Rate

BAB 201

Romance Series 197165

Tengku Qistina menuju ke rumahnya. Dia mahu mencari adiknya, Tengku Delisha.

"Hisyh.. siapa pulak ni!" Ucap Tengku Delisha bermalas-malasan membuka pintu rumahnya.

"Del, pergi mana? Akak call tak jawab. Why?" Serang Tengku Qistina hilang sabar.

Tengku Delisha menapak ke ruang tamunya kembali lalu melabuhkan punggungnya di sofa.

"Del tak sihatlah,"

"Apa dah jadi sebenarnya? Akak call Remy, dia kata terus balik kampung tengok mak dia. Del pula time tu pergi mana?"

"Del tak tahu!" Jerit Tengku Delisha.

Tengku Qistina kembali menengking adiknya kuat, "Macam mana boleh tak tahu!"

"Del tak tahu nak jelaskan macam mana. Remy ada je dengan Del, masa tu Remy dah bawa masuk Tengku Emir dalam bilik hotel, lepas tu Del minta nak ke tandas sekejap. Lepas keluar tandas je ada orang paut leher dan tekup mulut Del sampai pengsan,"

"What?"

"Pelik kan? Siapa time tu akak agak yang buat macam tu?"

"Mana akak tahu,"

"Entah-entah Remy yang buat macam tu,"

"Mustahil!"

"Kenapa pula mustahil? Sebab dia cakap kat akak nak balik kampung mak dia sakit. Entah betul ke tak dia tu,"

"Habis tu takkanlah dia tinggal Tengku Emir dalam bilik tu aje," bidas Tengku Qistina laju.

"Entahlah, Del tak tahu. Sudahlah akak, kita anggap aje semua ni gagal. Memang dah tak boleh buat apa. Remy akak tu pun entah ke mana kan," perli Tengku Delisha.

Tengku Qistina sakit hati, dia terus berlalu keluar dari situ dengan perasaan marah.

Tengku Harith Zaqwan sudah mengingatkan Sharkief supaya menjaga Remy dengan baik sepanjang ketiadaannya. Buat sementara waktu Remy perlu berada dalam tahanan mereka, sebelum dia menyiasat telefon lelaki itu sepenuhnya.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Tengku Qistina beberapa kali, namun tidak berjawab.

"Ishh apa pulak dia ni, time aku tengah ada masalah dia call," rungut Tengku Qistina yang sedang memandu. Dia mahu menemui Gee, ada yang ingin dia tanyakan berkaitan Remy.

Namun Tengku Harith Zaqwan tidak berhenti menelefonnya. Terpaksa dia jawab.

"Ada apa you call ni?" Soal Tengku Qistina.

"Sayang kenapa dengan you ni, moody aje. Jawab call I pun tak macam biasa,"

"I busylah, you ni pun!"

Tengku Harith Zaqwan sudah dapat membuat andaian, pasti Tengku Qistina sedang menyiasat soal Remy. Pasti dia mahu menemui anak buahnya, Gee.

"Busy kerja ke?"

"Yup,"

"Sayang I cuti hari ni, apa kata kita pergi bercuti?"

"Tapi I.."

"Please sayang, I sunyi ni. Tak apa, semua bilik penginapan di sana I tanggung,"

Tengku Qistina serba salah, "Tapi I.."

"Sayang bila lagi you nak luangkan masa dengan I? I ni kan bakal husband you, kalau sikap you macam ni lebih baik kita tak payah kahwinlah," tegas Tengku Harith Zaqwan segera offkan telefonnya. Lalu dia tersenyum sinis. Dia pasti beberapa minit lagi gadis itu akan menelefonnya.

"Gee kita jumpa lain kali, aku ada hal lain,"

"Baik, bos!"

Tengku Qistina terpaksa cancel pertemuannya dengan Gee. Dia perlu fokus pada Tengku Harith Zaqwan.

"Harith you merajuk dengan I ke?"

"Of course I merajuk dengan you. You langsung tak nak luangkan masa dengan I,"

Tengku Qistina senyum, "Mana ada macam tu, I call ni nak bagitahu you yang I setuju ikut you bercuti,"

"Really dear?"

"Yup, so kita nak ke mana sayang?" Soal Tengku Qistina.

"Kita akan ke Pulau Langkawi,"

"Wow.. bestnya!"

"Mestilah best sebab you ada. I happy you ikut I tau,"

Selepas bercakap dengan Tengku Qistina. Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharkief.

"Kief kau dah boleh bergerak sekarang ke kampung Remy. Tolong bawa mak dia ke hospital untuk rawatan segera,"

"Baik tuan!"

Sharkief berpesan kepada Remy, "Kau duduk sini baik-baik, jangan buat hal. Aku nak ke kampung bantu mak kau, aku akan bawa mak kau ke hospital menerima rawatan,"

"Tolong jangan apa-apakan mak aku wey!"

"Tuan aku tak sekejam kau! Walaupun kau dah buat jahat dengan dia. Dia tetap buat baik dengan kau,"

Sharkief segera pergi dari situ untuk menjalankan tugasannya. Dia perlu ke sana sebelum Gee mencari mak Remy. Jika tidak habislah dilenyapkannya. Buat sementara dia akan meminta mak Remy berada di hospital, kebetulan dia terbaca mak Remy mesej kepadanya menyatakan yang dia sedang sakit dikampung.

Tengku Harith Zaqwan sudah bersiap. Dia perlu menjauhkan Tengku Qistina dari konconya seketika. Kerana Shakief dan Sharleez akan beraksi pula. Dia sudah awal berpesan. Dia harap kali ini semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang.

"Hai Arissya!"

"Hai, happy nampak!" Ucap Tengku Arissya. Mereka keluar menikmati makan tengah hari berdua.

"I happy sebab dapat keluar dengan you. Yelah you tu bukannya mudah terima pelawaan I,"

"You perli I?"

Faqrul hanya tersengih menampakkan baris giginya.

Sepanjang mereka menikmati makan tengah hari berdua. Mereka berbual-bual, sampailah di akhir pertemuan itu Faqrul memberitahu Tengku Arissya sesuatu.

"Arissya you tahu tak I nampak siapa pagi tadi?"

"Nampak siapa?"

"I terserempak dengan Qistina,"

"Owh.. dah tu kenapa?" Tengku Arissya tidak berminat untuk tahu.

"Perempuan gila tu sapa I. Dia cakap dengan I, kalau jumpa you.. bagitahu yang dia dengan Harith ke Pulau Langkawi,"

Tengku Arissya terkedu, namun dia cuba beriak biasa.

"Okaylah tu, kan diaorang memang tengah hangat bercinta,"

"You tahu tak ustaz cakap kalau lelaki dengan perempuan berduaan bahaya. Diaorang pergi berdua aje tu, kalaulah...."

"Faq stop it!" Marah Tengku Arissya.

"What?"

"Ada baiknya kita tak payah cakap pasal diaorang. Tak penting pun okay!"

"Arissya I'm so sorry," balas Faqrul.

"It's okay, I have to go now!"

Tengku Arissya terus berlalu pergi dari situ. Faqrul buat-buat mengejar kononnya, walhal di dalam hatinya dia ketawa melihat reaksi gadis itu. Padan muka!

Tiba-tiba mood Tengku Arissya hilang, terbawa-bawa sampai ke ofisnya. Tengku Elvia pun perasan akan hal itu.

"Masuk!"

"Akak ni dokumen yang akak perlu sign,"

Tengku Arissya tidak berkata apa-apa. Mukanya masam mencuka.

"Done!"

"Thanks.."

"Akak are you okay?" Soal Tengku Elvia.

"Yup, why? So, ada apa-apa lagi nak kena sign?" Soal Tengku Arissya. Nampak sangat wajah itu bercerita tentang luka.

"Akak tak okay, right? Why?"

"I'm okay, jangan risau!"

"Kali ni sebab apa?" Soal Tengku Elvia degil.

"Akak okay, kenapa dengan Elvia ni?"

"Elvia kenal akak sejak kecil lagi tau, kita hidup sebumbung dah lama. So, bagitahu Elvia apa masalah akak. Kenapa muka masam macam ni?"

Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil, "Tak ada apapun, tadi akak keluar lunch dengan Faqrul, dia bagitahu Tengku Qistina ke Pulau Langkawi dengan Harith,"

"Owh really?"

"Biarlah diaorang, akak pun bukannya cintakan Abang Harith. Elok sangatlah dia cari kebahagiaan dia sendiri,"

Lain jawapan Tengku Elvia kali ini, penuh dengan sindiran. Semakin luka hati yang sedia sakit itu.

"Ha'ah okay pun, cuma akak tak suka Faqrul cakap depan akak sesuatu yang tak penting,"

"Akak cemburu?"

"Sorry okay, langsung tak cemburu. Ikut suka dialah nak ke mana pun. Akak dengan Harith tak ada apa-apa," balas Tengku Arissya penuh ego.

"Junjunglah ego tu tinggi akak, terbangkan ego tu.. nanti kalau dah jatuh jangan menyesal dan menangis darah. Okaylah Elvia keluar dulu,"

Tengku Arissya hairan, kenapa dengan sikap adiknya. Pelik semacam aje. Biasa sikapnya tak begitu. Menyakitkan hati betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience