Rate

BAB 94

Romance Series 197165

Iris Ariana sudah sampai di Kota Paris setelah selesai semua urusannya di Malaysia. Dia ke Kota Paris mahu bercuti, di samping menjalankan tugas dan amanahnya sebagai seorang peguam.

"Wow amazing!" Desis hati Iris Ariana apabila sampai di Kota Paris. Pemandangannya sungguh cantik. Dia menapak ke rumah sepupunya, Arman Mirash. Pintu itu diketuk.

Arman Mirash tergamam melihat sebatang tubuh cantik, tinggi lampai dan berkulit putih mulus itu.

"You Iris Ariana? I tak mimpi ke ni?" Soal Arman Mirash membulat matanya.

"You tak mimpilah Rash, ni I Ariana. Suprise!" Ucap Iris Ariana diiringi gelak tawanya.

"Memang betul kejutanlah. Masuklah tuan puteri ke rumah hamba.." Pelawa Arman Mirash gembira dengan kedatangan sepupunya.

"Mengada! Em.. you sorang je ke kat rumah ni?"

"I tinggal sorang aje kat rumah ni. You pun datang sorang je ke ni?"

"I mana pernah berdualah," balas Iris Ariana yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa.

"Tulah you, I nak melamar you, you jual mahal, kan you dah bersendirian sekarang," balas Arman Mirash, memang benar dia ada hati dengan sepupunya itu tapi itu dulu. Apabila Iris Ariana menolak cintanya dia berhenti daripada terus berharap.

"You ni, kita kan sepupu. So, faham-fahamlah.."

"Yup, I gurau ajelah. I harap you jumpa lelaki idaman you tu suatu hari nanti.."

"Kalau ada jodoh jumpalah. Eh, ni I nak minta tolong you, Rash. Hmm.. kat mana I boleh sewa rumah or bilik ke.."

"Duduk sinilah dengan I," balas Arman Mirash.

"You tak kelakar okay. You dengan I bukannya ada ikatan halal. Batas kena jaga walaupun kita berada di negara orang," nasihat Iris Ariana mengingatkan sepupunya.

"Okay, sorry Ariana. Em, you nak tinggal kat Paris berapa lama ni?"

"I tak pasti bila akan pulang ke Malaysia. Sebab I datang sini pun bercuti dan ada urusan sikit nak kena settle," balas Iris Ariana menyatakan tujuannya.

"Hmm.. esok I dah start kerja. I'm very busy tomorrow. Kalau nak cari rumah sewa atau bilik sewa, I kena cari sekarang untuk you.."

"Yeke? Kalau macam tu apa kata I temankan you cari rumah sewa," balas Iris Ariana.

Arman Mirash senyum, "Tak apa biar I je keluar cari rumah sewa. You duduk rumah ni okay, boleh juga you mandi dan berehat dulu.."

"Tapi I rasa macam dah susahkan you, Rash.."

"You tu sepupu I, tak perlu rasa macam tu.. lagipun kita membesar sejak kecil bersama," balas Arman Mirash.

"Jom ikut I. I tunjukkan you bilik sementara, so you boleh rehat dulu.." sambungnya. Iris Ariana mengikut saja sepupunya ke salah sebuah bilik kosong itu.

Setengah jam kemudian, Arman Mirash keluar mencari rumah sewa untuk sepupunya.

Iris Ariana pula baru selesai bersiap, dia rasa segar selepas mandi. Dia kembali ke ruang tamu rumah itu. Matanya menikmati setiap keindahan ruangan rumah sepupunya itu, boleh tahan cantiknya. Unik sekali.

Arman Mirash sudah kembali ke rumahnya. Dia sudah dapat mencari rumah sewa untuk sepupunya.

"Cepat betul you cari rumah sewa untuk I," puji Iris Ariana.

"Well, biasalah.. I kan dah lama menetap kat Paris ni. So, banyak benda tahu.."

"Nah, ni anak kunci rumah. Rumah ni bukan sewa bilik.. tapi rumah sebuah.." sambungnya.

"What? Aduhai, mahal nanti. I takut tak cukup duit.."

"Don't worry Ariana. Rumah yang you akan sewa tu rumah kawan I. So, soal duit tu no problem. I boleh bayarkan.."

"No! I yang sewa rumah tu, so I yang akan bayar," tegas Iris Ariana.

"Alright, so you nak pindah bila?"

"Semua dah settle, so now!"

"Now?"

"Yup, Rash. Jom!"

Selesai sudah semuanya, Iris Ariana menarik nafas lega. Dia duduk dirumah yang mempunyai kejiranan di sebelah kiri kanan. Lega dia, tak adalah dia takut walaupun tinggal keseorangan di rumah itu. Arman Mirash juga berjanji sekiranya dia tidak sibuk, dia akan datang ke rumah itu.

"Kau dengan Arissya macam mana?" Soal Zulfiqar.

"Okay, cuma aku perlu usaha lebih untuk dapatkan perempuan tu.."

"Kau masih nak terus pikat hati dia dengan cara macam tu?"

"Eh, pelik semacam aje pertanyaan kau tu.."

"Kalau aku jadi kau, aku takkan tunggu lama. Aku teruskan je rancangan yang kita rancang tu," balas Zulfiqar.

"Aku pun tengah fikir ni, tengoklah macam mana.."

"Perempuan macam Arissya tu kau kena ajar. Kita orang lelaki ni jangan mudah tunduk pada perempuan. Nanti dipijaknya!" Ucap Zulfiqar geram.

"Sabarlah wey, aku tahulah. Tak payah nak mengajar aku!"

"Aku ni bukannya nak mengajar kau, tapi kau kena ingat.. Darius dah tak tanggung kita. Kau tahu tak, duit aku dah tak banyak. Duit kau lagilah kan? Sebab kau nak tunjuk yang kau ni baik sampai duit kau pun.. kau habis belanjakan untuk betina tu!" Zulfiqar sudah hilang sabar.

"Jaga sikit mulut kau tu!"

"Kenapa nak marah aku cakap benda yang betul! Kau nak ke kita merempat di negara orang disebabkan kebodohan kau!"

"Zulfiqar!!!" Marah Aakif Aryanz.

"Lantak kaulah nak marah ke apa wey, aku dah tak boleh sabarlah hidup macam ni. Aku perlukan duit yang banyak. Aku tak nampak sesiapa melainkan Arissya, sebab tu kita kena teruskan rancangan tu sebelum semuanya barai!" Desak Zulfiqar. Kali ini Aakif Aryanz terdiam. Dia mengakui kebenaran kata-kata Zulfiqar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience