Rate

BAB 193

Romance Series 197165

Hari ini seperti yang dirancang, Tengku Qistina dan Faqrul mula bertindak. Dia akan mengatur satu pertemuan. Keduanya harus menghadiri makan malam di hotel itu.

Tengku Harith Zaqwan menjemput Tengku Qistina, meskipun tidak bersetuju untuk sama-sama menghadiri makan malam itu namun dia terpaksa.

Tengku Harith Zaqwan langsung tidak tahu menahu perancangan Tengku Qistina.

Faqrul kali ini berjaya memujuk Tengku Arissya juga untuk menghadiri makan malam itu dihotel. Segalanya sudah dirancang dengan rapi.

Sampai saja di hotel mewah itu Tengku Harith Zaqwan bergandingan dengan Tengku Qistina. Dalam masa yang sama Faqrul dan Tengku Arissya juga sudah sampai. Masing-masing melangkah pada satu arah untuk ke satu meja privasi.

Dan tiba-tiba keduanya terkedu, Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

"Owh my God!" Ucap Tengku Qistina buat-buat terkejut.

Tengku Arissya memalingkan wajahnya ke arah Tengku Qistina.

"Tak sangka I akan jumpa you kat sini malam ni,"

"I juga sama, rasa sangat malang sekali," balas Tengku Qistina memerli. Tengku Arissya tersenyum sinis. Hubungan mereka tidak berapa baik semenjak berlakunya pertengkaran di antara keduanya.

Tengku Harith Zaqwan tidak terkata, kali ini Faqrul mengambil alih lakonannya.

"Arissya siapa ni?" Soal Faqrul.

"Perampas paling hebat, pemusnah!"

"Kau yang rampas hak aku!" Marah Tengku Qistina.

"Cukuplah Tengku Qistina, kau ni memang bijak berlakon dan iblis paling handal menghancurkan kebahagiaan orang lain,"

"Kalau aku iblis kau ketua iblis!"

Tengku Harith Zaqwan cuba menahan perasannya.

"Sayang, you tahu tak ni siapa? Perempuan nilah orang ketiga tu yang I cerita dengan you. Dialah iblis tu!" Ucap Tengku Qistina sambil memaut lengan sasa milik Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya terkedu, matanya memandang pada pautan itu. Dia sangat tidak menyangka yang Tengku Harith Zaqwan bercinta dengan Tengku Qistina semula.

"Owh.. jadi kaulah perempuan tu, yang hancurkan hubungan aku dengan Qistina?" Ucap Tengku Harith Zaqwan. Semua yang ada disitu terkedu. Tengku Qistina juga tidak menyangka.

Jadi, benarlah yang lelaki dihadapannya hilang ingatan. Faqrul sudah ketawa dalam hati.. apalagi ketika melihat Tengku Arissya terkejut begitu.

"Apa yang you cakap ni Harith?"

"I tak sangka you sanggup buat Qistina menderita. Dia lari lari luar negara tinggalkan I sebab you!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Merah menyala matanya. Bukan marah tetapi menahan seluruh tangis dihati. Sakit yang mencengkam dijiwanya. Dia memang pernah biadap dengan bekas isterinya itu, namun kali ini dia sekali lagi terpaksa mengubah sikapnya. Bersikap sebiadap dan sekasar itu untuk menyakitkan hati Tengku Arissya. Bukan mahunya tapi dia terpaksa.

Sebenarnya itulah kata 'maaf' terawal yang dia ucapkan. Dia bimbang hal ini terjadi, dan ia sudah pun terjadi.

"Bila masa pula I buat perempuan tak guna ni menderita? You jangan main tuduh!"

"Arissya, I takkan benarkan you sakitkan hati Qistina lagi. Sebab ada I yang akan selalu jaga dan lindungi dia.. faham!" Jerit Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Qistina tersenyum mendengarnya. Dia yakin yang Tengku Harith Zaqwan benar-benar hilang ingatan. Jika tidak sudah pasti lelaki itu akan melindungi bekas isterinya.

"Harith, kau ni dah gila ke? Kau cakap apa dengan Arissya ni, kau ni biadaplah!"

"Apa? Diamlah!"

"Kau ni lelaki jenis apa hah, kau buat baik dengan Arissya. Lepas tu bila ada benda macam ni jadi, kau layan Arissya macam sampah. Kau ni memang tak guna!"

"Arissya yang buat Qistina menderita, dia bagitahu yang dia kena ugut. Sebab tu dia larikan diri dari luar negara,"

"Betina ni dah racuni fikiran kaulah!" Marah Faqrul. Pandai betul dia berlakon.

"Enoughlah. Enough!" Jerit Tengku Arissya kuat. Dia sudah sakit kepala mendengar pertengkaran itu.

"Arissya!"

"Arissya.. you nak pergi mana, kita belum dinner lagi," sambung Faqrul cuba menghalangi Tengku Arissya tetapi tidak berjaya.

Mereka akhirnya pergi dari situ. Tengku Harith Zaqwan diam seketika. Hatinya sebak, tapi apakan daya.

"Sayang you okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Qistina pegang lengan Tengku Harith Zaqwan, "I'm okay sayang.. duduklah. Kita dinner.."

Mahu rasanya Tengku Harith Zaqwan pergi dari situ tapi dia perlu meneruskan rancangannya. Dia langsung tak tahu yang Tengku Qistina merancang semua ini.. tapi tidak mengapa, setidaknya dia sudah menyakinkan Tengku Qistina yang dia benar-benar lupa ingatan.

"Arissya wait!"

"Lepaslah!"

"You nak ke mana?"

"I nak balik sekarang. Semuanya menyakitkan hati!"

"Makan malam kita macam mana Arissya?"

"You makanlah sendiri,"

"Tapi Arissya..."

"Listen! I tahu you sakit hati dengan Harith, tapi you sendiri tahu kan yang dia hilang ingatan.."

"Harith tak...."

"Arissya you kena faham satu benda, manusia berubah.."

Nasib baik Faqrul memotong percakapan Tengku Arissya, jika tidak habislah.. mesti Faqrul tahu yang Tengku Harith Zaqwan tidak lupa ingatan. Hancurlah semuanya.

"I nak balik sekarang!" Jerit Tengku Arissya segera berlalu pergi dari hotel itu.

Faqrul tersengih sinis melihat Tengku Arissya berlalu pergi, dia gembira. Kali ini perancangan mereka berjaya. Jadi, betullah yang Tengku Harith Zaqwan hilang ingatan. Ia tidak dibuat-buat. Buktinya Tengku Harith Zaqwan tidak tahu menahu hal sebenar. Lagi senang kerjanya.

Tidak lama lagi impiannya untuk jadi kaya raya akan tercapai, maklumlah dia pasti akan dapat mengahwini Tengku Arissya. Namun dia berazam ingin menggandakan usahanya.

Sampai saja dirumah, Tengku Qistina tergelak besar depan Faqrul.

"Perancangan kita berjaya juga akhirnya,"

"Jadi tak salah lagi, Harith tu memang hilang ingatan.." balas Faqrul.

"Betul, kalau tak takkanlah dia semarah tu pada Arissya..."

"Ya, bos!"

"Aku senang dapat tengok muka terkejut Arissya tu. Aku suka bila Harith marahkan dia,"

"Tapi jangan lebih-lebih bos. Buah hati aku tu.."

"Arghh persetankan semua tu! Yang penting Harith mesti jadi milik aku.."

"So, apa planning seterusnya?".

"Aku akan terus menyakitkan hati Arissya. Aku mahu dia terseksa,"

Faqrul hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Suka atau tidak setiap arahan daripada bosnya tidak pernah diingkari.

Tengku Harith Zaqwan balik ke rumahnya selepas dinner dengan Tengku Qistina.

"Harith nak minum kopi tak? Mak Timah buatkan," ucap Mak Timah. Tengku Harith Zaqwan hanya diam membisu. Dia terus ke tingkat atas.. hal tersebut dilihat oleh Hud Mikail yang baru menapak keluar ke ruang tamu.

"Kenapa dengan Harith tu Mak Timah?"

"Entahlah, biasanya Harith tak macam tu. Mesti ada sesuatu yang tak kena," balas Mak Timah yang sedia maklum sikap anak arwah majikannya.

"Tak apalah, mungkin dia perlukan rehat yang secukupnya.." balas Hud Mikail. Mak Timah mengangguk faham, dia kemudiannya kembali ke dapur melakukan kerjanya.

Tengku Harith Zaqwan masuk ke biliknya dengan perasaan kesal, bajunya ditanggalkan.. lalu dihempas ke lantai. Marahnya meluap-luap terhadap Tengku Qistina. Dia duduk dibirai katil, tilam katilnya digenggam kemas.

"Aku takkan biarkan kau terlepas bebas Qistina! Kau harus bayar balik semua derita yang telah kau berikan pada aku. Itu janji aku!" Ucap Tengku Harith Zaqwan sendirian.

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, dia ke koridor dalam biliknya. Dibiarkan saja tubuh sasanya disapa angin malam. Matanya berkaca apabila teringatkan wajah luka milik bidadarinya. Dia memejamkan matanya seketika, lalu mendonggak memandang ke langit malam.

'Maafkan abang Arissya. Melukai Arissya sama seperti melukai hati abang sendiri. Abang terpaksa sayang. Maafkan abang.. abang tahu Arissya pasti terkejut dengan apa yang terjadi tadi, tapi abang janji sayang... Abang janji akan hapus semua air mata Arissya, abang akan bagi kebahagiaan tu pada Arissya walaupun Arissya bukan milik abang lagi..' desis hati Tengku Harith Zaqwan. Janjinya pasti. Dia akan menghadiahkan Tengku Arissya kebahagiaan suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience