Rate

BAB 168

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan menelefon Dania, dia mahu mengajak gadis itu keluar. Tujuan sebenarnya untuk merancang pertemuan antara dia, Dania dan Sharleez.

"Happy nampak!" Sapa Uyu.

"Mestilah. Abang Harith ajak aku keluar esok,"

"Untunglaaaa.." balas Uyu. Dia tumpang gembira dengan kegembiraan sahabat baiknya.

"Tak sabar aku nak keluar, mesti Abang Harith nak ganti masa terluang yang dia sia-siakan bersama aku hari tu,"

"Aku pun rasa macam tu, so bila kau nak luahkan perasaan cinta kau tu pada Abang Harith?" Soal Uyu.

"Entah,"

"Entah?"

"Hisyh lambat bertindaklah kau ni! Sepatutnya time jumpa nanti kau dah boleh luahkan," sambung Uyu meminta Dania meluahkan isi hatinya pada lelaki yang dia suka.

"Seganlah Uyu,"

"Buat apa nak segan kalau dah memang suka. Kau nak ke Abang Harith tu digoda perempuan lain,"

"Mestilah aku tak nak, Abang Harith tu milik aku. Aku nak kahwin dengan dia," balas Dania.

"Kalau nak kahwin dengan dia lebih baik bertindak cepat," pesan Uyu membuatkan Dania nekad esok untuk meluahkan rasa cintanya pada Tengku Harith Zaqwan.

Keesokannya Tengku Harith menemui Dania setelah merancang semuanya dengan teliti. Pada awal pertemuannya Tengku Harith Zaqwan masih sendiri. Sharleez masih belum muncul di situ.

"Abang Harith suka shopping ke?"

"Eh, tak juga. Kenapa Nia?"

"Tak adalah Nia saja tanya, lagipun abang ajak Nia jalan-jalan kat sini lagi,"

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Abang datang sini nak Nia pilih apa saja yang Nia nak. Abang belanja,"

"Belanja? Aik.. hari tu kan abang dah belanja. Banyaknyaa duit abang," balas Dania membuatkan Tengku Harith Zaqwan tergelak mendengarnya.

"Hari tu kan abang tinggal Nia sendirian. Abang rasa bersalah pula, jadi abang nak tebus rasa bersalah tu hari ni,"

"Laaa.. yeke? Abang ni tak perlulah nak buat macam tu. Nia okay aje abang. Nia faham abang busy, abang kan business man,"

"Abang tetap nak belanja Nia, so jom tengok apa yang Nia nak," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi abang.."

"Dah-dah, jom ikut abang!"

Sikap Tengku Harith Zaqwan begitu menyenangi hati Dania. Dia semakin suka. Dia nekad sekejap saja lagi dia akan meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu.

Beberapa jam kemudian, selesai shopping mereka singgah di salah sebuah kedai makan mewah dikawasan tempat membeli-belah itu.

"Fuhh.. penatnyaaa," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Kesian abang. Maaf tau kalau tadi Nia susahkan abang," balas Dania rasa bersalah. Dia memang kalau bab memilih barangan agak cerewet. Mungkin kerana itu berjam-jam dia ada di satu kedai sahaja.

"It's okay, Nia nak makan apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Sharleez masih tidak kelihatan di situ. Entah bila dia akan muncul di antara mereka.

"Nia ikut apa yang abang nak makan," balas Dania manja. Selesai memesan makanan mereka berbual-bual sampailah makanan sampai dan mereka pun menikmatinya.

"Abanggg..."

"Hmm.." balas Tengku Harith Zaqwan. Jiwanya resah. Sharleez masih belum tiba disitu. Sakit betul hatinya. Whatsappnya juga tidak dibalas.

"Nia nak bagitahu something ni,"

"Okay, apa dia?"

Jantung Tengku Harith Zaqwan berdebar. Dia rasa seakan Dania akan meluahkan perasaannya pada dia. Firasatnya merasakan tentang hal itu.

'Ya Allah.. mana pula Sharleez ni. Memang buat aku hilang sabar betullah. Kata professional dalam tugasan tapi sampai sekarang kelibat dia pun aku tak tengok. Kesal sungguh!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan lelah.

"Abang sebenarnya Nia...."

"Hai, Harith!" Sapa seseorang dari arah belakang, siap pegang bahu Tengku Harith Zaqwan.

Dania terkedu, apatahlagi Tengku Harith Zaqwan. Sharleez benar-benar gila, pemakaiannya sungguh seksi sekali. Dia tak suka! Tapi apalah dayanya. Sharleez memang makhluk Tuhan paling seksi. Kalau bab pakaian, nak lagi bila kena berlakon. Dia akan buat gila-gila.

"You buat apa kat sini sayang?" Sapa Sharleez segera menarik kerusi disitu lalu duduk berdekatan Tengku Harith Zaqwan.

1,2,3 action!

Tengku Harith Zaqwan tersenyum memandang Sharleez. Dania terdiam sedari tadi. Siapa perempuan tu?

"I keluar kejap dengan Dania. Kenalkan sayang, ni Dania," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Hai, Dania! I Sharleez,"

"Nia lupa abang nak kenalkan, ni my girlfriend abang," ucap Tengku Harith Zaqwan. Seakan menggigil tubuh Dania mendengar kenyataan yang menyakitkan itu.

"Err.. owh abang dah ada girlfriend rupanya,"

"Of course Nia. Kami kenal dah lama,"

"Kan sayang?" Sambung Tengku Harith Zaqwan siap mengenyit matanya pada Sharleez.

'Gila betul tuan aku, siap kenyit mata kat aku. Terbaik lakonan tuan!' Desis hati Sharleez tertawa.

"Yup, I ni dengan Harith tak lama lagi bakal berkahwin,"

Kenyataan itu semakin membuatkan hati Dania hancur. Selumat-lumatnya. Dia kelihatan ingin menangis.

"Sayang you nak order apa-apa tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan pada Sharleez.

"Tak kut, I dah kenyang. Owh ya, papa I kirim salam kat you. Dia ajak you datang rumah kalau ada masa terluang,"

"Wa'alaikumussalam. Malam esok I pergi jumpa papa you," balas Tengku Harith Zaqwan.

Dania sudah tidak betah tinggal lama di situ. Mukanya merah menyala. Lebam. Dia seakan mahu menangis.

"Abang Harith, Nia balik dulu," ucap Dania tiba-tiba.

"Kenapa you dah nak balik Nia? Nantilah dulu, boleh borak-borak dengan I," balas Sharleez ramah.

"Eh, tak apalah. Nia ada hal lain nak kena uruskan,"

"Laa.. yeke? Okay, jom abang hantarkan Nia balik,"

"Tak apalah abang Nia boleh balik sendiri.. lagipun nak terus jumpa dengan kawan,"

"Tapi.."

"Tak apa, abang janganlah risau," balas Dania perlahan. Dia kemudiannya terus pergi dari situ bersama hati yang hancur.

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, Sharleez masih duduk di situ. Dia dapat lihat wajah Dania berubah.. tapi apakan daya.

"Hello, Sharkief.."

"Ya, tuan bos!" Balas Sharkief tergesa-gesa. Tuan bos terus disebutnya.

"Pantau Dania, tengok dia pergi mana dan keluar dengan siapa. Aku nak kau pastikan dia selamat sampai dia balik rumah Uyu. Faham!"

"Faham tuan!"

"Bagus!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Dia kemudiannya kembali melabuhkan punggungnya di situ.

"Aku tak suka pengakhiran cerita begini," ucap Tengku Harith Zaqwan sedih.

"Aku faham tuan kau tak tergamak menghancurkan hati Dania. Tapi biar dia sakit sekarang daripada nanti,"

Tengku Harith Zaqwan hanya terdiam. Dia merenung lantai putih itu dengan pandangan yang kosong.

"Aku yakin Dania memang ada hati dengan tuan. Aku dapat lihat riak wajah dia yang kecewa tu," sambung Sharleez.

"Aku pun rasa benda yang sama, mesti dia terluka,"

"Tuan sudahlah, jangan kau sedih lagi. Aku tahu apa yang tuan lakukan ni untuk kebaikan semua orang," nasihat Sharleez.

"Tapi aku tetap rasa akulah manusia paling tak berguna," balas Tengku Harith Zaqwan. Dia nampak lemah.

"Tuan kena ingat satu benda, kalau tuan lemah segala pengorbanan tuan hanya sia-sia. Tolong jadi kuat!"

Kata-kata Sharleez buat Tengku Harith Zaqwan kembali bersemangat, "Betul kata kau, aku tak boleh lemah. Takkanlah aku nak biarkan Tengku Arissya dalam bahaya,"

Sharleez terdiam seketika.

'Apapun yang dia lakukan semuanya untuk Tengku Arissya' desis hati Sharleez.

"Betul tuan, so jangan cepat berputus asa,"

"Kau last cuti esok kan,"

"Ya, tuan. Kenapa? Masih ada tugasan yang perlu aku lakukan?"

"Kejap lagi kau berhubung dengan Sharkief, mungkin dia ada nak bagitahu apa-apa. Jadi tolong perkemaskan setiap benteng pertahanan kita. Kalau ada berita baru pastikan korang maklumkan pada aku,"

"Baik tuan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience