Rate

BAB 150

Romance Series 197165

Dua hari kemudian..

"Arissya memang sengaja nak sakitkan hati aku!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Kenapa pula?"

"Kau sendiri yang cakap dia datang ofis bagi kad jemputan tu. Memang dia sengajalah nak sakitkan hati aku,"

Hud Mikail tersengih, "Kau ni sampai ke situ pula,"

"Aku tak sukakan semua ni. Arissya tak boleh kahwin!"

"So, kau nak halanglah perkahwinan dia esok?"

"Ya, esok aku akan halang perkahwinan Arissya dengan si Faqrul tu. Mereka berdua tak boleh kahwin. Aku tak nak Arissya menderita!"

"Apa kau merepek ni? Eh, dia dah pilih lelaki tu. Mestilah dia akan bahagia.."

Sengaja Hud Mikail berkata begitu. Esok biar Tengku Harith Zaqwan sendiri tengok siapa yang akan berkahwin sebenarnya.

"Tak Hud! Takkk!!!" Lantang Tengku Harith Zaqwan bersuara.

"Sudahlah Harith, terima saja yang esok Arissya akan berkahwin dengan Faqrul,"

"Nooo!!! Aku takkan benarkan itu terjadi!"

"Apa yang kau nak marah sangat dengan Faqrul tu? Biarlah kalau dia nak kahwin dengan Arissya pun,"

"Ada sebabnya Hud,"

"Tak logik ada sebab, lagipun kau tu bukannya kenal Faqrul bertahun, kau baru je sebulan dua kenal dia. Takkan dah nak buruk sangka dengan dia.." balas Hud Mikail.

"Suatu hari kau akan faham Hud semuanya,"

"Kau macam rahsiakan sesuatu aje daripada aku,"

Tengku Harith Zaqwan memandang tajam ke arah Hud Mikail, "Tak semua soalan ada jawapannya. Kadang-kala kita perlu bermain dengan teka-teki.."

"Akak berdebarnya Elvia, esok dah nak jadi isteri kepada Tengku Emir Danish,"

"Hisyh.. janganlah gerak, nanti habis inai kat tangan ni tau.." pesan Tengku Arissya. Malam itu ada majlis berinai.

"Alaa.. tak apa, inai dari pelukis terhandal. Takkan goyahlah kak," balas Tengku Elvia gembira.

"Akak kena gantikan dengan mana-mana lelaki jadi pengapit Elvia esok tau, takkanlah akak sorang aje kat tepi pelamin tu,"

"Tak payah, akak sorang aje pun tak apa.."

"Elvia call Abang Harith dia tak jawab call, kadang tak dapat. Dia outstation ke?"

"Pedulikan Harith tu,"

"Aikk.. lain macam bunyinya. Akak gaduh dengan Abang Harith ke?"

"Taklah, dia tu yang salah faham dengan akak,"

"Salah faham?"

"Dia ingatkan esok akak yang bakal berkahwin dengan Faqrul,"

Kali ini meledak tawa Tengku Elvia, "Laaa.. yeke? Bestnya kisah cinta akak dengan abang ni. Rajuk merajuk tu.."

"Elvia jangan nak mengada!"

"Akak jangan sampai Abang Harith mengamuk di majlis perkahwinan Elvia esok sudahlah,"

"Akak tak tahu dia datang ke tak esok,"

"Tapi Elvia rasa dia akan datang kut. Dia datang menghalang perkahwinan akak dengan Faqrul tu," balas Tengku Elvia sambil tergelak kecil.

"Hisyh.. taklah, dia mesti takkan datang.."

"Tak! Abang Harith mesti datang. Kalau esok dia datang Elvia nak dia jadi pengapit lelaki tu. Bergandingan dengan akak. Confirm cun!" Balas Tengku Elvia siap angkat kening.

"Semoga dia tak datang!"

"Akak tak baik doa macam tu, esok kan majlis kahwin Elvia. Abang Harith kena datang, dia kan pernah jadi abang ipar Elvia,"

"Hmmm.. tu dululah,"

Tengku Elvia menarik tangan kakaknya perlahan, lalu memandang wajah kakaknya, "Setiap kisah cinta tu ada permulaan dan pengakhirnya, tapi andai pernah terlerai ia boleh diwujudkan semula kisah cinta tu.. asalkan akak mahu.."

"Elvia tak mungkin akak dengan Harith lagi. Jalan cinta kami begitu sulit.."

"Akak yang mempersulitkan sebenarnya. Elvia tengok walaupun Abang Harith tu hilang ingatan, tapi dia seolah-olah tetap mengenali cintanya.."

Tengku Arissya senyum hambar, "Tak perlulah kita bahas soal kisah cinta akak yang dah lama terkubur dengan Harith tu, sekarang ni kisah bahagia Elvia dengan Emir. Akak doakan yang terbaik untuk kalian berdua,"

Tengku Elvia faham kakaknya tidak mahu memikirkan tentang cinta, tidak mengapalah. Biarlah kakaknya menghadapi semua kisah hidupnya dengan jalan yang sudah dipilihnya. Bahagia atau tidak, itu semua atas kehendak takdir. Semoga takdir yang sudah tertulis, terlukis kebahagiaan dihati kakaknya suatu hari nanti.

Kini kisah dia, kisah cinta dia bersama Tengku Emir Danish. Dia yakin lelaki itu mampu membahagiakan dia. Dan dia telah berjanji pada dirinya sendiri akan lebih bijak menguruskan emosinya dalam mengharungi segala cabaran hidup sebagai isteri kepada encik suaminya, Tengku Emir Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience