuk manusia. Namun kerana terlalu mengikut kata syaitan, ramai yang telah terkorban. Ramai juga mereka yang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. Mereka langsung tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggungnya, tidak juga mengasihani kedua ibu bapa dan dirinya sendiri.. sedangkan manusia dilahirkan dalam keadaan yang putih bersih tanpa noda, tetapi kerana tewas dengan ujian mereka memalitkan kehidupannya dengan dosa yang menggelapkan hati seolah-olah jahil soal agama, walhal mereka mengetahui halal haram pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Aakif Aryanz juga sedang khayal, kepalanya terasa berpusing-pusing. Namun tidaklah seteruk Darius dan Zulfiqar. Tiba-tiba telefonnya berdering, tertera nama 'Arissya' di skrin telefonnya. Terkedu dia seketika, biasanya jarang gadis itu menelefonnya. Dia tersengih.

'Bagus! Tahniah Aryanz, kau dah berjaya buat perempuan tu percayakan kau..' desis hati Aakif Aryanz.

Aakif Aryanz biarkan saja panggilan itu, malam itu dia cuma ingin berseronok.

Tengku Arissya diam, panggilannya tidak dijawab. Berdesis hatinya, 'Kenapa dia tak jawab call eh? Mesti dia sedih pasal tadi. Mana tak sedih bertunang dah banyak kali tapi tak jadi..'

Tengku Harith Zaqwan pula tidak dapat melelapkan matanya, dia asyik memikirkan soal Tengku Arissya. Ada kegusaran di hatinya mengenai Aakif Aryanz yang semakin rapat dengan bekas isterinya itu.

Kalau dia munculkan diri awal, bercakap soal Aakif Aryanz di hadapan Tengku Arissya. Membongkar rahsia mengenai siapa sebenarnya lelaki itu sudah pasti Tengku Arissya tidak akan percaya. Bukti juga dia tidak ada. Dia perlu lebih mendekati Aakif Aryanz, mencari bukti untuk ditunjukkan pada Tengku Arissya.. tapi bagaimana? Bukti yang macam mana dia perlu cari tahu. Sebenarnya dia tidak banyak pilihan. Selagi mampu dia akan terus mendekati Aakif Aryanz untuk mendapatkan bukti tanpa berputus asa.

Sejak akhir-akhir ini banyak yang Tengku Harith Zaqwan fikirkan. Kadang-kala pening kepalanya. Kerisauannya juga jelas terpancar di wajahnya. Namun begitu, dia tidak akan membiarkan Tengku Arissya menjadi mangsanya. Dia akan berusaha menjaga gadis itu dengan baik dari kejauhan walaupun dia tahu Tengku Arissya tidak menyedari kehadirannya setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience