Get the app for full experience
Tengku Arissya bersiap-siap, dia mahu keluar breakfast dengan Aakif Aryanz. Lelaki itu sibuk mengajaknya keluar.. tapi bila difikirkan semula apa salahnya jika mereka berdua saling mengenali hati budi masing-masing.. lagipun pada Tengku Arissya, Aakif Aryanz seorang lelaki yang baik. Dia akui semakin senang berkawan dengan lelaki itu. Sifatnya juga lembut, nampak begitu matang.
Soal Tengku Harith Zaqwan, dia tidak mahu ambil kisah. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa tentang bekas suaminya lagi, dia sudah berjauh hati. Dia akan cuba melupakan bekas suaminya sampai dia tak lagi ingat satu pun kenangan antara mereka berdua. Dia akan usaha memadamkan nama itu daripada hatinya.
Lama dia berfikir semalam, sampai reput. Sudah tiba masanya dia lapangkan hati untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya.. menjadi teman sehidup sematinya. Dan dia fikir, mungkin dia perlu menghargai Aakif Aryanz. Satu-satunya lelaki yang sering menemaninya di Kota Paris ini. Atas sebab itulah dia menerima pelawaan Aakif Aryanz untuk sarapan pagi bersama.
Tengku Arissya selesai bersiap, dia lihat Aakif Aryanz sudah menunggunya diluar rumah sewanya.
"Sorry I'm late!"
"It's okay, Aryanz sedia maklum perempuan memang lama kalau bersiap," balas Aakif Aryanz membuatkan Tengku Arissya tersenyum.
"Cantik Arissya senyum. Manis macam gula.."
"Tak adalah, biasa je. So, kita nak makan kat mana ni?" Sengaja Tengku Arissya bertanya begitu untuk menutupi rasa malunya.
"Owh.. tempat yang biasa Aryanz breakfast. Makanan kat situ best!" Balas Aakif Aryanz. Sepanjang mereka berjalan berdua, mereka menghabiskan masa dengan berbual-bual. Jelas, keserasian antara mereka kian erat.
Sampai saja di situ, Aakif Aryanz dan Tengku Arissya duduk ditempat duduk halaman luar. Aakif Aryanz mencari kelibat Tengku Harith Zaqwan tetapi tidak kelihatan.
Rupanya Tengku Harith Zaqwan baru saja sampai di tempat kerjanya. Jelas dari kejauhan, Aakif Aryanz nampak Tengku Harith Zaqwan baru saja memakai apronnya, tapi hari ini tanpa topi. Dia tertinggal topinya.
"Zaq!" Panggil Aakif Aryanz. Tengku Harith Zaqwan menapak keluar ke halaman restoran itu.
"Bro, lambat kau datang kerja hari ini.." ucap Aakif Aryanz.
"Aku bangun lewat. Penat badan!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Berkerut dahi Tengku Arissya, dia seperti mengenali suara itu.
"Zaq aku bawa kawan special breakfast kat sini hari ni.."
"Kenalkan ni Zaq.." sambung Aakif Aryanz. Tengku Arissya berpusing ke belakang. Tengku Harith Zaqwan terkedu, mata mereka saling bertaut.
"Ni Tengku Arissya, dia dari Malaysia juga.." ucap Aakif Aryanz. Tengku Harith Zaqwan seakan baru tersedar, dia mengalihkan pandangan ke arah Aakif Aryanz.
"Owh.. eloklah kau bawa kawan datang sini. Tapi kali ni kawan ke buah hati?" Perli Tengku Harith Zaqwan.
Aakif Aryanz tersengih, "Kau ni Zaq. Buat lawak pula!"
"Biasalah kan, buat lawak time pagi macam ni dapat ceriakan suasana. Eh, ni haa.. korang nak makan apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan buat biasa.
"Arissya nak makan apa?"
"Arissya.." Panggil Aakif Aryanz sekali lagi. Rupanya dia sedang mengelamun tadi. Sebenarnya dia tidak menyangka yang Tengku Harith Zaqwan bekerja di sini.. tapi semenjak bila? Soalan itu tidak ada jawapan.. ia hanya lintasan desis hati Tengku Arissya.
"Apa awak tanya tadi?"
"Arissya nak makan apa?"
"Hmm.. okay bagi saya coffee dan roti bakar," balas Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan menganggukkan kepalanya perlahan.
"Alright.. Haa.. kau nak breakfast apa pula?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Aakif Aryanz mahukan menu yang sama dengan Tengku Arissya.
"Wahh.. sweet betul kau ni Aryanz. Siap menu pun sama. Terbaiklah bro!" Sekali lagi Tengku Harith Zaqwan memerli. Berdesing telinga Tengku Arissya. Sakit betul hatinya.. dia tahu bekas suaminya cemburu.
"Alah, biasalah kalau menu pun sama," balas Aakif Aryanz tersenyum.
"Zaq tu kawan awak ke? Macam mana boleh kenal? Dia dah lama kerja sini?" Soal Tengku Arissya bila Tengku Harith Zaqwan berlalu pergi dari situ.
"Kami berdua kenal kat sini. Dia dah lama kerja sini.. sudah beberapa bulan. Dia asal Malaysia juga. Nama dia Zaq, peramah orangnya.." ucap Aakif Aryanz.
"Kenapa Arissya?"
"Nothing.."
"Ke Arissya dah jatuh hati dengan dia? Dia memang handsome.. tak dinafikan.."
Tengku Arissya senyum, "Tak adalah. Saja tanya, rupa paras bukan segalanya.."
"Hmm.. betul.."
"Haaa.. tu dah sampai!" Ucap Aakif Aryanz.
"Okay, dah sampai. Silakan makan. Selamat menikmati makanan ni," ucap Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya geram. Bekas suaminya berlakon ke apa? Berlakon tak kenal dia? Menyakitkan hati betul! Dahlah buat muka slamber..
Selesai menikmati sarapan pagi, Aakif Aryanz mengajak Tengku Arissya berjalan-jalan di sekitar Menara Eiffel, namun pelawaan itu ditolak.
"Betul ke tak nak pergi?"
"Yup, saya nak balik rehat. Sorry.."
"Hmm.. okay. Take care!" Balas Aakif Aryanz hampa. Dia hairan dengan Tengku Arissya, tiba-tiba saja nampak macam tak ada mood. Tadi bukan main gembira, ceria wajah itu tapi sekarang berubah. Terus jadi masam mencuka.
Tengku Arissya masuk ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Sakit hatinya dengan sikap bersahaja bekas suaminya. Pandai betul berlakon tak kenal dia. Menyampah!
Tengku Arissya mencapai telefonnya, dia lihat ada whatsapp daripada adiknya.
"Kakak, how are you?" - Tengku Elvia
Tengku Arissya membalas whatsapp adiknya.
"I'm fine. Elvia sihat? Papa? Lama akak tak dengar khabar papa. Papa okay?" - Tengku Arissya
Selesai whatsapp Tengku Arissya letak telefonnya di tepi meja kecilnya.. tangannya melekat di dahi, tiba-tiba dia teringat pada kata-kata bekas suaminya semalam.
"Fikir sendiri Arissya. Lagi satu abang nak pesan, tolong hati-hati. Kadang-kala orang yang paling kita percaya tulah yang akan menghancurkan hidup kita. Abang tak nak Arissya menyesal seumur hidup.."
"Kenapa kurang ajar sangat ni!"
"Arissya.. memang bagus rasa ego tu ada dalam diri, tapi kalau terlebih banyak ego tu abang takut Arissya pula yang akan musnah. Sebab ego ni akan buat kita jadi buta untuk melihat kebenaran, kita asyik salahkan apa yang benar.."
'Apa maksud Harith? Kenapa dia cakap macam tu? Ada apa sebenarnya ni? Dia asyik bercakap tentang kebenaran, kebenaran apa? Teringin pula aku nak tahu.. tapi perlukah lagi? Semalam saja dia sudah menyakiti hati aku.. takkanlah aku nak berdamai dengan dia. Nak bagi peluang jauh sekali. Tak! Tengku Harith Zaqwan tetap salah!' desis hati Tengku Arissya berperang dengan perasaannya.
Bunyi whatsapp masuk, lamunan Tengku Arissya terhenti. Segera dia mencapai telefonnya semula di atas meja kecil itu.
"Elvia okay, papa pun alhamdulillah sihat. Akak busy ke?" - Tengku Elvia
"Alhamdulillah. Hmm.. tak juga.." - Tengku Arissya
"Nanti Elvia call, ada kerja nak buat. Take care, love you kakak!" - Tengku Elvia
"Alright, love you too.." - Tengku Arissya
Tengku Arissya scroll facnya, tiba-tiba dia terlihat fac Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya melihat fac bekas suaminya itu, rupanya sudah banyak yang diupdate oleh bekas suaminya.
Tengku Arissya lihat ada beberapa gambar Tengku Harith Zaqwan, tapi gambar tak tunjuk muka. Gambar sipi.
"Ada ke ambil gambar tak nampak muka. Ambillah gambar nampak muka.." ucap Tengku Arissya perlahan merungut, namun bibirnya tersenyum. Sebenarnya dalam tak sedar, ada rindu yang bercambah di hati Tengku Arissya.
Dia lihat lagi apa yang Tengku Harith tulis di facnya. Ada gambar hati yang terjahit tenat tertusuk jarum dan berdarah. Disitu tertulis..
Luka yang berselimutkan penderitaan ini mengajarkan aku agar lebih menghargai kehidupan seterusnya. Mengajar seorang lelaki seperti aku lebih kuat berdiri walaupun berkali dihunus pedang. Biar mati beribu kali mati, tapi perjuangan ini tetap aku teruskan demi menyelamatkan hidup seseorang.
- Pejuang
"Pejuang? Apa yang sedang Harith perjuangkan? Hmm.. kenapa aku rasa macam ada maksud disebalik ungkapan dia?" Ucap Tengku Arissya bercakap sendiri. Namun begitu, dia tidak akan pernah menemukan apa-apa jawapan disetiap pertanyaannya selagi egonya pejal.
Tengku Arissya scroll lagi, dia lihat pula ada ungkapan rindu. Tapi ada satu keanehan pada bicara Tengku Harith Zaqwan kali ini.
Rindu..
Aku rindu nak peluk syurga aku..
Aku rindu senyum dia
Aku rindu suara dia
Aku rindu masakan dia
Aku rindu belaian dia
Aku rindu nak lihat wajah dia
Kini hanya potret sebagai pengubat rindu
Hanya Al-Fatihah sebagai pengubat kerinduan ini..
- Perindu
'Perindu? Dia rindu siapa, kenapa aku rasa sedih tiba-tiba ni? Allahu... Apa yang dia maksudkan tu?' Desis hati Tengku Arissya.. dia mula berfikir. Resah bermukim di hatinya. Penasaran. Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.