Rate

BAB 45

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan resah. Dari tadi dia tak senang duduk, dia segera mencapai telefonnya. Dia cuma mahu whatsapp untuk tahu keadaan Tengku Arissya.

"Assalamualaikum. Sayang okay tak tu? Sakit kepala lagi ke? Ubat dah makan?" - Tengku Harith Zaqwan

Kedengaran bunyi whatsapp masuk, Tengku Arissya mencapai telefon yang ada di sebelahnya itu. Dia baca whatsapp itu.. kali ini dia balas whatsapp Tengku Harith Zaqwan.

"Wa'alaikumussalam. Sakit kepala dah okay sikit. Dah makan ubat. Thank you!" - Tengku Arissya

Tengku Harith Zaqwan senyum. Alhamdulillah kesayangannya semakin baik-baik saja. Whatsappnya juga sudah dibalas oleh Tengku Arissya. Dia rasa sangat gembira.

"Welcome. Get well soon, dear. Sweet dream, good night.." - Tengku Harith Zaqwan

Tengku Arissya merebahkan tubuhnya di atas katilnya. Dia memandang syiling lama.. teringat balik dia pada rasa peduli Tengku Harith Zaqwan padanya petang tadi. Lelaki itu kelihatan benar-benar risaukan keadaannya.

'Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang ni, tapi.. apa yang jadi dulu antara kita Harith buat aku takut untuk mencintai mana-mana lelaki, tapi tidak juga mustahil kalau hati aku ni jatuh cinta pada lelaki lain selain kau. Antara kita dah lama berakhir Tengku Harith Zaqwan. Aku paling benci lelaki yang manis mulut, pandai berjanji untuk sehidup semati tapi akhirnya memungkiri janji cinta itu. Tolonglah Harith, jauhi aku! Kau tak tahu betapa susahnya aku nak melupakan kau dalam hidup aku.." Desis hati Tengku Arissya sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience