Rate

BAB 20

Romance Series 197165

Hari ini Tengku Arissya cuti mengajar. Dia sengaja ambil cuti satu hari untuk tenangkan fikirannya. Sejak kehadiran Tengku Harith Zaqwan jiwanya kacau. Jadi seharian dia berjalan-jalan di Kota Paris.

Tempat yang dia paling suka pergi ialah Menara Eiffel. Dia akan duduk dibangku berdekatan situ, yang dipenuhi pokok menghijau sepanjang jalan dan dia akan pandang Menara Eiffel lama-lama. Kadang tu ada juga dia ambil gambar dari situ.. nampak jelas. Cantik tersergam Menara Eiffel.

Tengku Harith Zaqwan juga ada di situ. Dia sedang bersembunyi di sebalik sebatang pokok besar. Matanya ralik memandang bekas isterinya. Dia suka tengok Tengku Arissya. Tak banyak berubah gadis itu, tetap sama memiliki kecantikan yang luar biasa dan semakin matang.

Mata Tengku Arissya pula sedang melihat gelagat dua orang pelancong asing yang berada tidak jauh darinya. Mungkin sepasang kekasih, fikirnya. Sepasang kekasih itu sedang menangkap gambar sambil bercakap-cakap dalam bahasa mereka. Lebih menggelikan pasangan itu sedang berkucupan bibir. Barangkali si lelaki sedang meluahkan rasa cintanya.

'Tak senonoh betul! Berkucupan di tempat public pulak tu.. tapi salah ke mereka? Tentulah tidak.. lagipun mereka berdua bukannya orang Islam. Ustaz pernah cakap syurga orang kafir di dunia. Syurga orang Islam di akhirat sana..' Desis hati Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan perasan tentang hal itu.. dia menekup mulutnya dengan tangan, tak tahan mahu tergelak tengok gelagat Tengku Arissya. Dia tahu bekas isterinya itu sedang berbicara dalam hatinya, mungkin dia sedang meluahkan rasa kurang senangnya melihat pelancong asing itu sedang berkucupan bibir. Kalau tak takkanlah Tengku Arissya berpaling ke arah lain.

Ingin sekali Tengku Harith Zaqwan duduk ditepi bangku itu bersama bekas isterinya.. tapi kalau dia munculkan diri sudah tentu Tengku Arissya akan lari. Jadi dia perlu kekalkan dirinya berdiri di situ menjadi sebahagian dari pokok-pokok itu. Tidak mengapalah demi cinta. Dia relakan kakinya lengguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience