Rate

BAB 216

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan setia menunggu diruangan hospital itu juga. Dia dimaklumkan oleh Tengku Elvia yang Tengku Arissya dikejarkan ke hospital.

"Sabar bro!" Pujuk Hud Mikail apabila melihat wajah abang sepupunya tegang.

"Kenapalah dia tak makan. Sekarang dia kena tanggung sakit. Eh, aku tak fahamlah!" Balas Tengku Harith Zaqwan menekan suaranya, agak kedengaran seperti kesal namun berusaha pasrah menerima berita yang mengejutkan itu daripada adik bekas isterinya.

"Entahlah, mungkin Arissya tertekan kut. Dia masih terkejut dengar kenyataan tu.."

"Doktor macam mana keadaan kakak I?" Soal Tengku Elvia yang ada dekat bilik hospital. Tengku Emir Danish setia di sisi isterinya.

Tengku Harith Zaqwan dan Hud Mikail segera menapak ke situ.

"Hasil pemeriksaan saya, patient mengalami tekanan, gastrik dan migrain.."

"Ada yang serius ke doktor?" Soal Tengku Harith Zaqwan menyampuk.

"Sebaiknya jangan terlalu memberi tekanan kepada patient," balas doktor muda itu. Tengku Harith Zaqwan hanya mengangguk faham.

"Boleh kami masuk doktor?" Sampuk Tengku Elvia.

"Silakan.."

Setelah doktor itu berlalu pergi, Tengku Harith Zaqwan, Tengku Emir Danish, Tengku Elvia dan Hud Mikail masuk ke bilik wad untuk melihat keadaan Tengku Arissya.

"Kak Arissya, Elvia minta maaf.." ucap Tengku Elvia mengenggam lembut tangan kakaknya yang masih tidak sedarkan diri.

Sayu hati Tengku Harith Zaqwan melihat cintanya terkulai layu terlantar diatas katil hospital, namun dicekalkan hati itu.

"Sayang jangan sedih, biar Kak Arissya rehat dulu ya.."

"Betul kata Emir tu, Elvia. Sebaiknya biar Arissya rehat dulu.." sampuk Hud Mikail apabila dia sendiri perasan wajah gadis itu masih pucat.

Tiba-tiba kedengaran telefon milik Tengku Elvia berdering, segera dia bingkas bangun dan mencapai telefon dalam handbagnya.

"Hello, papa.. akak masih kat hospital, doktor dah selesai memeriksa akak.."

"Anak papa sakit apa?" Soal Datuk Mustaqim sedih.

"Doktor bagitahu akak mengalami sedikit tekanan, kena gastrik dan migrain," jelas Tengku Elvia.

"Allahu.."

"Papa masih tak dapat balik lagi, nak settle urusan kat sini.."

"It's okay pa, biar Elvia jaga akak kat sini. Salah Elvia juga sebab abaikan akak," balas Tengku Elvia merasa bersalah.

"Tak ada siapa yang salah. Kita semua pernah buat silap, cukuplah jika dapat perbetulkan kesilapan tu.."

"Hmm entahlah papa, susah nak cakap. Apa yang jadi ni rumit. Elvia sedih. Tak sangka ada yang berniat jahat pada keluarga kita," luah hati Tengku Elvia.

"Elvia jangan sedih. Papa tak pernah ajar anak-anak papa jadi insan yang lemah. Kuatkan semangat," pujuk Datuk Mustaqim.

Selesai bercakap, Tengku Elvia kembali menemani kakaknya. Agak lama mereka disitu, berbual-bual. Sampailah Tengku Emir Danish perasan dahi isterinya berkerut kerana sakit perut.

"Sayang kenapa? Okay tak ni?"

"Perut Elvia sakit abang," ucapnya perlahan.

"Allahu.. jom abang bawa jumpa doktor kat sini.."

"Tapi..."

"Arissya biar Abang Harith jaga hari ini. Elvia baliklah, rehat ya. Abang tengah free sekarang ni," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi abang Elvia dah banyak susahkan Abang Harith," ucap Tengku Elvia.

"Jangan cakap macam tu. Abang Harith dah anggap Elvia macam adik kandung abang sendiri," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm yelah. Terima kasih Abang Harith," balas Tengku Elvia dan segera berlalu pergi dari situ.

Beberapa minit kemudian, Hud Mikail meminta untuk pergi dari situ.

"Harith okay ke kau kat sini? Nak aku ambil pakaian kau?"

"Tak kut, aku pakai ni pun dah dua lapis baju. Aku guna yang ni ajelah.."

"Kau nak mandi ke apa macam mana?"

"Tak apa tahulah aku mencarinya," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Alright, kalau nak apa-apa kau contact aje aku.."

"Okay, tapi aku ada nak minta tolong kau something.."

"Aku nak kalau Qistina cari aku, kau pesan kat setiausaha aku, bagitahu yang aku outstation hari ini. Boleh tak?" Sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Boleh bro, no problem.."

Tengku Harith Zaqwan duduk di salah sebuah kerusi dalam bilik wad berhadapan dengan Tengku Arissya. Entah kenapa, hatinya tidak merasakan apa-apa lagi tatkala melihat seraut wajah itu. Mungkinkah hatinya sudah tawar terhadap Tengku Arissya? Segalanya kosong.

Bunyi telefon Tengku Harith Zaqwan kedengaran, siapa lagi kalau bukan si dajjal itu yang selalu ingin bertanya ke mana setiap arah langkah kaki milik Tengku Harith Zaqwan.

Jari jemari rungsing milik Tengku Arissya bergerak perlahan. Tengku Harith Zaqwan terkedu melihatnya. Dia tidak langsung mempedulikan panggilan telefon dari Tengku Qistina, bahkan dioffkan handphonenya.

Kini sepasang mata cantik itu sudah celik, dia kemudiannya memandang disebelahnya. Ada Tengku Harith Zaqwan disitu. Dia mahu segera bingkas bangun, namun dihalang oleh Tengku Harith Zaqwan.

"You masih tak sihat, jangan bangun lagi. Baringlah," pinta Tengku Harith Zaqwan.

"Err.. abang buat apa kat sini?"

"Abang?"

"I tak silap dengar ke ni? Bukan ke panggilan tu merupakan malapetaka pada you.." sinis Tengku Harith Zaqwan mengucapkannya.

"I tahu you masih marahkan I Harith. I tahu besarnya kesalahan I pada you selama ini dan mustahil untuk you maafkan I.. tapi I tetap nak minta maaf dengan you. Maafkan I Harith.."

"Sudahlah Arissya, I tak ada mood nak cakap pasal ni.." balas Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak mahu mengundang tekanan pada gadis itu pula.

"Habis tu you buat apa kat sini?"

"I temankan you malam ni, jaga you.."

"Keluarga I mana?"

Belum sempat Tengku Harith Zaqwan membalasnya, Tengku Arissya terlebih dahulu bersuara sambil merenung tajam ke arah dinding hospital dengan pandangan yang kosong.

"Baru hari ini I sedar, bukan hanya you tapi semua orang pinggirkan I.. tak sukakan I lagi disebabkan kesalahan yang I lakukan tu. Termasuklah family I.."

"You silap Arissya. Sebesar manapun kesalahan you, keluarga you tetap sayangkan you. You jangan salah faham. Elvia tadinya ada disini menemani you bersama suaminya, tapi dia sakit perut. I tak tahu kenapa, tapi Emir sudah membawanya berjumpa doktor. I minta adik you pulang, so I yang akan temankan you kat sini. Sebab papa you ada emergency call, berkait syarikat.. dia akan datang lepas ni.."

"For what? Kenapa tak balik aje? I kat sini sorang-sorang pun tak apalah.."

"You sakit so apa salahnya I temankan.."

"Sepatutnya you biarkan aje I kat sini. I tak nak susahkan you, Harith. I boleh jaga diri sendiri.."

"Yup, I know that. But you know why I ada kat sini?"

Tengku Arissya berpaling memandang wajah lelaki itu seketika, seakan menantikan sebuah jawapan.

"I nak ganti balik masa yang you terpaksa bazirkan untuk I suatu ketika dahulu. Waktu you jaga I kat hospital dulu," ucap Tengku Harith Zaqwan membuatkan hati Tengku Arissya terhiris pedih. Terdiam dia.

Kini mengertilah dia, lelaki dihadapannya benar-benar marahkan dia. Jadi dia akan cuba memahami kenapa Tengku Harith Zaqwan bersikap begitu dengannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience