Rate

BAB 137

Romance Series 197233

Masa kian berlalu, Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya semakin dapat. Mana tidaknya, Tengku Harith Zaqwan banyak mengajar Tengku Arissya dalam bidang perniagaan.

Lelaki itu sentiasa mendidik Tengku Arissya dengan penuh sabar. Dia tidak kedekut ilmu, semua ilmu perniagaan dia berikan sampailah akhirnya Tengku Arissya mampu bergerak sendiri. Sudah bijak mengatur langkahnya dalam bidang perniagaan setanding dengan adiknya, Tengku Elvia.. bahkan lebih dari itu.

Tengku Harith Zaqwan bukan calang-calang lelaki, dia seorang lelaki yang bijak dan bekerjaya. Bisnes adalah makanannya. Sejak kecil dia diajar dan di didik oleh Tengku Suria. Jadi, tidak hairanlah suatu ketika dahulu Tengku Qistina tergila-gilakannya semula kerana harta yang dimilikinya begitu banyak.

Namun walau sehebat manapun dia dalam mengendalikan bisnes, ada masanya Tengku Harith Zaqwan selalu tewas dengan perasaannya. Dia lelaki yang baik, dia kenal cinta dengan baik, dia seorang lelaki yang tidak pernah menduakan cintanya. Dari Tengku Qistina dia belajar erti ketulusan, bagaimana rasanya sakit ditinggalkan oleh orang yang dicintai. Cinta mengajar dia lebih kuat meskipun jiwanya pernah ranap dihancurkan Tengku Qistina. Itu dulu, berbeza dengan sekarang. Tapi entahlah, banyak hal yang membuatkan dia lupa siapa insan yang paling dia cinta dan siapa pula yang pernah wujud memberi makna yang begitu besar untuk dirinya.

Sebenarnya jika ada cinta pun, manusia masih tercari-cari sesuatu.. entah apa tidak tahu, sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. Hanya Allah yang lebih memahami.

"Jom lunch!" Ajak Tengku Harith Zaqwan yang sudah sampai di ofis Tengku Arissya.

"Okay, jom!"

Tengku Elvia baru saja mahu ke bilik kakaknya, namun tidak jadi apabila dia melihat kelibat Tengku Harith Zaqwan dan kakaknya bergandingan keluar dari bilik ofis. Dia senyum.

"Wow! Ini permulaan yang baik. Lepas ni aku makan nasi minyak pulalah ni," ucap Tengku Elvia perlahan. Dia tidak perasan di belakangnya adanya Tengku Emir Danish.

"Nasi minyak orang buat apa, kita bilanya sayang?"

Tengku Elvia berpaling ke belakang, "Eh, you rupanya. Bila you ada kat belakang I?"

"Biasalah, I kan ada kuasa halimunan," gurau Tengku Emir Danish membuatkan Tengku Elvia tergelak kecil.

"Sayang jom lunch, I dah lapar ni. Kejap lagi kita continue meeting pasal projek tu ya. I ada something nak discuss dengan you,"

"Alright, jom!" Balas Tengku Elvia juga keluar makan tengah hari dengan tunangnya.

"Thanks Harith, you banyak tolong I dalam bidang bisnes ni," ucap Tengku Arissya.

"No problem, you pun tekun belajar.. itu sebab you berjaya dapat tangkap ilmu yang I ajar," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Yup, tapi semuanya sebab you. You yang sabar didik I, so I banyaklah dapat belajar bisnes dari you,"

"So now you dah tahu everything kan.."

"Ha'ah, alhamdulillah. I dah start keluar jumpa klien, start sembang-sembang pasal bisnes, cumanya I belum belajar melawat ke site aje,"

"Owh.. okaylah tu. Kalau bab melawat kat site tu biarlah, sebaiknya serahkan pada lelaki, lagipun bahaya kat sana. You tahukan macam-macam pernah terjadi, batu-bata jatuh kat atas kepala boslah, kena hempap besilah.. so I rasa you tak perlu ke sana,"

"I rasa perlu untuk ke sana. I nak belajar semua benda," balas Tengku Arissya yang sukakan cabaran.

"No, you tak boleh ke sana!"

"Tapi Elvia okay je ke sana,"

"Elvia tak apalah Emir ada sekali. You tak boleh ke sana seorang diri. Bahaya," balas Tengku Harith Zaqwan serius.

"So, youlah yang temankan I,"

"Insya-Allah, kalau ada masa terluang kita pergi ke tapak projek, but not now,"

Tengku Arissya hanya mengangguk faham.

Faqrul mencari tempat parkir kereta dikawasan kedai makan di situ, tiba-tiba semasa dia mahu melintas jalan dia terpandangkan Tengku Arissya bersama seseorang. Dia segera ke sana.

"Hai, Arissya!" Sapa Faqrul.

"Eh, Faq. Buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya, dia terasa yang soalannya itu tidak kena. Ada ke pergi tanya buat apa, dah sahlah nak makan tengah hari. Kan restoran ni.

"Lunch,"

"Boleh I join sama tak?" Sambung Faqrul.

"Boleh, silakan," pelawa Tengku Arissya tanpa bertanyakan Tengku Harith Zaqwan.

"Harith, kenalkan ni Faqrul. Dia kawan baik I, kita orang pernah berkerja ditempat yang sama sebagai lecturer,"

Tengku Harith Zaqwan buat muka bersahaja.

"Owh really? Aku rasa macam pernah tengok kau. Tapi tak ingat kat mana pulak," balas Tengku Harith Zaqwan membuatkan riak wajah Faqrul nampak berubah.

"Tapi aku gurau aje," sambung Tengku Harith Zaqwan tergelak. Faqrul nampak lega.

"Aku dengar kau dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman, betul ke?" Soal Faqrul.

"Ya bro. So, lepas koma tu aku tak dapat ingat apa-apa dah,"

"So, tak ingat apa-apalah ni? Termasuk Arissya?" Soal Faqrul membuatkan Tengku Arissya terkedu. Apa pula Faqrul ni, janganlah sampai dia bagitahu pada Tengku Harith Zaqwan siapa dia dulu dengan Tengku Harith Zaqwan. Kalau tak banyak pula tanyanya. Biarlah waktu yang menentukan segalanya.

"Tak, langsung tak. Aku pun tak tahu siapa gadis cantik ni yang ada depan aku," ucap Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Arissya tertunduk malu. Faqrul hanya terdiam.. seakan cuba memendam sesuatu di sudut hatinya.

"Faq, orderlah nak makan apa," ucap Tengku Arissya bersuara untuk menutupi rasa malunya. Faqrul memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.

Mereka menikmati makan tengah hari bersama, namun begitu Tengku Harith Zaqwan nampak tidak senang dengan kehadiran Faqrul. Dia tidak selesa.

Selesai makan tengah hari Tengku Harith Zaqwan menghantar Tengku Arissya balik ke ofisnya. Sepanjang dalam perjalanan Tengku Harith Zaqwan tidak banyak bercakap, dia benar-benar tidak suka Tengku Arissya rapat dengan Faqrul.

"Harith you okay ke? You sakit kepala ke?"

"I'm okay,"

"You yakin yang you okay?" Soal Tengku Arissya. Kali ini Tengku Harith Zaqwan memandang Tengku Arissya sekilas.

"You dah lama kenal Faqrul?"

"Ya dah lama, dia kawan baik I. Dia banyak bantu I dulu masa I kerja sebagai lecturer,"

"Owh.. so, you dulu seorang pendidik rupanya,"

"Yup, kenapa you tanya pasal Faqrul?"

"I tak suka you dekat dengan dia Arissya,"

"But why?"

"Tak tahu,"

"You ni peliklah, tanpa ada penyebab you tak suka Faqrul tu. Dia tu baik tau, dia selalu tolong I.."

"Tak semestinya dia selalu tolong you, dia tu baik. I rasa dia suka youlah," balas Tengku Harith Zaqwan berterus-terang.

"Apa yang you cakap ni. Mana ada dia sukakan I. Dia tu kawan baik I ajelah,"

"Macam mana kalau suatu hari nanti dia luahkan rasa cinta dia pada you?"

"Harith enough!"

"Kenapa you marah?"

"Sebab I tak suka you cakap bukan-bukan, faham tak!" Balas Tengku Arissya geram.

"Tak salah rasanya apa yang I cakapkan tu,"

"Okay, kalau tak salah apa yang you cakap tu. Baik, I bagi jawapan. Kalau dia sukakan I pun so apa masalahnya? Tak ada halangan untuk kami berkahwin. Kan? Dah puas hati dengan jawapan tu?" Balas Tengku Arissya dalam keadaan marah. Tengku Harith Zaqwan memberhentikan keretanya depan ofis Tengku Arissya secara mengejut.

"Harith!"

"What?"

"Kalau you nak marah, you boleh marah tapi tak perlulah bersikap seperti budak kecil. Dibuatnya I cedera terkena dashboard kereta ni macam mana?"

Tanpa berlengah Tengku Arissya segera keluar dari kereta Tengku Harith Zaqwan. Dia sakit hati dengan sikap lelaki itu. Tiba-tiba memberontak tak tentu pasal. Geram pula dia!

'Maaf Arissya, tak sengaja bersikap begini,' desis hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

Entah kenapa bila dia melihat kemesraan Tengku Arissya dengan Faqrul hatinya seakan menangis kuat. Dia tidak menyenangi jika Tengku Arissya rapat dengan Faqrul. Sangat tidak suka. Jadi apa yang akan dia lakukan selepas ini adalah kekal rapat dengan Tengku Arissya.

Dia tidak mahu Faqrul mendekati Tengku Arissya, dia tak suka. Biar dia yang mendahului, tapi bukan Faqrul yang mendekati Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience