Rate

BAB 290

Romance Series 197233

"Sayanggg... are you okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan, dia mahu mengenggam tangan itu namun ditepis kasar.

"Sayang... abang nii... Why?" Sambung Tengku Harith Zaqwan, tiba-tiba Tengku Arissya menangis...

"Sayanggg..."

"Pergi!!! Pergggiiiiii...." Jerit Tengku Arissya, dia seakan terlihat bayangan Airel Azumi yang semakin mendekatinya.

"Doktor! Doktorrrrrr..." Jerit Tengku Harith Zaqwan.

"Kenapa ni tuan?" Soal nurse, doktor yang merawat Tengku Arissya juga sudah berada di situ.

"Saya tak tahu, kenapa isteri saya tak suka saya mendekatinya. Dia seperti ketakutan..." Luah Tengku Harith Zaqwan yang berbalut dibahagian perutnya. Dia juga nampak masih lemah, namun tetap digagahinya ke bilik wad isterinya. Dia cuma risaukan keadaan isterinya.

Doktor mengangguk faham tanpa jawapan. Dia mendekati Tengku Arissya, masih tidak mampu bertenang. Doktor terpaksa cucuk ubat penenang dengan bantuan nurse. Selepas itu, Tengku Arissya diam. Terlelap.

"Doktor kenapa dengan isteri saya?" Soal Tengku Harith Zaqwan..

"Ikut saya ke bilik ya. Biarkan isteri tuan berehat dulu..."

Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan menggunakan tongkat, perutnya masih sakit akibat angkara ditikam.

"Silakan duduk.." ucap doktor, Tengku Harith Zaqwan duduk dikerusi berhadapan doktor.

"Doktor, sebenarnya kenapa dengan my wife?"

"Menerusi apa yang tuan sendiri ceritakan tentang isteri tuan, sebenarnya isteri tuan mengalami trauma..."

"Trauma?"

"Yup, trauma. Trauma boleh berlaku apabila seseorang patient mengalami ketakutan yang melampau terhadap sesuatu peristiwa pahit, yang memberi kesan kepadanya.."

"So, apa yang perlu saya lakukan sekarang?"

"Bagi sokongan moral. Sebagai suami tuan perlu sentiasa mendampinginya, bagi semangat dan kekuatan baru. Insya-Allah trauma isteri tuan dapat diatasi. Lagipun saya lihat trauma yang dialami tidaklah serius..."

"Baik, doktor. Saya akan selalu menjaga dan merawat isteri saya. Insya-Allah..."

"Alright, ada apa-apa lagi yang tuan nak tanya?"

"Tak ada doktor, saya minta diri dulu ye..." Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Harithhh..." Panggil Datuk Mustaqim... Dia baru saja dimaklumkan yang anaknya dimasukkan ke hospital, terus dia ke sana. Membatalkan segala temu janjinya dengan klien.

Tengku Harith Zaqwan berbual-bual dengan bapa mentuanya di bilik menunggu. Dia telah menceritakan segala yang terjadi, bukan main terkejut Datuk Mustaqim. Jahat sungguh Airel Azumi. Kalau berlaku benda buruk pada anaknya, nahas dia kerjakan anak sahabatnya itu. Memang tak guna!

Tapi walau bagaimanapun dia beruntung anaknya sudah selamat, nasib baik menantunya cepat bertindak. Namun yang menyakitkan hatinya, Tengku Elvia juga menjadi mangsanya. Tapi dia sudah dimaklumkan oleh Tengku Emir Danish, Tengku Elvia sudah pulang ke rumah setelah dirawat kerana dia cuma luka dibahagian kepala, tidak ada yang serius. Sekarang anaknya Tengku Elvia dalam jagaan suaminya.

"Kalau papa nak jenguk Arissya boleh aje, dia ada tapi tengah tidur. Doktor cuma pesan tak boleh bagi tekanan padanya.."

"Boleh juga, papa masuk bilik Arissya kejap ye.."

"Okay papa, Harith tunggu sini aje dulu.."

Datuk Mustaqim masuk ke bilik wad, wajah anak kesayangannya dipandang. Lama dia pandang wajah itu. Dia tahu sepanjang tempoh perjalanan kehidupan anaknya, banyak ranjau telah ditempuhinya. Rasa luka, sakit hati dan kekecewaan. Namun, dia yakin anaknya akan belajar sesuatu yang sangat berharga. Dia tahu anaknya yang sorang ini kuat, dia pasti dapat melalui semuanya dengan baik. Sama persis arwah isteri kesayangannya.

Kerana antara Tengku Arissya dan Tengku Elvia, Tengku Arissya lebih mewarisi sikap dan tingkah laku isterinya.

Dia berharap setelah ujian ini, ada kemanisan yang akan Tengku Arissya perolehi. Dia juga yakin menantunya akan selalu menjaga dan melindungi anaknya.

"Papa.." ucap Tengku Harith Zaqwan, dia sudah berdiri.

Datuk Mustaqim menepuk bahu menantunya, lalu berkata, "Hmm papa dah nak balik ni, sekejap lagi nak singgah rumah Tengku Emir tengok keadaan Tengku Elvia.."

"Owh ye, Harith masuklah bilik wad. Rehat. Arissya tu kejap lagi papa minta nurse tolong tengokkan..."

"Eh, tak apa papa. Harith okay aje ni.." ucapnya perlahan.

"Okay apanya, papa tengok muka Harith pucat aje. Macam tak sihat, Harith tu pun cedera. Perut tu kena jaga. Bahaya. Arissya nurse boleh jagakan.."

"Tak apa papa, Harith dah minta izin dengan doktor nak tempah bilik khas untuk Arissya, bilik yang lebih besar dan selesa. Bilik privasi. Harith akan berehat kat situ, dalam tu ada sofa, bilik air, senang Harith nak jaga Arissya..."

"Tapi Harith kan belum sihat sepenuhnya tu. Papa boleh minta tolong Dafiya atau Puan Ros jaga Arissya..."

"Eh, tak apa papa. Harith nak jaga Arissya sendiri. Harith tak nak susahkan sesiapa. Pleaseee papa..."

Datuk Mustaqim tersenyum mendengarnya, untungnya anak dia dapat suami mithali. Suami yang baik, yang limited edition. Sanggup nak jaga anaknya sendiri sampai sembuh.

"Okay Harith, papa tak halang pun, kalau itu yang Harith nak. Papa turutkan saja.."

"Bila beralih ke bilik tu? Nanti whatsapp papa maklumkan nombor bilik..."

"Malam ni kut papa. Okay papa, boleh je.."

"Okay, kalau macam tu papa balik dululah ye. Jaga Arissya elok-elok. Kalau ada apa-apa contact papa.."

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan.

Jam menunjukkan dekat pukul 10.00 malam, nurse sudah bersiap sedia memindahkan Tengku Arissya ke bilik privasi. Bilik itu bilik yang sudah ditempah khas, atas permintaan Tengku Harith Zaqwan. Maklumlah orang kaya, nak apa-apa pun boleh dapat dengan mudah. Kalau semalaman bernilai tiga ribu juga tidak pernah menjadi masalah, bahkan lebih dari itu mampu dibayarnya.

Cuma satu saja yang tak boleh dibeli, yang satu ini ialah kasih sayang. Ia tidak dijual dipasar malam, bahkan ketika engkau merayu untuk membelinya. Jika kasih sayang itu dapat ditukar ganti, cukuplah ia membuktikan bahawa betapa engkau mencintai dunia dan murahnya nilai hatimu itu.

"Thanks, nurse!" Ucap Tengku Harith Zaqwan.

Nurse itu hanya mengangguk perlahan bersama senyuman sebelum keluar dari wad itu. Manakala Tengku Arissya masih tidur.

Tengku Harith Zaqwan baru saja mahu ke tandas tapi kembali berpaling apabila kedengaran suara kesayangannya, memanggil 'abang' berulangkali.

"Abangggg... Abangggg...."

Tengku Harith Zaqwan melangkah perlahan, dia menghampiri kesayangannya.

"Sayanggg kenapa ni? Sayang mengigau ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan lembut.

"Abangg.... tolongggg...."

"Sayang buka mata sayang, abang ni.. buka mata sayang..." Ucap Tengku Harith Zaqwan berulangkali...

Tengku Arissya cuma membuka matanya perlahan-lahan, dia menoleh ditepi sisinya. Wajah suaminya dipandang. Dia nampak lemah.

"Sayanggg... abang ni, hanya abang je ada dengan Arissya..."

Air mata Tengku Arissya mengalir laju, dia tiba-tiba seakan berusaha bangun, lalu memaut leher suaminya. Dia memeluk suaminya erat.

"Arissya takuttt.... Kenapa abang lambat sampai?"

"Sayang jangan takut, abang ada. Abang dah tolong sayang kan, jantan tu dah kena tangkap pun dengan polis.."

"Tapi Arissya takut, dia macam nak memperkos* Arissya, dia dekatkan muka dia dekat dengan Arissya. Dia cakap benda jijik, Arissya rasa nak lempang aje dia. Dia biadap!"

"Sayang, please calm down. Abang ada. Sini tengok abang, ni abang dengan Arissya sekarang. Dia tak ada buat apa-apa pun kat sayang. Abang datang selamatkan sayang..." pujuk Tengku Harith Zaqwan membetulkan duduknya. Berusaha memberi ketenangan pada isterinya.

"Tenang ye sayang. Abang takkan tinggalkan Arissya pun. Sayang jangan takut..."

Tengku Arissya diam kali ini, dia nampak lebih tenang.

"Abang janji tak tinggal Arissya?"

"Tak sayang, abang ada dengan sayang. Sayang dah selamat, tak perlu ingat lagi apa-apa. Sayang kena kosongkan fikiran, tenang dan ingat Allah. Selalu zikir, istighfar ye..."

"Okay abang, Arissya cuba.." ucap Tengku Arissya, dia merenggangkan pelukannya. Wajah suaminya dipandang.

"Kenapa pandang abang macam tu?"

Tengku Arissya menyentuh muka Tengku Harith Zaqwan, dibahagian luka pada muka itu.

"Wajah abang luka. Sakit ke?"

"Hmm tak apa sikit je.."

"Tapi ni.." ucap Tengku Arissya terkedu, melihat balutan dibahagian perut Tengku Harith Zaqwan. Bajunya terselak tadi, jadi dia dapat lihat balutan itu.

"Sikit aje sayang, abang okay. Don't worry..."

"Tapi abang kena tikam kan? Mesti abang sakit gara-gara nak melindungi Arissya..."

"Sayang dah ingat?"

"Dah abang, jantan tu memang tak guna. Benda ni jadi sebab Arissya yang degil, sebab Arissya abang kena tikam... Maafkan Arissya, abang..."

"Tak sayang, abang yang gagal melindungi sayang. Abang lambat. Really sorry, dear..."

"Tak! Arissya yang salah.."

"Syhhh dah-dah, sayang tak salah. Jantan tu yang salah, dia yang melampau. Dah jangan ingat lagi pasal tu, sekarang dia dah meringkuk kat penjara, biar je dia terima hukumannya..."

"Hmm okay Arissya cuba lupakan semuanya lepas ni.."

"Abanggg... hmmm.."

"Ye sayang, kenapa?"

"Laparlah..." Jawab Tengku Arissya yang membuatkan Tengku Harith Zaqwan tergelak kecil.

"Okay, jom makan.. abang dah siap-siap belikan sayang makanan kat kafe tadi..."

"Abang suapkan ye sayang..." Sambungnya. Tengku Arissya mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience