Rate

BAB 136

Romance Series 197165

Hari ini genap sebulan Tengku Arissya berkerja di syarikat papanya. Sepanjang dia di ofis, Tengku Elvia banyak mengajar dia selok-belok perniagaan.

Hasil kegigihan dan ketekunannya belajar dia berjaya mempelajari ilmu perniagaan. Namun perlu lebih gigih dua kali ganda untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bidang perniagaan. Kerana awal niatnya sejak menukar bidang kerjaya, beralih arah pula ke bidang perniaagan dia berazam mahu memajukan syarikat papanya.

Dua tiga hari itu, Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish pula agak sibuk menguruskan projek baru mereka bersama. Jadi, agak sukar dia untuk bertanyakan soal bisnes. Tengku Elvia sering ke site, kadang terpaksa dipendam dulu soalan berkaitan bisnes.

Tengku Elvia tengok handphonenya, ada beberapa text daripada kakaknya berkait soal kerja pada tengah hari itu. Text yang sudah terbiar dua tiga jam itu segera dibalasnya.

"Text siapa tu?"

"Akak I text, baru sempat balas aje ni,"

"Tanya soal kerja ke?" Soal Tengku Emir Danish yang sudah dapat meneka lebih awal.

"Yup, hmm sometime I kesian dengan akak. Dia nak tanya soal kerja, tapi I ni selalu kat site dengan you, busy pasal projek baru tu,"

"Tulah kan, text dia pun kadang you balas lambat," tokok Tengku Emir Danish yang mengetahui hal itu juga.

"Emir!" Sapa satu suara. Dia menoleh ke belakang.

"Eh, Hud.."

"Laa.. Abang Harith pun ada juga, eh jom join kita orang lunch," sambungnya. Tengku Elvia hanya tersenyum. Dia pun tak sangka akan berjumpa dengan mereka berdua.

"Elvia?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Ya, Abang Harith.." balas Tengku Elvia sambil tersenyum.

"Hm.. mana perginya kakak Elvia? Lama tak jumpa dia," soal Tengku Harith Zaqwan. Tengku Emir Danish dan Hud Mikail saling berpandangan penuh makna.

"Owh kakak, err.. ada. Tapi dia agak busy kerja,"

"Dia kerja kat mana?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Kat ofis papa, maksud Elvia di syarikat Datuk Mustaqim," balas Tengku Elvia. Kali ini Tengku Harith Zaqwan terdiam.

"Eh, you berdua dari mana ni?" Soal Hud Mikail memecahkan kesunyian.

"Kita orang dari site, singgah sini untuk lunch," balas Tengku Emir Danish.

"Site? Bos sendiri turun site, wah apa kena ni," seloroh Hud Mikail membuatkan Tengku Elvia tersenyum.

"Hud, I dengan Emir ni ada kerjasama dengan syarikat lain. So, projek kali ini papa I minta I handle. Sama macam Datuk Qaid, dia minta Emir yang handle,"

"Wah.. handle projek bersama tunang, lepas ni bersama suami isteri pula," balas Hud Mikail membuatkan Tengku Emir Danish tersengih.

"Eh, Tengku Arissya tak handle sama?"

"Owh.. akak I tu masih baru dalam bidang bisnes ni, so dia lebih banyak buat kerja kat ofis aje. Tapi tulah, kadang tu I kesian dengan dia. Dia minta tolong bab bisnes pun I busy kat luar. Kadang lambat replay dia punya text," balas Tengku Elvia bercerita.

"Laa.. yeke? Tak ada orang yang mahir kat ofis tu bagi tunjuk ajar,"

"Kat ofis tu papa cuma harapkan I aje bagi tunjuk ajar kat akak I tu," balas Tengku Elvia.

"Tak apa, Abang Harith ada. Elvia bagitahu aje bila-bila masa abang boleh datang ke ofis tolong Arissya.." sampuk Tengku Harith Zaqwan laju membuatkan mereka bertiga memandang ke arahnya.

"Err... ada salah cakap ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan pada mereka bertiga.

"Eh, tak.. takk.." balas Tengku Emir Danish dan Hud Mikail serentak.

"Boleh aje abang nak tolong kakak, no problem," ucap Tengku Elvia. Tengku Harith Zaqwan senyum. Dia nampak gembira.

"Masuk!" Ucap Datuk Mustaqim yang masih menyiapkan kerjanya pada petang itu.

"Papa tak siap lagi ke kerja tu?" Soal Tengku Arissya yang sudah menapak ke hadapan, lalu duduk di kerusi berhadapan papanya.

"Sikit aje lagi ni, lepas maghrib atau isyak kerja ni siaplah,"

"Arissya tolong boleh?"

Kali ini Datuk Mustaqim mendongak, "It's okay Arissya, papa boleh handle kerja ni. Arissya baliklah dulu ya,"

"Tapi papa..."

"Arissya.. tolong dengar cakap papa," balas Datuk Mustaqim.

"Okay Arissya balik. Hm, tapi kan papa mana perginya Elvia? Tak ada pun dia kat ofis. Dari tadi lagi tak balik ofis,"

"Owh.. tadi sepatutnya memang dia dah balik ofis, tapi papa call minta dia jumpa klien.. lagipun papa busy nak siapkan kertas kerja ni," balas Datuk Mustaqim yang kembali fokus pada kerjanya.

"Kalau macam tu tak apalah pa, Arissya balik dulu ya,"

"Okay, take care ya.."

"Owh ya! Papa nak dinner kat rumah ke luar?"

"Papa dinner kat luar, papa rasa mungkin Elvia pun dah makan kat luar tu, so Arissya tak perlulah masak. Sebelum balik ni singgah restoran beli makanan," balas Datuk Mustaqim.

"Okay papa, assalamualaikum.."

Tengku Arissya menapak ke tempat parkir keretanya, tiba-tiba telefonnya berdering.

"Eh, siapa pula ni?" Ucap Tengku Arissya perlahan. Dia mencapai telefon dalam handbagnya. Tertera satu nama 'Faqrul'. Segera dia matikan panggilan telefon itu.

Hampir dekat sejam Tengku Arissya berhenti di salah sebuah restoran. Dia mahu memesan makanan untuk dinner.

Semasa dalam perjalanan itu, Tengku Arissya terlanggar satu susuk tubuh seseorang. Jatuh satu bungkusan ke lantai, pecah bungkusan plastik itu. Bertaburan isi daging, ayam, sotong dan udang.

Tengku Arissya terkedu, "So... sorry.. sorry sangat. I tak sengaja,"

Tengku Arissya mendongak dan dia terkedu. Dua mata saling berpandangan.

"You?"

"Yup, I.."

"Arissya apa ni, habis berterabur I punya tom yam. Dua kali you langgar I," sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Sorry I betul-betul tak sengaja. I nak cepat sebenarnya, nak beli makanan. Lagipun dah agak lewat, nak hampir maghrib,"

"Kalau nak cepat pun janganlah sampai...."

"Harith sorry, I tak sengaja. Tom yam seafood you ni I akan ganti. Jom ikut I!" Balas Tengku Arissya memotong Tengku Harith Zaqwan laju.

"Ke mana?"

"Nak gantikan tom yam you tulah,"

Tengku Harith Zaqwan terdiam seketika, seolah-olah dia sedang berfikir. Kemudian dia bersuara, "Macam nilah I rasa daripada you ganti balik tom yam yang dah jatuh ke lantai ni, lebih baik you temankan I makan,"

"Tapi I.."

"Arissya I sangat marah tau, you selalu langgar I. So, petang ni you kena temankan I makan okay!" Balas Tengku Harith Zaqwan buat-buat muka marah.

'Hisyh mengada betul Harith ni, dahlah aku nak balik awal kat rumah, dia pula nak aku teman makan. Eeeii.. geramnyaaaa' jerit hati Tengku Arissya.

"Arissya!"

"Okay-okay I temankan you makan,"

"Tapi syaratnya you pun kena makan sekali dengan I,"

"Eh, tak apalah I nak makan kat rumah.. lagipun dah nak dekat magrib ni,"

"No! You tetap kena temankan I makan, you pun kena makan sekali," tegas Tengku Harith Zaqwan.

"Okay fine! Jom pergi!" Ucap Tengku Arissya geram.

Selesai menikmati makanan itu, Tengku Harith Zaqwan terdengar bunyi azan maghrib dicorong radio yang dipasang di restoran itu.

"Eh, you dengar tak?"

"Dengar apa?"

"Bunyi azan maghrib, so dah masuk maghriblah ni,"

"Ha'ah.. ya," balas Tengku Arissya.

"Jom kita solat. Setahu I depan sikit lagi tu ada masjid.."

"Depan sebelah sana tu ke?"

"Ha'ah kat situ, jomlah! Owh ya, makanan ni I belanja," balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah bingkas bangun. Belum sempat Tengku Arissya bersuara bekas suaminya itu sudah ke depan kaunter bayaran.

"Thanks Harith belanja I makan," ucap Tengku Arissya apabila Tengku Harith Zaqwan kembali semula ke situ.

"You're welcome,"

Mereka kemudiannya berjalan seiring ke tempat parkir kereta masing-masing. Mereka menggunakan kereta berasingan untuk ke masjid yang tidak jauh dari situ.

Sampai saja di masjid, mereka memakirkan kereta sebelah menyebelah.

"Nampaknya dah tak ramai orang, jom solat.." ucap Tengku Harith Zaqwan. Namun langkahnya tidak diteruskan lagi, dia seperti mendapatkan sesuatu di belakang tempat duduk keretanya.

Tengku Arissya sudah ke depan, Tengku Harith Zaqwan menjerit, "Arissya tunggu!"

"Apa lagi ni?"

"Nah, ni telekung. I takut kat dalam tu tak ada telekung untuk you solat," balas Tengku Harith Zaqwan kemudian melangkah berjalan ke masjid.

Tengku Arissya terkedu, dia masih menatap telekung itu. Jiwanya sebak, hatinya dipukul pilu. Telekung yang ada di tangannya ini milik dia. Dia langsung tak sangka yang telekung itu ada pada Tengku Harith Zaqwan. Puas dia cari telekungnya ini, rupanya telekung ini ada dengan bekas suaminya. Allahu...

Selesai solat, mereka ke tempat parkir kereta. Tengku Arissya menyerahkan telekung itu kembali pada Tengku Harith Zaqwan. Dia tahu lelaki di hadapannya tak ingat apa-apa.

"Ni telekung yang you pinjamkan pada I tadi,"

Telekung itu bertukar tangan.

"Harith boleh I tahu telekung tu siapa punya?" Soal Tengku Arissya sekadar ingin bertanya walaupun dia tahu telekung itu milik dia.

"Owh.. I pun tak tahu. Tengok dah ada dalam kereta ni, I rasa telekung ni Mak Cik Timah punya kut,"

"Cantik telekung tu,"

"Cantik? You nak, ambillah. I bagi you," balas Tengku Harith Zaqwan. Dia serahkan telekung itu pada Tengku Arissya.

"Eh, kenapa bagi I pulak?"

"Sebab kalau you pakai telekung ni I rasa lagi cantik," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Really?"

Tengku Harith Zaqwan hanya tersenyum.

"Owh ya Arissya, I difahamkan you kerja dengan papa you sekarang, betul ke?"

"Yup, dah sebulan.."

"Owh, I pun tak tahu tapi tadi ada jumpa dengan adik you. Dialah yang bagitahu," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Adik you busy sekarang kan, mesti dia selalu tak ada kat ofis. So, you macam mana?" Sambungnya.

"Macam mana? Maaf, I kurang jelas!" Balas Tengku Arissya.

"Maksud I macam mana dengan you handle kerja kat ofis tu. Yelah, adik you kan busy, so you belajar bisnes dengan siapa?"

"Dengan siapa-siapa pun I boleh belajar,"

"Tidak bagus belajar dengan orang yang sembarangan. You kena ada mentor, seseorang yang mahir dalam bidang bisnes ni. Kalau tak takut dapat ilmu yang salah,"

"Yup, I tahu tu tapi Elvia busy handle projek baru dengan Emir,"

"Don't worry Arissya. I boleh jadi mentor you, ajar you everything tentang bisnes,"

"Thanks. I hargai apa yang you cakapkan tu, tapi maaf Harith I tak nak susahkan you. You punya syarikat lebih besar dari I, you lagi busy. So, pasal I you tak perlu risau. Setakat ni I masih boleh handle,"

"I memang sibuk, tapi bukannya selalu, kadang aje. Kalau setakat nak tolong you I boleh tolong. Ni haa name card I, simpan nombor telefon I tu, kalau ada apa-apa contact aje," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya mengambil name card itu, tertera nombor milik Tengku Harith Zaqwan di situ. Jadi lelaki di hadapannya sudah menukar nombor telefon baru. Patutlah nombor lama tidak aktif, status whatsapp juga selalu kosong.

"Thanks.. insya-Allah Harith kalau ada apa-apa I bagitahu you,"

"Nombor telefon you I nak," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Kejap," Tengku Arissya mengeluarkan telefonnya. Dia tulis nombor telefon itu dalam telefonnya, lalu dia bagi Tengku Harith Zaqwan tengok.

Telefon Tengku Arissya kini berada ditangan Tengku Harith Zaqwan. Tiba-tiba ada satu panggilan masuk. Tertera nama 'Faqrul'. Seorang lelaki menelefon Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Handphone I," pinta Tengku Arissya apabila dia lihat lelaki itu kaku disitu. Telefon itu bertukar tangan. Tengku Arissya menjarakkan untuk menjawab panggilan itu.

"Hai, Arissya. You tengah buat apa?"

"Owh, I masih kat luar ni. Ada apa-apa ke you call I ni?"

"Saja nak sembang dengan you, lagipun bosan kat rumah ni,"

"Owh.. boleh tapi sekarang I busy dengan kerja sikit. I call you back,"

"Okay Arissya!"

"Siapa call?" Soal Tengku Harith Zaqwan seakan cemburu.

"Kawan,"

"Kawan ke buah hati?"

"Hisyh you ni, kan I dah bagitahu yang call tu kawan I,"

"Hmm yelah tu. Okaylah Arissya I balik dulu," balas Tengku Harith Zaqwan. Mukanya masam mencuka. Dia segera memboloskan tubuhnya ke dalam kereta dan terus pergi meninggalkan Tengku Arissya di situ yang terpinga-pinga.

"Hisyh apahal dengan Harith tu, mood kelaut ke? Tak fahamlah aku dengan dia ni.." Ucap Tengku Arissya perlahan sebelum memboloskan tubuhnya ke dalam keretanya untuk pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience