Get the app for full experience
Malam itu baru sempat Tengku Arissya membelek-belek gambar yang diambilnya petang tadi. Bukan main suka dia tengok gambar dalam telefonnya. Cantik sungguh pemandangan dari tingkat atas Menara Effiel Tower.
Tiba-tiba ada satu gambar buat dia terpaku lama. Dalam gambar itu di sebelahnya ada seorang lelaki sedang mendongak ke langit. Dia seakan mengenali bentuk tubuh sasa itu.
"Lelaki dalam gambar ni seperti Tengku Harith Zaqwan. Betul tak ya?" Soal Tengku Arissya seakan bertanyakan dirinya sendiri.
Dilihatnya gambar itu sekali lagi, kali ini Tengku Arissya zoom. Terlihat sipi gambar lelaki itu, nampak hidungnya mancung.
'Aku yakin kau dalam gambar ni Tengku Harith Zaqwan, aku kenal susuk tubuh kau. Apa kau buat kat situ? Agak-agak kau nampak tak aku dengan Aakif Aryanz tadi? Kalau betul kau nampak, kau mesti fikir Aryanz tu kekasih aku, atau kau mesti ingat Aryanz tu bakal suami baru aku. Apa yang sedang kau rasakan sekarang ya? Terlukakah hatimu? Eh, Arissya! Apa yang kau kisahkan sangat ni? Lelaki tu kan dah tak bermakna untuk kau lagi. Biarlah dia! Biar dia rasa luka yang sama macam kau rasa dulu..' Desis hati Tengku Arissya.
Tengku Harith Zaqwan duduk di sejadah selepas solat isyak. Dia mencapai Surah Yaasin, dia mahu sedekahkan bacaan yaasin itu buat arwah mamanya. Perlahan suaranya mengalunkan bacaan yaasin, ada sebak di hatinya. Namun cuba ditahannya.
Selesai bacaan yaasin, Tengku Harith Zaqwan melabuhkan punggungnya di birai katilnya. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Arissya bersama lelaki itu, luka di hatinya berdarah semula.
'Siapa sebenarnya lelaki tu? Bakal suami baru bekas isteri akukah? Jika benar mungkin aku dan dia takkan pernah bersatu lagi. Tapi relakah hati ini Tuhan? Jika sudah tertulis takdir cinta aku begini, apalah daya aku untuk melawan takdir Tuhan. Hanya satu yang aku pinta, kuatkanlah hati yang semakin rapuh ini wahai Tuhanku. Aameen..' Doa Tengku Harith Zaqwan dalam hatinya.
Bila sampai masanya dia akan bersemuka dengan Tengku Arissya bertanyakan soal lelaki itu. Buat masa sekarang biarlah dia fokus pada kerjanya dulu. Dia mahu simpan duit untuk bawa Tengku Arissya berjalan di suatu tempat.
Tengku Elvia pernah bercerita mengenai keinginan hati Tengku Arissya untuk ke Champs-Elysees. Di mana ia merupakan salah satu cabang dari bulatan terletaknya Arc de Triomphe. Cabang ini merupakan jalan besar terletaknya butik-butik dan kedai-kedai mewah yang boleh shopping.
Tengku Harith Zaqwan yakin tentu setiap barangan di sana sangat mahal harganya. Jadi, dia perlu menyediakan wang yang banyak hasil usahanya sendiri untuk membawa Tengku Arissya ke Champs-Elysees. Atas sebab itu jugalah dia mencari pekerjaan di Kota Paris. Demi menunaikan keinginan hati kesayangannya.