Rate

BAB 249

Romance Series 197233

Dua tiga hari kemudian, Iris Ariana menapak ke bilik di mana Tengku Qistina ditempatkan. Dia masih tidak sedarkan diri. Koma.

Iris Ariana duduk di tepi katil sepupunya itu, memandang sayu seraut wajah itu. Jiwanya sebak.

"Qis.. aku tak sangka macam ni pengakhiran hidup kau. Aku dah pernah cakap dulu, jangan buat kerja gila tapi kau marah aku. Kau maki hamun aku. Sejak tulah kan, hubungan kita renggang..."

"Tapi aku tak pernah putus asa untuk terus nasihatkan kau, cuma yang paling buat aku betul-betul marahkan kau. Kau rampas satu-satunya orang yang aku cintai..."

Hud Mikail yang baru saja mahu membuka pintu bilik wad itu terkedu, tak jadi masuk ke bilik itu. Hanya berdiri di depan pintu itu.

"Apa yang buat aku terasa, lelaki yang aku cintakan tu rupanya tak jujur dengan aku. Selama ni dia mendekati aku dan pura-pura nak jadikan aku ni sebagai buah hati dia sebab kau, Qis! Sebab dia nak terus dekat dengan kau. Yelah, aku ni rapat dengan kau waktu kita study sama-sama dulu..."

Kali ini air mata Iris Ariana mengalir. Dia sedih mengenangkan semuanya. Jadi, rupanya selama ini ada sejarah antara mereka berdua. Tentang masa lalu.

Hud Mikail terluka dalam diam. Jadi, Iris Ariana pernah mencintai seseorang dengan begitu mendalam. Tapi kenapa Iris Ariana tak pernah bagitahu dia? Tak jujur mengakuinya.

Hud Mikail sudah membuat andaian sendiri, ada kesedihan mula tumbuh di hatinya. Dia berlalu pergi dari situ.

Iris Ariana kembali bersuara, "Tapi itu masa lalu, aku dah tak kisah pun dengan lelaki macam tu. Tapi sekarang yang aku marahkan kau sangat, kau tembak cinta aku. Hud Mikail. Kenapa Qis? Kenapa!" Marah Iris Ariana.

"Sebab kau... Tengku Delisha mati, kau pembunuh adik kau sendiri. Sebab kau jugalah, Hud Mikail ditembak. Kenapa kau kejam Qis? Kenapa? Mereka yang jadi mangsa kau. Tak cukup dengan tu, kau pisahkan Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya. Syaitan apa yang dah merasuk dalam diri kau tu?" Ucap Iris Ariana. Dia sudah teresak-esak. Sebak.

"Tapi...." Suaranya perlahan.. dia masih mahu berbicara.

"Ta...pi.. aku tetap sayangkan kau. Kau sepupu aku, Qis. Aku berharap kau akan cepat sedar..."

"Kau tahu tak kenapa aku nak kau sedar? Supaya aku dapat semula sepupu aku yang dulu. Yang selalu ada dengan aku, kongsi cerita bersama.. minat yang sama.. semuanya Qis..."

Kali ini air mata Tengku Qistina mengalir, Iris Ariana terkedu. Tapi dia tidak hairan kerana orang yang sedang koma menurut doktor akan dapat mendengar. Cuma dia tidak mampu bersuara.

"Doktor! Doktor!" Panggil Iris Ariana. Dia mahu doktor memeriksa keadaan sepupunya. Doktor bergegas masuk memeriksa keadaan sepupunya. Iris Ariana menunggu buat seketika. Jika ada berita positif dialah orang yang paling gembira.

Dia sangat berharap Allah memberi kepada Tengku Qistina peluang untuk sembuh, memperbaiki kesilapannya di masa lalu dan menjadi orang yang baik.

Beberapa minit kemudian, Iris Ariana bertanyakan doktor yang merawat sepupunya, "Macam mana doktor?"

"Alhamdulillah, ada perkembangan positif tapi..."

"Tapi kenapa doktor?"

"Masih perlu dipantau, kerana pesakit masih belum melepasi tahap kritikal," balas doktor membuatkan Iris Ariana mengeluh perlahan.

"Buat masa sekarang, saya sarankan supaya pesakit berehat. Sebaiknya jangan ganggu dia. Saya minta diri dulu," sambung doktor. Iris Ariana mengangguk faham. Dia kemudiannya mencapai telefonnya, mahu mendail nombor tunang kesayangannya.

Tadi mereka ke hospital berdua, tapi kini sampai ke saat ini tunangnya entah hilang ke mana. Namun malangnya panggilan itu dibiar sepi. Hud Mikail sedang asyik melayani perasaannya di sebuah taman di kawasan hospital itu sendirian.

Iris Ariana melangkah perlahan, mula mencari keberadaan Hud Mikail.

Beberapa minit kemudian, dia menemui tunangnya sedang jauh mengelamun di bawah pokok. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

"Hai! I cari you tadi, tapi kat sini rupanya you.." sapa Iris Ariana.

Hud Mikail berpaling, wajahnya masam mencuka. Tiada reaksi apapun.

"Hud, kenapa dengan you ni? I sapa pun you diam aje. Ada yang tak kena ke?"

"Ya, banyak!" Ucapnya tepat memandang seraut wajah cantik itu.

"I tak faham apa maksud you yang banyak tak kena tu?"

"Kenapa you tak bagitahu I?"

"Straight to the point, Hud.."

"Kenapa you tak bagitahu I yang you pernah mencintai seseorang dengan begitu dalam?"

Iris Ariana terkedu. Dari mana tunangnya tahu? Apa mungkin Hud Mikail mendengar apa yang dia cakap pada Tengku Qistina tadi? Jika ya, pasti hati itu terguris. Patutlah Hud Mikail masam mencuka. Rupanya ada luka yang bertapak di hati itu.

"You cakap you tak pernah ada sesiapa dalam hidup you, you perempuan yang susah nak buka hati you untuk lelaki, but why you tipu I pasal lelaki tu?"

"Lelaki mana?"

"Lelaki yang you pernah cinta.."

"Tengku Qashril, ya itu nama lelaki masa lalu dalam hidup I. Benar, I pernah mencintainya dengan begitu dalam..."

Api cemburu membakar jantung Hud Mikail dalam diam, mukanya tegang dan merah menahan amarah itu.

"Lihat! You mencintainya dengan begitu dalam..."

"Tapi you tak bagitahu pun I pasal lelaki tu! You tipu I! Why Ariana? Why?" Sambungnya, kali ini agak tinggi nada suaranya. Inilah kali pertama lelaki itu marah padanya.

"Sebab dia masa lalu dalam hidup I. Jadi rasanya I tak perlu beria bercerita tentang dia. You masa depan I, Hud Mikail! Sebab tu I pilih you. I belajar buka hati I untuk mencintai you..."

"Tapi..."

"Tapi apa!" Marah Iris Ariana. Hatinya sudah terguris. Dia sebak.

"Kalau I tak cintakan you, buat apa I nak ikat tali pertunangan dengan you. Kerana cinta I terima you dalam hidup I. Tapi apa yang you buat hari ni dah mengguris hati I tahu tak! You tak percaya I, you meragui kejujuran hati I. So, buat apa pertunangan ni diteruskan lagi kan?"

Iris Ariana menanggalkan cincin pertunangannya, lalu dia letak di atas meja yang diperbuat daripada simen itu dan berlalu pergi dari situ. Dia pergi dalam tangisan. Hud Mikail terkedu. Tidak! Dia tidak akan melepaskan Iris Ariana.

Hud Mikail tidak tinggal diam, dia mengambil cincin itu semula lalu berlari mengejar Iris Ariana.

"Sayang wait!" Ucap Hud Mikail. Iris Ariana yang agak jauh darinya laju saja langkahnya.

Dia sudah menangis. Terluka.

"Sayang please, wait! I'm so sorry... Sayangggg..."

Kali ini Hud Mikail berlari anak, dia kemudiannya pantas memegang pergelangan tangan tunangnya. Namun, Iris Ariana menyentapnya kasar.

Perempuan. Perempuan kalau hatinya sudah terguris, apa lagi yang tinggal untuknya kecuali air mata. Begitulah Iris Ariana. Hanya menangis tanpa suara.

"Sayang...." Panggil Hud Mikail lembut.

"Sayang I minta maaf, I tak sepatutnya marahkan you.."

"You tak pernah tinggi suara dengan I, tapi hari ni you buat semua tu. I tak suka lelaki yang tinggi suara dengan perempuan. You biadap!"

Hud Mikail sudah dilabelkan sebagai lelaki biadap.

"Okay, I biadap. Okay, I yang salah. Please, jangan nangis. I tak suka.. sayanggg..."

Kalau dah jadi suami isteri ni dah lama dia memeluk Iris Ariana supaya kesayangannya tenang. Cuma dia mampu berbuat cara lain.

"Sayangg... Sini, kita duduk kat bangku tu dulu. Kita discuss ya. Tak naklah gaduh-gaduh sampai putus tunang.."

"You yang mulakan dulu!"

"Err.. ya I yang salah, sini sayanggg..."

Hud Mikail menarik pergelangan tangan itu perlahan supaya duduk di salah satu bangku berdekatan situ. Iris Ariana di dudukkan oleh Hud Mikail di atas bangku, sementara dia duduk melutut di bawah sambil memandang seraut wajah cantik itu yang sedang menangis.

Sungguh dia menyesal membuat tunangnya terluka dan menangis begitu.

"Sayang pandang I.." pinta Hud Mikail. Iris Ariana memandang wajah Hud Mikail.

"I marahkan you tadi, sebab I tak boleh control rasa cemburu I. You tahu sebab apa kan sayang, I sayangkan you. I love you so much..."

"Me too.." sempat lagi Iris Ariana menjawabnya membuatkan Hud Mikail tersenyum bahagia.

"I minta maaf ya. Ni pakai balik cincin tunang kita. Lepas ni janganlah sampai tanggalkan cincin ni sayang. Boleh gugur jantung I tadi," ucap Hud Mikail seakan memujuk. Kali ini Iris Ariana tersenyum.

"Salah you!"

Hud Mikail tersenyum, "Ya, I salah. I cuma tak nak kehilangan you..."

"Kalau you marah I lagi, I tak nak kahwin dengan you.."

"You ugut I?"

"Ya, I betul-betul maksudkannya. I tak nak....."

Belum sempat Iris Ariana menghabiskan kata-katanya, jari telunjuk Hud Mikail melekat di bibir tunangnya. Dia tidak suka mendengarkannya.

"Syhh.. jangan cakap macam tu sayang. Ia akan jadi satu doa. Kita akan kahwin. Love you so much..."

Iris Ariana hanya diam, mukanya sudah merona merah. Romantik juga tunangnya, ingatkan hati batu...

Hud Mikail bingkas bangun, dia menarik pergelangan tangan itu. Berlapik dengan lengan baju tunangnya.

"Nak pergi mana?"

"Nak bawa sayang jalan-jalan, nak belanja you shopping. Apa yang you nak, you beli aje.."

"Duit I pun ada tak cukup makan sayang..."

"Hah? You panggil I apa tadi?" Soal Hud Mikail yang sudah menghentikan langkah kakinya dan berpaling pada tunangnya.

"Tak ada apa.."

"You tipu! Cepat I nak dengar sekali lagi..."

"Mana adalah,"

"Kalau you tak nak cakap, I tak akan berganjak dari sini..."

"Okay, I panggil you sayang tadi.."

Hud Mikail tersengih, "Wow, bergetar hati I ni.."

Iris Ariana tergelak, "Mengada betullah you ni!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience