Rate

BAB 91

Romance Series 197165

"Wey sekarang! Geraklah.." Aakif Aryanz memberi arahan. Dia mahu melakukan perancangannya pada malam itu.

Kelihatan Tengku Arissya sedang berjalan menuju pulang di kawasan lorong gelap, dia baru saja selesai menemui Serly pada malam itu kerana ada urusan kerja.

"Jap aku nak pakai topeng!" Balas Zulfiqar sudah bersedia.

"Cepatlah, lambat kau ni!!!" Marah Aakif Aryanz yang sudah berada di sekitar situ.

Tengku Harith Zaqwan tidak sedap hati. Dia segera mengenakan sweater dan keluar dari rumah sewanya. Dia mahu menemui Tengku Arissya, melihat keadaan gadis itu walaupun dari jauh cukuplah. Malam itu Tengku Harith Zaqwan hanya mengayuh basikal untuk memantau kesayangannya, lagi senang berbasikal.

"Okay, aku dah ready!" Ucap Zulfiqar sudah bergerak. Dia menghampiri Tengku Arissya perlahan-lahan, tangan itu ditarik ke kawasan gelap.

"Lepaslah. Tolongggg!!!!" Tengku Arissya meronta-ronta geram minta dilepaskan.

"Shut up!!!"

"Don't touch me!" Jerit Tengku Arissya. Dia benar-benar rasa takut, walaupun kelihatan berani melawan. Semoga Allah membantunya.

"Lepaslah! Aku kata lepaskan aku... Kau siapa hah?" Tengku Arissya meronta lagi cuba melawan, tapi malangnya gagal.

"Tolongggg!!! Tolong!" Jerit Tengku Arissya.

Aakif Aryanz tersenyum. Dia baru saja mahu keluar dari tempat persembunyiannya, mahu menjadi hero di mata Tengku Arissya.

"Ya Allah.. Tengku Arissya!" Ucap Tengku Harith Zaqwan apabila mendengar jeritan Tengku Arissya sayup-sayup. Segera dia tinggalkan basikalnya tersadai di tepi bangunan berdekatan kawasan gelap itu dan berlari laju sepantas kilat berdekatan lorong gelap itu. Dia yakin debar hatinya menyatakan itu Tengku Arissya.

"Woiiii!!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Zulfiqar sangkakan itu Aakif Aryanz. Dia tersengih, kali ini rancangan mereka berdua berjaya.

Satu tumbukan kuat mengenai perut Zulfiqar. Mengaduh sakit dia. Tak guna betul! Kuat sungguh Aakif Aryanz menumbuknya. Kawasan itu agak gelap, jadi dia tidak dapat melihat dengan jelas.

Tengku Harith Zaqwan menarik pergelangan tangan Tengku Arissya.. gadis itu sudah ada di belakangnya.

"Tak guna kau!!!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Segala siku lipat dihadiahkan pada Zulfiqar. Hadiah paling kejam yang Tengku Harith Zaqwan bagi adalah sebentuk penumbuk di muka Zulfiqar. Bergegar otak Zulfiqar.

"Aarrghh..." Zulfiqar meraung sakit.

Aakif Aryanz tergamam. Dia berundur ke belakang beberapa tapak. Dia langsung tidak menyangka ada yang datang menyelamatkan Tengku Arissya, sedangkan kawasan itu agak gelap, hanya diterangi lampu jalan sahaja.

Aakif Aryanz nekad. Dia mara. Dia perlu keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Zulfiqar. Jika tidak buruk padahnya kerana dia lihat lelaki yang menolong Tengku Arissya mahu mencabut topeng muka milik Zulfiqar.

Aakif Aryanz muncul menyerang Tengku Harith Zaqwan. Mereka saling berlawan sesama sendiri.. tapi hanya beberapa minit sahaja. Aakif Aryanz sudah menarik Zulfiqar dari situ untuk melarikan diri.

Tengku Arissya kelihatan masih dalam ketakutan, ketika Tengku Harith Zaqwan menyentuh bahunya supaya bertenang.. Tengku Arissya menepis tangan itu kasar.

"Sayang calm down. Syhh.. jangan menangis. Abang ada sini.." pujuk Tengku Harith Zaqwan.

"Jom ikut abang. Kita pergi depan sana. Kawasan kat sini agak gelap," sambungnya. Tengku Arissya berjalan perlahan ke hadapan sambil memeluk tubuhnya.

"Sayang okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan apabila matanya sudah dapat melihat Tengku Arissya dengan jelas.

"Hmm..."

"Arissya kenal siapa lelaki tadi?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak apalah, Arissya rumah kat kawasan sini kan? Meh, abang hantar balik.." ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Okay.."

Mereka berdua berjalan-jalan, Tengku Harith Zaqwan hanya menolak basikalnya.. dia cuma berjalan di sebelah Tengku Arissya.

"Sunyinya dunia ni.." ucap Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba.

"Kan sayang?" Sambungnya.

"Kenapa sunyi?"

"Sebab abang rasa bersendirian. Rasa sunyi," balas Tengku Harith Zaqwan. Ada maksud di sebalik kata-katanya.

"Buat apa nak rasa sunyi. Kalau awak rindukan family baliklah Malaysia. Ada kat sini pun buat apa. Menyemak ajelah!" Balas Tengku Arissya.. masih pejal hatinya.

Tengku Harith Zaqwan senyum hambar. Tengku Arissya takkan faham. Biarlah.

"Tak guna!!!" Marah Aakif Aryanz. Dia siap tendang kerusi di hadapannya. Topeng yang dipakainya itu dilempar ke dinding. Darah amarahnya sudah menyinga.

Zulfiqar pula sedang memegang perutnya yang sakit akibat ditumbuk kuat.

"Siapa lelaki tadi?"

"Manalah aku tahu, kawasan gelap tak nampak jelas, tapi aku yakin lelaki tu orang Malaysia. Aku dengar melalui percakapannya.."

"Biar betul kau?"

"Betullah, tapi tak tahulah siapa dia tu. Mungkin masa dia nak lalu kawasan lorong tu.. dia dengar Arissya menjerit kut.." balas Zulfiqar.

"Mungkin juga.."

"Sebab lelaki tu rancangan kita gagal. Memang tak guna betul! Dahlah peluang tu ada malam ni aje. Aku sikit aje lagi nak keluar dari situ.. tapi terpaksa batalkan. Aku pakai topeng muka tu untuk selamatkan kau. Kalau tak...."

"Kalau tak aku dah tentu dia bawa ke balai polis kat sini.."

"Haaa.. itu yang aku selamatkan kau!"

"Thank's bro. Tak apa kita tukar rancangan lain pulak.."

"Rancangan apa?"

"Kali ni kalau tak jalan juga, dah habis usaha kau. Kita kena buat rancangan yang lebih serius.."

"Rancangan apa yang kau cakap ni?" Soal Aakif Aryanz.

"Kita letak ubat tidur, kau tidurlah dengan Arissya tu.."

"Gila kau! Okay ke rancangan tu?" Soal Aakif Aryanz kurang bersetuju.

"Okaylah, macam ni. Cuba kau fikir.. kau nak kahwin dengan Tengku Arissya, tapi dia pula tolak cinta kau, dah tentulah kau akan gagal capai apa yang kau nak tu. So, inilah salah satu caranya.."

"Kau kena rampas harga diri Arissya. Bila kau buat macam tu.. dah tentulah dia akan kahwin dengan kau sebab malu. Kau ambil gambar yang mengaibkan, ugut dia. Kalau dia tak nak kahwin dengan kau, bagitahu dia yang kau akan viralkan gambar tu. Simple!" Balas Zulfiqar.. kalau bab merancang perancangan yang gila-gila memang dia pakar.

"Tapi kalau dia benci aku macam mana?"

"Eh, apa punya soalan kau ni. Kau bagitahu aku yang kau tak suka dia.. sayang dia. Ni apahal bro?" Soal Zulfiqar.

"Hmm.. aku sebenarnya dah mula sukakan Arissya tu. Tak tahulah kenapa rasa sayang dengan dia.." Aakif Aryanz mengakui. Zulfiqar tergelak besar mendengarnya.

"Kau suka dan sayangkan dia?"

"Yelah, aku dah mula suka dan sayangkan dia.."

"Kali pertama aku dengar kau jatuh cinta pada perempuan. Special betul dia pada kau.." balas Zulfiqar.

"Hmm.. tulah, aku pun pelik kenapa boleh tersuka sayang pada Arissya tu.."

"Ah, pedulikan semua tu! Sekarang ni tu ajelah rancangan yang paling power. Kalau kau tak nak biar aku ajelah yang tidur dengan dia," balas Zulfiqar membuatkan Aakif Aryanz marah.

"Kau jangan bro! Nanti sakit kau tu dua kali ganda sakit aku kerjakan.." ucap Aakif Aryanz siap tunjuk penumbuknya.

"Sabar bro, aku bergurau aje. Relax. Aku ni bukannya main tikam belakang kawan!"

"Arghh sudahlah kau!" Balas Aakif Aryanz segera bingkas bangun menapak ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience