Rate

BAB 138

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan tidak senang duduk, dia tidak mampu fokus pada kerjanya. Dia asyik teringatkan Tengku Arissya. Semalam dia call gadis itu, namun tidak dijawab panggilannya. Berkali dia call sampailah Tengku Arissya offkan handphonenya. Merajukkah hati itu? Atau tersakiti akibat bicaranya? Argh buntu! Gila jadinya. Berserabut.

Akhirnya Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, dia mencapai anak kunci keretanya. Dia mahu menemui Tengku Arissya. Di ofis pun dia sanggup cari.

Hampir sejam kemudian Tengku Harith Zaqwan sampai di ofis Tengku Arissya.

"I nak jumpa dengan bos you, Tengku Arissya,"

"Tuan Harith dah buat appoinment ke?"

"Belum lagi,"

"Owh patutlah. Puan Arissya dia keluar, baru aje kejap tadi," balas PA Tengku Arissya.

"Ke mana?"

"Katanya mahu ke site, melawat tapak projek yang dalam proses siap,"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan terkedu, "Dengan siapa dia pergi?"

"Setahu I dengan Karl, bahagian pengurusan projek,"

Tengku Harith Zaqwan bertanyakan di mana tapak projek itu. Dia mahu segera ke sana. Dia tidak akan sesekali membiarkan Tengku Arissya berada dalam bahaya.

Sampai saja disitu Tengku Harith Zaqwan ke tapak projek mencari kelibat Tengku Arissya. Jelas dia lihat Tengku Arisya berada di situ bersama Karl, tapi kemudiannya lelaki itu meninggalkan Tengku Arissya sendirian. Dari jauh dia lihat Tengku Arissya mula masuk ke kawasan larangan yang bertanda 'DANGER'. Mungkin Tengku Arissya tak perasan hal itu.

Tengku Harith Zaqwan segera menapak ke situ.

"Maaf, encik ni siapa?" Soal seorang lelaki yang menjaga di pintu masuk kawasan projek itu.

Tengku Arissya sudah hilang dari pandangan Tengku Harith Zaqwan...

"Saya Tengku Harith Zaqwan, saya kenal dengan Tengku Arissya tu. Jangan halang saya," Tengku Harith Zaqwan menegaskan tentang hal itu. Lelaki itu segera membenarkan dia masuk ke kawasan tapak projek.

Tengku Harith Zaqwan mencari kelibat Tengku Arissya. Dalam keadaan matahari sejengkal terasa di atas kepala, memang panas cuaca pada hari itu...

Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan mendengar satu jeritan kuat. Suara itu milik Tengku Arissya. Karl juga sama.. dia segera ke situ. Bertembung dia dengan Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya mana hah?"

"Err.. saya tak tahu Tuan Harith,"

"Eh, kau yang bawa dia ke sini, kau tak tahu mana dia. Siap kau kalau apa-apa jadi kat dia!" Marah Tengku Harith Zaqwan memberi amaran keras pada Karl sebelum berlari ke kawasan datangnya arah suara jeritan itu.

"Aduh, apa aku dah buat ni. Nak jawab apa dengan Datuk Mus!" Ucap Karl panik. Dia kemudiannya berlari ke arah bangunan yang belum siap itu, juga mencari kelibat anak majikannya.

"Arissya!"

"Arissya mana you!" Jerit Tengku Harith Zaqwan kuat.

"Tolongggg! Tolong!" Jeritan itu seakan dekat kedengaran. Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan terpandangkan satu lubang besar di kawasan itu.

"Arissya!!!" Panggilnya lagi. Kali ini Tengku Harith Zaqwan dapat jelas menduga. Tengku Arissya kemungkinan jatuh dalam lubang besar itu. Dia berlari ke situ.

"Arissya!"

"Ya Allah.. Arissya! Kenapa you sampai boleh jatuh dalam lubang sebesar ni!" Ucap Tengku Harith Zaqwan terkedu. Dia cuba bertenang.

"Tolong I Harith. I tak kuat nak terus genggam!" Pinta Tengku Arissya ketakutan. Dia cuma bergantung saja di situ pada sebatang kayu kecil.. jika tangan Tengku Arissya terlepas memegangnya ia akan tenggelam dalam lubang yang kedalamannya sangat menggerunkan.

"Harith tolong I. I tak kuat nak terus berpegang kat sini," pinta Tengku Arissya. Suaranya sebak.

"Syhh.. you tenang ya. I janji akan selamatkan you.."

"Macam mana I nak bertenang kalau keadaan I macam ni," jerit Tengku Arissya. Emosinya tidak stabil.

"Okay, now you pegang tangan I.. you pegang kuat-kuat. Sebab I nak bawa you keluar dari sini,"

"I takut Harith. Tak nakkkk!" Jerit Tengku Arissya.

"Noo.. no.. you tak boleh takut. You kena yakin dengan I. So now Arissya. Now! Pegang cepat!" Arah Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya pantas mencapai tangan Tengku Harith Zaqwan. Namun tangan itu licin, berpeluh. Tengku Arissya menjerit, dia hampir terjatuh. Namun pantas tangan Tengku Harith Zaqwan memegang tangan itu kuat.

Dia menarik pergelangan tangan Tengku Arissya perlahan-lahan.

"Aarghhh!" Kedengaran suara Tengku Harith Zaqwan mengaduh sakit. Mana tidaknya, bayangkan di bawah dada Tengku Harith Zaqwan terdapat satu besi yang agak tajam.. ia sangat menyakitkan Tengku Harith Zaqwan apabila tersentuh besi itu.

"Pegang kuat-kuat Arissya tangan I. You kena yakin dengan I," jerit Tengku Harith Zaqwan berusaha menyelamatkan Tengku Arissya.

"I penat Harith,"

"Bertahanlah dulu, I janji akan bawa you keluar ya," pujuk Tengku Harith Zaqwan. Tangannya semakin kuat mencengkam tangan Tengku Arissya.

"Maafkan I kalau you sakit. I terpaksa pegang dan tarik tangan you kasar," sambung Tengku Harith Zaqwan seakan sebak. Betapa sopannya dia melayani seorang wanita.

Ditariknya perlahan-lahan tangan itu, dia cuba sedaya upayanya. Sekuat-kuatnya demi menyelamatkan Tengku Arissya.
Akhirnya dia berjaya. Saat Tengku Arissya berjaya naik ke atas, tubuh itu terpeluk tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya, you okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Namun tiada respond.

Tengku Arissya masih kemas memeluk tubuhnya, dia mengesot ke belakang perlahan menggunakan kekuatan otot-otot kakinya kerana lubang itu masih ada di depannya terbuka luas. Bahaya.

"Arissya please wake up! Wake up!" Ucap Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya masih kaku di atas dada sasanya. Kali ini Tengku Harith Zaqwan cuba merebahkan tubuh kecil itu ke lantai simen.. namun tangannya diselitkan di bahagian leher Tengku Arissya, supaya kepala itu berlapikkan lengannya.

"Arissya bangun. Buka mata you. Arissya please. Jangan buat I risau.."

Tengku Arissya tidak memberi respond. Amarah Tengku Harith Zaqwan membara di dada. Semua ini terjadi disebabkan kelalaian Karl.

Karl baru saja sampai di situ bersama pekerja di tapak projek itu untuk datang menyelamatkan anak majikannya.

"Tuan, kenapa dengan Puan Arissya tu?" Soal Karl panik apabila dia lihat anak majikannya tidak sedarkan diri.

Tengku Harith Zaqwan mengangkat wajahnya, merah menyala matanya..

"Semua ni salah kau! Lalai buat kerja. Bodoh!" Tengking Tengku Harith Zaqwan.

"Sebab kaulah Arissya kena lalui rasa sakit ni. Sepatutnya kau jaga dia. Tapi apa kau dah buat hah?" Marah Tengku Harith Zaqwan lagi.. geram dia dengan sikap sambil lewa Karl.

Karl telan air liur, takut dengan wajah bengis Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan tidak menunggu lama lagi, dia segera mengangkat tubuh kecil itu untuk dibawa ke hospital.

"What? Accident?"

"Ya, Cik Elvia. Kecelakaan ditapak projek. Puan Arissya ada kat hospital sekarang," ucap PA di ofis itu. Sekaligus memberitahu Tengku Elvia hospital di mana Tengku Arissya ditempatkan.

"Okay, thanks maklumkan pada I.." balas Tengku Elvia segera menapak keluar dari ofisnya untuk ke hospital.

Tengku Harith Zaqwan mundar-mandir di depan bilik rawatan. Tengku Arissya masih berada di dalam bilik doktor. Tidak lama kemudian doktor keluar dari bilik itu.

"Doktor macam mana?"

"Don't worry, isteri encik tak ada apa-apa kecederaan yang serius. Dia okay.. cuma luka dibahagian pergelangan tangannya," ucap doktor itu.

"Owh lega saya dengar. Terima kasih, doktor.."

"Sama-sama. Nanti boleh ambil ubat di kaunter ya. Saya minta diri dulu," balas doktor itu segera pergi dari situ.

Tengku Harith Zaqwan segera ke bilik itu. Dia lihat Tengku Arissya sudah bingkas bangun.

"You okay, Arissya?"

"I'm okay, thanks selamatkan I tadi," balas Tengku Arissya. Matanya kemudian terpandangkan baju milik Tengku Harith Zaqwan terkoyak dibahagian dadanya dan ada tercalit darah pada baju itu.

"Kenapa dengan dada you tu?"

"Owh.. nothing," balas Tengku Harith Zaqwan.

"You tipu I? Macam mana you pun boleh cedera?"

"I'm fine, don't worry!" Balas Tengku Harith Zaqwan masih mengelak.

"Harith, please tell me.."

"Arissya jom kita balik. I nak ambil ubat kat kaunter dulu," Tengku Harith Zaqwan mengubah topik lain.

"I takkan berganjak dari sini kalau you tak bagitahu I kenapa dada you luka," tegas Tengku Arissya. Geram pula dia dengan sikap lelaki itu yang asyik nak mengelak daripada menjawab soalannya.

"Masa I selamatkan you tadi, time tengah tertiarap ada satu besi kat bawah tu. So, time tulah masa I cuba tarik pegang tangan you ke atas, besi tu melukai dada I ni,"

"Ya Allah.. kesiannya. Patutlah you mengaduh sakit tadi. Kenapa tak rawat sekali?"

"It's okay, I boleh sapu ubat luka aje kat rumah," balas Tengku Harith Zaqwan..

"Arissya I nak minta maaf dengan you. I pegang tangan you kasar masa nak selamatkan you tu, I terpaksa.."

Kali ini Tengku Arissya terdiam. Baiknya hati Tengku Harith Zaqwan, sudahlah dia selamatkan Tengku Arissya.. lepas tu minta maaf pula di atas kekasaran yang berlaku semasa ingin menarik pergelangan tangan Tengku Arissya.

Tengku Arissya begitu tersentuh. Dia rasa sebak. Tertumpah rasa kasih yang begitu mendalam buat lelaki di hadapannya. Indah sungguh akhlak lelaki itu.

Selepas kejadian itu, Karl diberi peringatan oleh Datuk Mustaqim supaya lebih bertanggungjawab dalam kerjanya. Dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience