Rate

BAB 142

Romance Series 197165

Masa kian berlalu. Tengku Harith Zaqwan masih mendekati Tengku Arissya, tapi tidak kurang juga Faqrul. Dia seakan cuba ingin bersaing dengan Tengku Harith Zaqwan untuk merebut hati itu. Layanan Tengku Arissya pula tiada bezanya. Semuanya sama.

Tengku Elvia pula kini sedang hebat berperang dengan Tengku Delisha. Gadis itu kembali muncul pula menganggu Tengku Emir Danish. Perempuan mana yang tidak marah tunang tersayang diganggu oleh bekas kekasih. Haihh.. nampaknya akan tercetuslah perang dunia kedua kali ini sehingga meletusnya gunung berapi.

Dua mata saling berpandangan, Tengku Elvia mendengus kasar bila dia lihat Tengku Delisha baru saja keluar dari bilik ofis Tengku Emir Danish.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Elvia.

"Kau sibuk nak tahu kenapa? Takut ke kalau Tengku Emir Danish jadi milik aku?" Balas Tengku Delisha tersengih sinis.

Tengku Elvia buat-buat ketawa, gayanya memang menyakitkan hati, "Nak takut buat apa Allah dah tentukan jodoh masing-masing. Kau tu yang takut sebenarnya kan. Yelah, Emir tu kan tunang aku. Dulu siapa buang dia? Kau kan?"

"Eh, aku tak pernah buang dialah!"

"Owh yeke? Ke kau dah lupa ingatan? Eh, aku dengarlah macam mana kau hina Emir dulu masa dia tak boleh berjalan!" Marah Tengku Elvia.

"Aku buat macam tu sebab nak bagi dia kuat semangat. Tak jadi lelaki lembik. Tapi tak sangka pula kau ni perampas hak aku.."

"Manusia mana yang akan bangkit kalau dihina. Kau jaga sikit mulut kau ya, aku tak pernah rampas Emir dari kau. Kau yang buang dia.."

"Dan kau kutip dia!"

"Macamlah tak ada lelaki lain lagi yang kau nak. Kenapa Emir hah? Kau memang sengaja kan!" Sambung Tengku Delisha menolak tubuh Tengku Elvia geram.

"Tengku Delisha!" Tengking Tengku Emir Danish yang baru perasan ada tunangnya juga di ofisnya.

"Sayang.. you tengoklah dia tolak I tau.." renggek Tengku Delisha, geram pula Tengku Emir Danish dengan sikap tak matang gadis itu.

"Elvia tolak you ke you yang tolak dia hah? Eh, you dengar sini. Kalau you sakitkan atau sentuh tunang I ni.. siap you!"

"Sayang jom!" Ajak Tengku Emir Danish menarik pergelangan tangan tunangnya. Tengku Delisha menghentak kakinya, dia sakit hati.

"Sayang you okay?" Soal Tengku Emir Danish.

"Sayang.. please cakap dengan I. Kenapa diam ni?" Sambungnya.

"Delisha buat apa kat dalam bilik ofis you tadi?"

"Owh.. salah fahamlah ni. Delisha bukan ada dengan I aje dalam bilik ofis tu, dua orang staf lain pun ada. Kami bincang pasal bisnes,"

"What? You berkerjasama dengan dia ke?"

"Tak sayang, bisnes last.. dah nak settle. Projek ni yang sebelum ni.. dah lama.."

"Lepas dah settle I tak nak you jumpa dia atau dia yang jumpa you. I tak suka dia!"

"Sayang apa you ni. Mana ada I jumpa dia. Dia yang terhegeh-hegeh nakkan I balik.."

"Lelaki bukannya boleh percaya, kalau kena goda cair macam ais-krim.."

"I bukan lelaki yang mudah digoda sayang.."

"Yelah tu.."

"Terpulang pada you nak percaya atau tidak.." balas Tengku Emir Danish.

"Sayang kita kena segerakan perkahwinan kita. I tak nak disebabkan Tengku Delisha you tinggalkan I," sambungnya membuatkan Tengku Elvia memandang seraut wajah cintanya.

Tiba-tiba segala ingatan masa lalu terbayang diruangan matanya apabila lelaki itu menyebut tentang perkataan 'tinggal'..

Kesian Tengku Emir Danish. Kenapa lelaki itu yang sering menjadi tempat untuk dia meluahkan kemarahannya? Sepatutnya dia perlu belajar tenang melalui dugaan semasa dalam tempoh pertunangan ini. Nampaknya dia tidak belajar sesuatu dari kegagalan perkahwinan kakaknya. Ya Allah.. kenapalah dia terlalu emosional sampaikan hati tunangnya tidak dijaga.

"Elvia you okay?" Soal Tengku Emir Danish apabila dia lihat Tengku Elvia mengelamun.

"Err.. I'm okay. Cuma satu yang I nak you tahu, I takkan tinggalkan you disebabkan Delisha. I sayangkan you.."

"Tapi I takut.."

"You takut sebab masih ingat masa lalu. I bukan perempuan seperti Delisha,"

"Emir I setuju untuk segerakan perkahwinan kita. I tak nak lagi you macam ni. I tak nak you rasa takut ditinggalkan. I tahu rasa tu seksa," sambungnya.

"Sayang you tak main-main ke?"

Tengku Elvia senyum, "I serius ni, so you balik nanti bincang dengan mama pasal perkahwinan kita ni ya.."

Tengku Emir Danish tersenyum lebar, "I'm so happy today. Really happy, dear.."

"Yeah.. me too.."

Petang itu Tengku Emir Danish balik awal, dia segera menuju ke arah Datin Falida yang sedang berada di halaman rumahnya.

"Mama.. Mamaaaa.." Jerit Tengku Emir Danish.

"Emir jangan jerit, ada apa tu?" Ucap Datin Falida. Sampai saja dekat dengan mamanya Tengku Emir Danish memeluk mamanya dari arah belakang. Pipi itu juga diciumnya.

"Mama.. mama tahu tak Elvia dah bersedia nak kahwin dengan Emir. Dia minta Emir bagitahu mama pasal ni,"

"Alhamdulillah lega mama dengar. Mama akan buat persiapan untuk majlis kahwin anak mama ni secepat mungkin.."

"Boleh aje mama.. apa saja.. ikutlah mama nak buat macam mana pun, yang penting kita orang kahwin cepat.."

"Okay, malam ni mama bagitahu papa. Minta papa berbincang dengan Uncle Mus,"

Malamnya giliran Tengku Elvia pula memberitahu soal dia ingin berkahwin dengan Tengku Emir Danish kepada papanya, lagipun urusan projek sudah selesai. Inilah masanya dia kahwin. Kakaknya juga sudah semakin bijak handle perniagaan.

"Alhamdulillah, papa senang mendengarnya.."

"Akak pun turut sama gembira. Akak doakan semoga Allah permudahkan urusan Elvia," balas Tengku Arissya.

"Betul ke kakak happy?" Soal Tengku Elvia membuatkan pandangan Datuk Mustaqim beralih arah pada Tengku Arissya.

"Kenapa tanya akak macam tu? Of courselah akak happy. Adik akak dah nak kahwin,"

"Tapi kenapa akak nampak sedih?"

Tersentap hati Tengku Arissya. Adiknya pun bertanyakan soal itu di depan papanya.

"Buat apa nak sedih. Semuanya dah berlalu. Akak okaylah Elvia, tak perlu risaukan akak.." balas Tengku Elvia mempamerkan kegembiraan diwajahnya.

"Kalau akak okay tak apalah. Haa.. ni masa majlis kahwin Elvia nanti, akak jadi pengapit ya. Sorang lagi Elvia nak pilih Abang Harith,"

"Eh, kenapa dia pula?"

"Ini kan majlis kahwin Elvia, so biar Elvia yang tentukan. Akak kena ready okay,"

"Tengok tu pa, dia dah guna kuasa veto dia. Nak paksa-paksa oranglah tu.."

Datuk Mustaqim tergelak mendengarnya, dua beradik itu ada sajalah yang nak dijadikan isu lawan mulut.

Tiba-tiba telefon Datuk Mustaqim berdering, segera dijawabnya. Dia bingkas bangun dan membuat isyarat mata pada anaknya.. kemudian berlalu pergi dari situ. Mungkin Datuk Qaid ingin berbincang soal majlis kahwin anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience