Rate

BAB 202

Romance Series 197165

"Wow.. dear, I sukalah datang sini. Tapi I lebih suka kalau kita habiskan masa dengan shopping," Ucap Tengku Qistina yang sedang melihat keindahan pulau dihadapannya.

"I tahu you suka shopping," balas Tengku Harith Zaqwan bersahaja.

Penat dia melayani karenah Tengku Qistina. Berbeza dengan Tengku Arissya yang sukakan keindahan alam, berbanding menghabiskan masa dengan membeli-belah.

"Kalau macam tu jom temankan I shopping Harith,"

"Okay, jom!"

Semasa Tengku Qistina asyik membeli-belah Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharkief.

"Macam mana dengan mak Remy?"

"Aku dah bawa ke hospital, dia masih dalam rawatan," balas Sharkief yang sedang berada di hospital.

"Bagus!"

"Lepas doktor dah check, kalau mak Remy kena masuk wad minta dia terus ada kat situ. Kalau tak kau tolong carikan dia rumah lain. Aku tak nak anak buah Qistina cari mak Remy. Faham?"

"Faham tuan!"

Sharkief memperkenalkan kepada mak Remy bahawa dia merupakan kawan baik Remy dibandar. Jadi, perempuan tua itu mempercayainya.

"Owh ya, jangan kau berlama kat situ. Sebab Remy masih dalam tahanan kita,"

"Kalau aku tak sempat macam mana tuan?"

"Aku akan bagitahu Leez," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Qistina mencari kelibat Tengku Harith Zaqwan, dia perasan lelaki itu sedang bercakap melalui telefon dengan seseorang. Segera dia ke sana.

"Dear, you cakap dengan siapa tu?"

Tengku Harith Zaqwan segera berlakon, "Okay, Datuk. I akan settlekan segera projek tu. Jangan risau Datuk,"

Tengku Harith Zaqwan selesai bercakap, "I cakap dengan Datuk pasal projek baru tu, so you dah siap ke shopping ni?"

"Belum, I nak you ada sekali baru best. Jomlah!" Balas Tengku Qistina menarik pergelangan tangan Tengku Harith Zaqwan. Terpaksalah dia ikutkan saja.

Tengku Elvia termenung di balkoni, dia terfikirkan Tengku Harith Zaqwan. Kesian sungguh dia pada lelaki itu. Terpaksa melalui jalan hidup yang begitu sukar. Kakaknya pula masih tidak tahu semua yang terjadi.

"Sayang... buat apa kat sini? Tak sejuk ke?" Soal Tengku Emir Danish menyentuh bahu isterinya dari arah belakang.

"Saja je duduk sini ambil udara segar. Tak ada sejuk mana pun abang,"

"Sayang fikirkan apa?"

"Hmm.. Elvia fikirkan pasal Abang Harith. Kesian dia kan abang, banyak betul dugaan yang dia perlu lalui,"

"Tulah sayang, abang pun tak sangka. Pandai Harith simpan semua derita dia,"

"Abang tahu tak akak tadi cemburu tapi dia ego tak nak mengaku,"

"Cemburu kenapa?"

"Abang Harith ke Pulau Langkawi dengan Tengku Qistina, siapa je tak cemburu kan. Tapi Elvia tengah fikir ni, diaorang pergi berdua kut abang. Buat apalah kan,"

"Abang rasa mesti bersebab. Entah-entah tu semua sebahagian dari rancangannya,"

"Entahlah, tapi kenapa perlu dengan Qistina? Perempuan tu dahlah licik. Bahaya betul,"

"Sayang kita tak tahu apa yang berlaku, so ada baiknya kita berbaik sangka dan mendoakan untuk Harith,"

Tengku Elvia hanya mengangguk faham. Ada betulnya kata-kata suaminya.

"Jauh menungnya tu, teringatkan buah hati ke?" Usik Rokiah a.k.a Sharleez.

"Eh, Kak Kiah. Tak adalah, saja keluar kat halaman rumah ni ambil udara segar,"

"Yeke? Atau ada apa yang sedang bermain di fikiran Arissya?" Soal Rokiah ingin mencungkil rahsia hati Tengku Arissya.

"Hmmm.. entahlah Kak Kiah, kadang Arissya rasa penat nak hadapi hidup ni,"

"Macam kecewa aje bunyinya,"

"Memang Arissya kecewa,"

"Kecewa dengan siapa?"

"Kecewa dengan orang kat dalam rumah ni. Elvia tu asyik memerli aje kalau bercakap pasal Harith dengan dia. Kadang papa tu pun pelik semacam aje. Seperti ada sesuatu yang dia rahsiakan," Tengku Arissya meluahkan isi hatinya.

"Arissya pasti semuanya bersebab,"

Laju Tengku Arissya menjawab, "Sebab apa kalau semua orang dalam rumah ni asyik nak salahkan Arissya. Arissya bencilah!"

"Arissya fikir aje yang baik-baik. Kalau kita asyik prasangka buruk takut ia bagi effect pada Arissya. Takut lebih tertekan,"

"Arissya memang tertekan Kak Kiah. Serabut! Dengan Qistina lagi yang gila mulut tu,"

"Kenapa dengan Qistina?" Soal Rokiah, juga mengetahui mengenai Tengku Qistina melalui cerita Tengku Arissya padanya juga sebelum ini.

"Kak Kiah tahu tak Qistina tu selalu whatsapp Arissya. Dia maki hamun dalam handphone. Macam mana Arissya tak tertekan,"

Rokiah a.k.a Sharleez terkedu, dia tidak pula tahu mengenai perkara itu. Nasib baik Tengku Arissya buka mulut.

"Sebab apa dia maki hamun Arissya?"

"Dia tak puas hatilah tu. Dia ingat Arissya menggatal dengan buah hati dia tu,"

"Tengku Harith?"

"Ha'ah.. sebab tulah, tapi apa boleh buat kan. Dah block pun tak jadi, dua tiga hari dapat balik dia whatsapp Arissya,"

"Gila betul perempuan tu!" Marah Rokiah.

"Memang gila, dia tu dah macam gila talak,"

"Sekarang dia masih ganggu Arissya lagi?"

"Dia takkan berhenti ganggu hidup Arissya, Kak Kiah. Arissya pun tak faham dia nak apa sebenarnya. Dia dah dapat Harith, kenapa mesti dia ganggu hidup Arissya? Sebab tulah Arissya penat sangat. Kadang sakit kepala, dahlah Arissya ada migrain.."

"Arissya sabar. Tak perlulah pedulikan perempuan gila tu. Nanti lama-lama dia diamlah dengan sendirinya kalau dah penat," pesan Rokiah walaupun dia bukanlah orang yang sabar. Tetapi dia tidak boleh terlanjur dalam katanya kerana dia sedang memegang watak Rokiah.

"Tapi masalahnya dia tu menyakitkan. Tengku Qistina tu macam pelesit, suka bagi orang masalah,"

"Kak Kiah tahu tak dia kacau Arissya bukan time ni aje. Dia kacau sebelum Arissya masih bergelar isteri Harith, cuma Harith je tak pernah tahu,"

Kali kedua Rokiah a.k.a Sharleez terkedu mendengarnya. Dia pasti Tengku Harith Zaqwan tidak mengetahui akan hal itu.

"Kenapa Arissya tak bagitahu Harith dulu?"

"Sebab time tu hubungan kami dah retak, jadi tak perlulah rasanya nak bercerita soal tu. Dia sendiri yang mengkhianati cinta Arissya," balas Tengku Arissya bercerita.

"Macam mana kalau Harith tak salah?"

Tengku Arissya tersengih sinis, "Bukan sekali Arissya dikhianati tapi berkali-kali. Tengok sekarang ni pun, Harith ke Pulau Langkawi bersama Tengku Qistina. So, Kak Kiah dah boleh tengok kan sikap Harith tu macam mana?"

"Tapi kalau diaorang pergi atas urusan kerja macam mana?"

"Urusan kerja? Tak Kak Kiah, Arissya kenal sangat dengan Harith tu. Tapi tak apalah, tu hal diaorang. Arissya tak nak masuk campur," balas Tengku Arissya agak terkilan.

Rokiah a.k.a Sharleez terdiam. Dia perlu menceritakan perkara ini kepada tuannya.

Sharleez menelefon Tengku Harith Zaqwan pada tengah malam itu. Kebetulan dia masih belum terlelap pada ketika itu.

Sharleez telah menceritakan segalanya.

"Soal tu aku dah tahu lama,"

"Macam mana tuan tahu?"

"Aku pernah tengok sendiri setiap maki hamun Qistina tu pada Arissya masa aku buat-buat hilang ingatan dulu di hospital. Aku ada pinjam handphone dia, menipu cakap dengan dia nak main game. Dari situ aku tahu semuanya,"

"Owh.. patutlah,"

"Arissya dah banyak menderita, dari situlah aku jadi lebih kuat untuk terus menamatkan semua ini. Qistina harus mendapat balasan yang setimpal di atas perbuatannya,"

"Aku setuju tu tuan. Betina tu memang tak guna! Dia perlu menerima hukumannya,"

"Okay apa lagi yang Arissya luahkan pada kau?"

"Hmm.. lagi satu sebenarnya dia tahu tuan sekarang ni kat Pulau Langkawi bersama Qistina,"

"Allahu.. macam mana Arissya tahu?"

"Faqrul bagitahu, dia mereka cerita sensasi,"

"Jantan tu memang tak guna, berlagak baik depan Arissya tapi hati busuk!"

"Hati Arissya seakan terluka. Dia cakap dia kecewa, tuan.."

"Malangnya aku tak boleh buat apa. Aku kena tamatkan semua ni dulu. Sekarang ni waktu untuk bertindak tanpa menjelaskan apa-apa pada dia,"

"Apapun yang tuan lakukan, aku sentiasa sokong. So, Remy apa cerita?" Soal Sharleez. Tengku Harith Zaqwan menceritakan semuanya.

"Jadi Kief dah balik belum ke tempat tu?"

"Dia baru aje call, dia dah settle uruskan mak Remy. Semuanya selamat,"

"Baguslah, jadi kita boleh gunakan Remy sebagai umpan untuk berpihak kepada kita, tuan," Sharleez memberi cadangan.

"Itulah yang aku sedang fikirkan.. tapi kita kena bertindak lebih bijak. Tidak boleh sesuka hati melepaskan dia begitu, aku takut dia belok dengan kita,"

"Okay, kalau macam tu kita sudah boleh membuat perancangan dari awal tuan,"

"Itulah yang sebaiknya," balas Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience