Rate

BAB 223

Romance Series 197165

Sharleez menerima satu panggilan daripada Tengku Harith Zaqwan.

"Ya tuan!"

"Kau kat mana?"

"Kat rumah," balas Sharleez yang sedang minum coffee.

"Bersiap sekarang!"

"For what?" Soal Sharleez.

"Tengku Arissya hampir dilanggar, nasib baik aku tarik tangan dia. Kebetulan aku ada kat situ. Kalau tak, tak tahulah apa jadi.." balas Tengku Harith Zaqwan menyebabkan Sharleez terkedu. Sharleez sayangkan Tengku Arissya. Walaupun gadis itu membentaknya marah suatu ketika dahulu, dia tetap menganggap Tengku Arissya sebagai adiknya sendiri.

"Cis tak guna!"

"Kau tahu tuan siapa yang punya kerja tu?" Sambungnya bengang.

"Aku yakin ni semua kerja Tengku Qistina.."

"Perempuan tu memang nak kena dengan aku. Kalau tak disebabkan bukti tu masih ada pada dia, dah lama aku jadikan dia sup daging, kerat lima belas.." Marah Sharleez.

"Sabar dulu. Jangan ikutkan emosi..."

"Aku nak kau jaga Tengku Arissya. Follow dia dari belakang. Ikut dia ke manapun dia pergi. Tapi kau kena hati-hati juga Leez. Aku rasa Qistina akan lebih berwaspada setelah apa yang terjadi pada Gee. Dan dia tentu akan cari siapa yang membunuh Gee.."

"Adrian Smith akan menjadi sasarannya. Dia bagitahu aku, dia akan mengaburi mata pihak musuh. Dia akan tolong kita.." balas Sharleez.

"Okay, kalau begitu baguslah.. lagipun memang kita perlukan orang yang mahir untuk melakukan kerja berbahaya macam ni.." balas Tengku Harith Zaqwan tidak marah dengan apa yang dikatakan Sharleez.

"Okay, tuan aku gerak sekarang!"

"Baik, untuk makluman kau Tengku Arissya masih di ofis. Kau boleh ke ofis dia dan mulakan tugasan baru hari ini.."

Sharleez segera bertindak, dia terus ke ofis Tengku Arissya. Mengikuti setiap gerak geri Tengku Arissya kerana bimbang jika berlaku hal buruk kepadanya.

"Tengku Arissya ada dalam bilik ofis?"

"Cik nak jumpa dia ke?" Soal Sharleez.

"Owh.. tak, cuma nak tahu dia ada ke tak dalam bilik ofis sekarang ni. Kalau saya nak jumpa dia pun mungkin lain kali aje kut.." balas Sharleez agar tidak dicurigai. Dia segera menapak turun di lobi. Menunggu di bangku bawah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya. Adrian Smith yang menelefonnya.

"Kat mana sekarang ni?"

"Aku kat ofis Tengku Arissya. Harith minta jagakan.."

"Kau kena hati-hati, Leez. Aku sayangkan kau tau.."

Sharleez tergelak mendengarnya.

"Kenapa kau gelak?" Soal Adrian Smith.

"Eh, kau jangan buat lawaklah Adrian.."

"I'm serious, Leez. Aku sayangkan kau. Sampai bila-bila pun aku sayangkan kau. Aku harap hati kau terbuka untuk terima aku dalam hidup kau.."

"Stop it Adrian Smith! Kau jangan mulakan. Kita dalam tugasan ni. Serius boleh tak!" Marah Sharleez tidak mahu berbahas soal hati dan perasaan.

"Okay, sorry. Baik, aku cuma nak maklumkan pada kau. Perempuan gila tu upah tiga orang untuk meneruskan rancangannya.."

"Siapa pula kali ni?"

"Sichai, John dan Leo.."

"Peninju dari Thailand?"

"Yup. Kau kenal salah seorang dari mereka?"

"Kenal. Aku kenal Sichai, dia seorang peninju terkenal. Hebat juga berlawan.." balas Sharleez yang banyak pengalaman.

"Kalau macam tu kau kena hati-hati, Leez.."

"Okay, tapi kau juga kena pastikan pihak musuh tidak mengecami aku. Aku harus menjaga Tengku Arissya, jadi kau tolong aku handle anak buah Qistina tu.."

Adrian Smith tersenyum, "No problem dear. Apa saja untuk kau aku sanggup lakukan.."

"Adrian!"

"Okay-okay, sorry. Aku akan buat apa yang kau minta tu.."

Sharleez kembali fokus pada tugasannya. Dia akan selalu menjaga Tengku Arissya, dengan begitu baik sekali. Sesuai dengan keinginan tuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience