Rate

BAB 228

Romance Series 197165

"Kau rasa siapa lelaki tu Roy?" Soal Qi.

"Manalah aku tahu!" Marah Roy yang tengah bad mood.

"Habis tu macam mana ni. Kita nak buat apa? Aku rasalah kan, lelaki tu bodyguard perempuan tu ke?"

"Bukan!"

"Bukan?"

"Kalau lelaki tu bodyguard Tengku Arissya, dah tentulah dia akan ada dengan lelaki tu time mula-mula kita nak culik Tengku Arissya, tapi ni tak.. dia muncul tiba-tiba aje.."

"Aku tahu, Roy. Aku dah tahu.." tiba-tiba Qi berkata begitu.

"Tahu apa kau ni?"

"Mesti Datuk Mustaqim upah orang jaga Tengku Arissya. Mungkin tu bodyguard upahan Datuk Mustaqim.."

"Aku tak pastilah Qi. Kalau ya ini masalah buat kita, lelaki tu hebat juga bertumbuk.."

"Jadi rancangan kita akan hancur musnah. Sichai pasti kecewa.."

"Aku rasa jalan terbaik tukar planning. Kita terus aje bunuh Tengku Arissya.."

"Hah? Kau gila? Tak sempatlah nak merasa.."

"Kita terpaksa buat macam tu. Kalau kita nak culik Tengku Arissya, ia akan mendatangkan bahaya. Lelaki tu pasti akan muncul melindungi Tengku Arissya lagi.." balas Roy.

"Jadi apa yang kau nak buat sekarang?"

"Tembak!"

"Hah? Kau nak tembak Tengku Arissya? Tapi Sichai mengarahkan kita supaya bunuh Tengku Arissya tanpa bukti..."

"Aku tak peduli, hanya itu saja caranya kalau nak perempuan tu mati.. lagipun kau ingat senang ke nak himpit kereta dia tu. Lepas tu humban dia kat dalam tasik atau bawah bukit. Itu bukan kerja yang mudah Qi.."

"Macam mana kalau kita tertangkap?"

"Kita rancang perancangan kedua. Aku dah fikir. Kita lari ke luar negara.."

Qi tergelak besar, dia rasa lucu. Dari mana nak dapatkan duit yang banyak, sedangkan penerbangan ke sana juga memerlukan duit beribu banyaknya.

"Aku serius Qi.."

"Kau nak dapatkan duit dari mana?"

"Sichai.."

"Kau gila ke? Takkan kau nak bagitahu rancangan baru kita tu kat Sichai. Silap hari bulan kita berdua yang terbunuh.."

"Aku cakaplah dengan dia minta tambah jumlah duit tu. Pandai-pandailah nak hidup.."

"Okay, aku setuju.."

Perancangan baru yang dirancang Roy dan Qi lebih berbahaya. Sudah pasti Tengku Arissya bakal tertembak.

Subuh tadi semua orang gembira menyambut kelahiran anak pertama Tengku Elvia. Tengku Emir Danish tersenyum, dia setia di sisi isterinya. Datuk Mustaqim dan Tengku Arissya juga turut ada disitu. Datuk Qaid dan Datin Falida juga sangat gembira menyambut kelahiran cucu pertama.

"So now nak letak nama apa untuk si hero ni?" Soal Tengku Arissya. Tengku Emir Danish memandang wajah isterinya, mereka saling tersenyum.

"Tengku Eldrian Darwisy.."

"Wahh.. cantik namanya..." Sampuk Datuk Mustaqim.

Banyak yang dibualkan mereka, usik mengusik dan saling tertawa. Bahagia kelihatan dua buah keluarga.

Tengku Elvia tinggal bersama mak mentuanya sebelum dia bersalin kerana papanya sibuk outstation, jadi lebih selamat berbanding berada dirumah sendirian.. itu juga merupakan cadangan suaminya apabila mengetahui Datuk Mustaqim agak sibuk menguruskan perniagaannya.

Tengku Arissya pula semakin kuat semangatnya.. dia kelihatan masih teguh berdiri biarpun dia tahu ramai yang ingin membunuhnya. Dia yakin orang-orang yang ingin membununhnya itu orang upahan Tengku Qistina.

Siapa lagi selain perempuan jahat itu, yang tidak habis-habis mahu menghancurkan hidupnya. Suatu hari dia mahu mendepani perempuan itu untuk membuat perhitungan. Dia sudah lama memendam rasa.

Sharkief juga turut berada di situ bersama Datuk Mustaqim dan Tengku Arissya. Menjaga keselamatan keduanya. Dia sempat memaklumkan pada Tengku Harith Zaqwan tentang perkara itu. Lelaki itu kelihatan senang hati apabila bekas isterinya dalam keadaan baik-baik saja. Jadi hari itu Sharleez bercuti, dia tidak berada dalam tugasan. Sharkief yang menguruskan semuanya.

"Hisyh ke manalah pula dia ni!" Marah Tengku Qistina apabila Tengku Harith Zaqwan tidak menjawab panggilannya.

Beberapa minit kemudian dia cuba menelefon lagi. Kali ini dia berjaya membuatkan Tengku Harith Zaqwan menjawab panggilannya.

"You pergi mana Harith? Kenapa call I tak jawab?"

"I busy kerjalah.."

"Busy kerja? You kan ceo, so mintalah staf you uruskan. Apa susahnya.."

"Qistina I tahu I ni pemilik syarikat ni, tapi bila dah pegang jawatan sebagai ceo ni kenalah tunjuk sikap yang baik. Takkanlah I datang ofis goyang kaki je dan boleh keluar sesuka hati.."

"You aje yang tak nak buat macam tu. Orang lain okay aje keluar masuk ofis.."

"Kalau I buat macam tu, staf I akan hilang rasa hormat pada I. Apa-apa kerja pun kena ada disiplin, kalau tak bankruplah I.."

"Alasan you aje sayang. But it's okay, I cuba faham you.."

"Good.."

"Tapi untuk tengah hari ni you kena ada dengan I. Kita lunch sama-sama okay.."

"I busylah Qistina.."

"I tak nak tahu you busy ke tak, tapi I nak tahu jam satu setengah you dah ada kat hotel, tempat yang kita selalu jumpa.."

"Tapi I...."

Belum sempat Tengku Harith Zaqwan bersuara, Tengku Qistina sudah offkan telefonnya. Penat betul melayan perempuan. Perempuan yang tak reti bahasa. Sungguh merimaskan!

Bunyi ketukan kedengaran dari arah luar.

"Masuk!"

"Hei, Hud.."

Hud Mikail menapak masuk lalu duduk dihadapan Tengku Harith Zaqwan.

"Kau apahal ni, muka masam aje. Nampak macam stress.."

"Penat layan si Qistina tulah. Sesuka hati dia aje nak tetapkan kena jumpa dia. Aku ni dahlah busy kerja.."

"Salah kau juga melayan perempuan macam tu.."

"Sorry okay, aku tak suka dia. Aku menyesal pernah bercinta dengan perempuan sejahat Tengku Qistina.."

"Apa boleh buat, cerita masa lalu kembali meranapkan hidup kau.."

"Tulah, aku pun tak faham kenapa Qistina begitu bencikan Tengku Arissya. Sampai tahap sanggup nak membunuh.."

"What?" Soal Hud Mikail terkedu.

"Yup, sekarang dia upah orang untuk bunuh Tengku Arissya. Hari tu hampir saja Tengku Arissya kena langgar dengan kereta, nasib baik aku tarik tangan dia kuat.."

"Eh, aku rasa Qistina ni ada masalah mental kut.."

"Tak Hud, sepanjang aku kenal dengan dia dulu pun.. dia tu jenis yang suka marah-marah. Dia tak pandai control marah dia. Sikap dia memang macam tu. Aku pun tak faham.."

"Bahaya Harith kalau sampai nak membunuh tu.."

"Tulah yang aku risaukan sekarang. Benda macam ni kadang tak boleh jangka walaupun aku dah minta tolong anak buah aku jaga.."

"Betul tu. So, sekarang kau nak buat apa?"

"Aku masih berusaha melindungi keluarga Datuk Mustaqim. Aku rasa Tengku Elvia pun dalam bahaya.. sebab Tengku Delisha, adik kepada Tengku Qistina marahkan Tengku Elvia. Dia anggap Tengku Elvia perampas kekasihnya, sedangkan Tengku Delisha yang tinggalkan Tengku Emir Danish masa lelaki tu pernah lumpuh dulu..."

"Bodoh betullah, apahallah boleh jadi benda gila macam ni. Aku pun tak fahamlah. Tak mustahil diaorang berpakat buat kerja jahat. Habislah kau Harith..."

"Aku takkan mengalah selagi semuanya belum selesai. Aku akan melindungi Tengku Arissya dan keluarganya.."

"Harith kau masih sayangkan Arissya?"

"Aku dah berhenti berharap. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku untuk melindungi dia saja.."

"Tapi aku dapat rasa yang kau masih sayangkan dia. Cuma kau ego.."

"Tak Hud, aku dah belajar buang semua rasa sayang tu untuk Arissya. Buat apa aku terus berharap pada seseorang yang tak pernah pun pedulikan aku..."

"So, kau dah betul-betul move on lah ni?"

"Sedang belajar, Hud.."

"Owh okay aku faham. Apapun yang kau lakukan aku sentiasa menyokong. Aku doakan kau bahagia.."

'Aku takkan pernah bahagia, Hud. Aku dah banyak kehilangan dalam hidup aku. Jika kau berharap aku mampu bahagia bersama perempuan lain, kau silap. Kerana hanya Tengku Arissya dunia aku. Tapi sejak dia menghancurkan hati aku, aku seakan tak lagi memiliki rasa. Terasa semuanya hambar. Hal yang paling pedih dalam hidup ini apabila hati kita dihancurkan oleh orang yang paling kita cintai..' Desis hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience