Rate

BAB 178

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan follow Faqrul dari arah belakang pada petang itu, tapi agak jauh. Dia takut Faqrul dapat mengesannya. Ini kali pertama dia berkesempatan ke rumah Faqrul, biasanya Sharkief yang mengawal di sini.

Kelihatan Dafiya sedang menyapu sampah dihalaman rumah, Tengku Harith Zaqwan sudah ada berdekatan situ. Dia terlindung dari pokok besar tepi rumah Faqrul.
Namun jelas dia dapat mendengar perbualan antara mereka berdua.

Faqrul sudah menapak keluar dari keretanya. Wajahnya nampak bengis. Dia tiba-tiba menarik pergelangan tangan Dafiya kuat. Namun tangan itu disentap. Dafiya tidak suka Faqrul memperlakukan dia begitu.

"Eh, aku kan dah cakap jangan keluar rumah," marah Faqrul.

"Tapi kalau Fiya tak sapu lantai ni akan kotor,"

"Kau tu lagi kotor dari lantai ni, lagi menjijikan!" Ucap Faqrul. Sungguh biadap dia.

"Dah masuk!"

"Abang sakitlah, tak payahlah tarik Fiya macam ni," Ucap Dafiya berdegil.

"Tahu pun sakit, kau nak dapat sakit lagi ke hah? Tak cukup lagi kena pukul dengan tali pinggang semalam. Kau nak rasa lagi ke?" Marah Faqrul sedikit menekan suaranya. Bimbang jika ada jiran mendengar kata-katanya.

Kali ini Dafiya tidak melawan. Dia masuk ke dalam rumahnya. Tengku Harith Zaqwan menggelengkan kepalanya perlahan. Malang sungguh nasib Dafiya dan Puan Ros.

Tengku Harith Zaqwan kembali ke keretanya dan pergi dari situ, namun sempat dia menghubungi Sharkief.

"Kief aku nak kau pantau Fiya dan Puan Ros,"

"Kenapa tuan, diaorang kena pukul lagi dengan jantan gila tu ke?"

"Yup,"

Sharkief benar-benar marah dengan perangai buruk Faqrul. Kesian Dafiya. Dia selalu perhatikan gadis itu bersedih dan asyik termenung. Kalaulah dia mampu, sudah lama dia menyerang Faqrul tapi itu mustahil dia boleh berbuat begitu, kerana dia perlu bijak. Tidak boleh bersikap terburu-buru.

"Aku akan pantau mereka berdua," balas Sharkief.

"Tak, kali ni kau perlu buat satu lagi tugas,"

"Tugas apa?"

"Menyamar jadi lelaki gentlemen. Bila kau dapat dekati Fiya, kau boleh tolong dia lebih lagi," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Boleh tuan," balas Sharkief senang hati.

"Tapi kau perlu jadi lelaki lain,"

"Hah?"

"Sekarang dapatkan misai dan tahi lalat palsu. Gaya rambut kau perlu ubah, kau juga kena pakai cermin mata putih,"

"Baik tuan, aku menurut perintah," balas Sharkief. Apa saja dia sanggup lakukan demi Dafiya. Dia mahu menolong gadis itu.

"Bagus! Kau dah boleh mula sekarang untuk mendekati dia. Kau tahu kan kat mana dia menjaja jual kerepek tu?"

"Tahu tuan,"

"Okay, selamat menjalani tugas baru dan terus menyiasat mana yang perlu. Good luck, Kief!" Balas Tengku Harith memberi kekuatan pada Sharkief.

Dia tahu Sharkief sukakan Dafiya. Dia sudah dapat membuat andaian dari awal, tapi bukan masanya lagi untuk dia bertanyakan soal hati dan perasaan pada lelaki itu. Sekarang masanya untuk bertindak dan melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan.

"Paaa.." Panggil Tengku Arissya. Datuk Mustaqim berpaling ke belakang sebelum masuk ke bilik ofisnya.

"Hm ada apa?"

"Arissya minta maaf papa pasal yang hari tu,"

"Papa dah maafkan, tapi tolong jangan ulangi lagi hal yang sama. Papa tak suka!" Tegas Datuk Mustaqim.

"Baiklah papa," balas Tengku Arissya. Datuk Mustaqim masuk ke bilik ofisnya tanpa pamit.

Tengku Delisha muncul lagi. Dia datang ke ofis Tengku Emir Danish pada petang itu.

"Hai, dear!" Terjengul wajah Tengku Delisha dimuka pintu bilik ofis itu. Bukan main terkedu Tengku Emir Danish.

"Buat apa you datang sini? Bukan ke kerjasama syarikat kita dah tamat?" Soal Tengku Emir Danish.

"I tahu, tapi hati ni meronta rindukan you,"

"You jangan buat gilalah Delisha!" Marah Tengku Emir Danish. Tengku Delisha mendekati lelaki itu. Seakan ingin menggoda dengan lenggok tubuhnya yang seksi.

"Relaxlah sayang, you ni nampak menggelabah pula. Dah kenapa ya? Ke dah tergoda dengan I ni," ucap Tengku Delisha semakin berani. Gedik semacam aje dia melebihi lenggok seekor ular.

Hakikatnya sememangnya Tengku Delisha itu ular. Semuanya pasti akan terbongkar siapa sebenarnya dia.

"Eh, pergilah!" Balas Tengku Emir Danish menolak gadis itu.

Tengku Delisha tergelak kecil, "Opss!"

"Keluar dari bilik ni atau aku panggil pengawal halau kau!" Tengking Tengku Emir Danish.

"Okay-okay I keluar, tapi I takkan berhenti untuk rampas you daripada Tengku Elvia,"

Sebelum keluar dari bilik itu sempat lagi Tengku Delisha mengenyit matanya.

Kali ini Tengku Delisha mengubah misinya. Misinya kali ini misi menggoda suami orang. Dia mahu menghancurkan mental Tengku Elvia. Serangan kali ini serangan mental.

Tengku Emir Danish pulang ke rumah, dia sampai sebelum maghrib. Wajahnya nampak agak tegang lagi dengan situasi petang tadi. Kalaulah isterinya tahu nahaslah dia.

"Hai abang, sini Elvia bawakan briefcase tu," ucap Tengku Elvia menyambut kepulangan suaminya.

Hari ini dia ambil cuti satu hari, jadi dapatlah dia mengemas, memasak dan melayani suaminya.

"Hai, sayang.. masak apa untuk abang hari ni?" Soal Tengku Emir Danish tanpa seulas senyuman.

"Masak makanan kegemaran abang,"

"Abang mesti penat kan, so now abang naik atas masuk bilik, bersiap ya. Bersihkan badan tu dulu,"

"Okay sayang, abang naik atas dulu ya," balas Tengku Emir Danish.

Kali ini Tengku Elvia perasan suaminya nampak tegang saja wajahnya. Memanglah suaminya melayani dia dengan baik tapi ada sesuatu yang seakan suaminya sembunyikan. Hati seorang isteri firasatnya kuat untuk tahu apa yang tidak kena pada suaminya. Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumahtangga, ia sudah mempunyai satu ikatan yang kukuh. Ikatan hati.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Tengku Emir Danish turun ke tingkat bawah. Mereka menikmati makan malam bersama.

Di awal perbualan mereka hanya berbual kosong, namun di pertengahannya Tengku Elvia bertanyakan suaminya, "Abang okay ke ni?"

"Okay. Kenapa? Nampak abang tak okay ke?" Balas Tengku Emir Danish.

"Abang tak okay ni. Elvia dapat rasa. Tadi wajah abang juga tegang," balas Tengku Elvia jujur. Namun Tengku Emir Danish hanya berdiam diri.

"Please abang. Kalau ada apa-apa ceritalah dengan Elvia, kita kan pernah berjanji untuk kongsi apa saja masalah bersama," sambungnya seakan memujuk suaminya.

"Abang tahu tapi ada waktunya sesuatu yang dapat melukai hati isteri harus disimpan,"

"Tapi menyimpan rasa itu jauh lebih melukakan abang," balas Tengku Elvia.

"Luka tu sakit sayang,"

"Lagi sakit menjadi seorang pemendam. So, now abang kongsilah dengan Elvia. Elvia siap menghadapi semuanya dengan sabar," balas Tengku Elvia.

"Lepas makan kita ke ruang tamu, abang cerita apa yang jadi hari ni. Sekarang kita makan dulu,"

Tengku Elvia hanya mengangguk faham.

Selesai makan mereka ke ruang tamu, Tengku Emir Danish duduk dekat disebelah isterinya di sofa mewah itu.

"Okay, abang dah boleh mula bercerita,"

Tengku Emir Danish mula bercerita apa yang terjadi pada petang tadi.

"Jadi Tengku Delisha kacau abang lagi?"

"Hmm.."

"So, abang macam mana tadi? Layanan abang pada dia masa dia goda abang?" Soal Tengku Elvia sedih.

"Abang tolak dia sayang,"

"Betul ke?"

"Sayang tak percaya abang ke?"

"Sedikit ragu,"

Tengku Emir Danish menarik tubuh itu dekat dengannya. Tubuh itu dipeluknya sayang, diciumnya ubun-ubun isterinya sebelum meluahkan rasa hatinya.

"Abang sayangkan Elvia. Jangan pernah ada keraguan pada abang,"

"Tapi Tengku Delisha terlebih dulu hadir dalam hidup abang. Dia yang pertama,"

"Pertama itu bukan ukurannya sayang. Buktinya, kita dah halal. Itu yang penting,"

"Tapi..."

"Syhhh... Jangan cakap apa-apa lagi. Abang cuma cintakan Elvia," balas Tengku Emir Danish semakin mengeratkan pelukannya. Dia tidak mahu isterinya bersedih. Hatinya cuma milik Tengku Elvia.

"Hmm okaylah,"

Rajuk perempuan memang sukar dipujuk tapi tidak boleh dibiar terabai, takut hatinya luka terpendam. Merana jiwanya kerana cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience