Rate

BAB 116

Romance Series 197165

Pagi semalam Hud Mikail meminta Pak Cik Karim dan Mak Cik Timah pulang saja ke rumah kerana dia sendiri mahu menjaga Tengku Harith Zaqwan. Pagi ini kedua pasangan suami isteri itu akan kembali ke hospital, dia pula akan ke ofis. Kalau dia tak masuk ofis siapa lagi yang akan menguruskan syarikat itu.

"Doktor!" Sapa Hud Mikail apabila kelihatan doktor dan seorang jururawat masuk ke bilik wad Tengku Harith Zaqwan.

"Saya mahu memeriksa keadaan pesakit, encik sila keluar dulu ya.." tegas doktor. Hud Mikail mengangguk faham.

Hampir setengah jam doktor memeriksa keadaan Tengku Harith Zaqwan, doktor dan jururawat kemudiannya keluar dari bilik wad itu.

"Macam mana keadaan abang sepupu saya, doktor?" Soal Hud Mikail risau.

"Berat untuk saya katakan, tapi saya perlu bagitahu juga encik. Pesakit disahkan koma," balas doktor itu. Hud Mikail terkedu, matanya berkaca.

Doktor itu menepuk bahu Hud Mikail berulangkali, seakan memberi kekuatan sambil berkata, "Sama-samalah kita berdoa. Hanya doa yang dapat menyembuhkannya.."

"Berapa lama pesakit akan koma doktor?"

"Maaf, saya tak dapat jangkakan berapa lama.. ia bergantung pada kekuatan antibodinya dalam melawan jangkitan kuman tu," balas doktor itu.

"Saya pergi dulu ya.." sambung doktor itu segera berlalu pergi dari situ. Hud Mikail kembali masuk ke wad. Dia duduk di kerusi kecil itu, wajah abang sepupunya di pandang sayu. Kesedihan terus meratah hatinya.

"Kau kena kuat, Harith. Kau kena lawan jangkitan kuman tu. Kau tak boleh tinggalkan aku!" Ucap Hud Mikail.

Dia tahu walaupun seseorang itu koma atau tidak sedarkan diri, tapi ia mampu mendengar suara di sekelilingnya yang memberi harapan untuknya terus hidup

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam. Eh, pak cik.. mak cik. Awalnya datang," balas Hud Mikail yang sudah bingkas bangun.

"Ha'ah.. pak cik, mak cik datang awal. Hud kan nak masuk ofis kejap lagi," ucap Pak Cik Karim. Hud Mikail hanya mengangguk faham.

"Macam mana keadaan Harith? Doktor ada datang pagi ni?" Soal Mak Cik Timah pula.

Jelas wajah Hud Mikail hampa, "Ada. Doktor dah sahkan yang Harith koma.."

"Allahu.." menggeleng kepala Pak Cik Karim mendengar hakikat itu, begitu juga dengan Mak Cik Timah. Hakikat itu benar-benar mengundang sebak dihati masing-masing.

"Tak apalah, kita doakan supaya Harith cepat sembuh ya. Saya tak boleh lama kat sini pak cik, mak cik. Saya kena masuk ofis dulu. Insya-Allah waktu lunch saya datang sini lagi," balas Hud Mikail sedang berusaha belajar untuk redha.

"Kakak, are you okay?" Sapa Tengku Elvia.

"Yup, I'm okay.." balas Tengku Arissya cuba mengukir senyum.

"Plastiknya akak senyum. Akak tak okay ni. Why?" Ucap Tengku Elvia yang dapat membaca hati kakaknya.

"Okaylah.."

"Okay apanya kalau termenung depan rezeki. Kenapa ni?"

Tengku Arissya melepaskan keluhan berat, "Akak rasa tak sedap hati sejak dari pagi semalam lagi. Tak tahu kenapa.."

"Yeke? Hmm.. ke ada something yang jadi ni?"

"Akak dah call papa, papa okay je.." balas Tengku Arissya.

"Tak ada apalah tu akak, mungkin akak banyak fikir kut.." balas Tengku Elvia cuba menenangkan kakaknya.

Iris Ariana menelefon Hud Mikail pada tengah hari itu, dia ingin bertanyakan mengenai Tengku Harith Zaqwan.

"Berat untuk saya katakan Cik Ariana," ucap Hud Mikail.

"Kenapa?"

"Doktor sahkan Harith koma," balas Hud Mikail membuatkan Iris Ariana terkedu.

"Ya Allah.. betul ke? I rasa macam tak percaya je dengar semua ni. Setahu I sebelum ni Harith okay aje.." balas Iris Ariana.

"Okay masa kat Paris kut, tapi time kat sini kalau you nak tahu Harith tu selalu sibukan diri dia sebab...."

"Sebab nak lupakan Tengku Arissya," sambung Iris Ariana laju.

"Macam mana you tahu pasal Tengku Arissya, Harith ada cerita ke?"

"Ha'ah.. you tentu tahukan I ke sana juga, so kat sana tu kami berdua dah jadi kawan. Tu yang dia sudi kongsikan dengan I pasal Tengku Arissya.."

"Tengku Arissya tu dunia Harith. Kalau Arissya bahagia, dia pun akan bahagia. Kalau Arissya terasa sakit, dia pun rasa sakit yang sama.." balas Hud Mikail.

"Tapi sayangkan, cinta Harith tak dihargai.."

"I pun tak tahu nak cakap apa Cik Ariana, bila melibatkan soal hati ni ia agak sukar.." balas Hud Mikail.

"Betul juga tu. Eh, you ni tak payahlah panggil Cik Ariana, panggil Ariana cukup,"

Hud Mikail senyum, "Okaylah I panggil you Ariana. Cantik nama you!"

"Thank you!"

"Owh.. ya, lupa I nak tanya, you tak nak bagitahu Arissya ke yang Harith masuk hospital?"

"I rasa buat masa sekarang ni tak kut,"

"Tapi I rasa Arissya perlu tahu," balas Iris Ariana.

"Entahlah, I serba salah sebenarnya. Tapi ada betulnya juga apa yang you cakapkan tu. Nantilah kalau I ada masa free, I jumpa Datuk Mustaqim.."

"Datuk Mustaqim?"

"Datuk Mustaqim tu papa Arissya," balas Hud Mikail.

"Owh.. okay juga you bagitahu Datuk Mustaqim. Mungkin dia lebih tahu cara untuk memberitahu anaknya soal Harith, supaya tak terkejut dengan berita buruk tu.." balas Iris Ariana.

"Yup, hmm.. I minta diri dulu ya Ariana. I nak ke hospital tengok keadaan Harith kejap lagi.."

"Alright. Take care, bye!" Balas Iris Ariana mematikan panggilan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience