Rate

BAB 165

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan masih ada bersama Dania. Namun dia kelihatan resah, asyik memikirkan tentang kesayangannya.

"Abang Harith okay ke ni?" Soal Dania yang perasan perubahan pada riak wajah Tengku Harith Zaqwan.

"Hmmm okay,"

Dania tidak berpuas hati, "Abang Harith tipu Nia ya? Siapa call tadi?"

"Abang sebenarnya ada masalah kat tempat kerja, kawan call tadi maklumkan,"

"Laaa.. yeke? Nasib baik Nia tanya, pergilah settle urusan abang dulu," balas Dania yang memahami lelaki itu.

"Betul ke ni?"

"Yup, abang pergilah. Nia okay. Boleh naik grab, tak pun minta tolong Uyu ambil dekat sini," balas Dania. Namun begitu Tengku Harith Zaqwan jadi serba salah pula.

"Abang tolong hantarkan Nia kat rumah Uyu sekarang nak?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

'Ya Allah.. lelaki ni bertanggungjawabnya dia. Baik sungguhlah dia ni. Mesti dia rasa serba salah tu,' desis hati Dania yang tidak berkelip memandang Tengku Harith Zaqwan.

"Hello, Nia! Daniaaaa.." Panggil Tengku Harith Zaqwan.

"Err.. abang.. hmm tak apalah, abang settle kerja abang tu. Jangan risau pasal Nia ya,"

"Okaylah kalau macam tu Abang Harith minta diri dulu. Assalamualaikum. Take care yourself,"

"Alright, you too. Wa'alaikumussalam..."

Tengku Harith Zaqwan sudah bertindak. Dia sendiri yang mencari keberadaan Tengku Arissya.

Dia fikir punya fikir, dia cuba menjejaki gadis itu di taman. Biasanya kalau Tengku Arissya ada masalah dia suka layan perasaannya sendirian di mana-mana taman. Sudah tiga taman Tengku Harith Zaqwan jejaki, tapi sungguh menghampakan. Tengku Arissya tidak ada di situ.

Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan-lahan menuju ke keretanya, jiwanya hampa. Dia risaukan Tengku Arissya. Tiba-tiba dia dengar bunyi batu kecil yang jatuh tenggelam ke dalam tasik. Bunyi tu beberapa kali kedengaran berdekatannya.

Dia segera berpaling ke belakang. Ada seorang wanita sedang membaling batu kecil itu ke dalam tasik sambil kedengaran sayup-sayup suaranya.

"Aku benci kau!"

"Aku benci kau!"

"Aku bencikan semua ni!"

Tengku Harith Zaqwan yakin pemilik suara itu Tengku Arissya. Segera dia mendekatinya.

Tengku Harith Zaqwan tunduk mengambil batu kecil di situ juga, lalu dengan kuat dia membaling batu itu ke dalam tasik.

Tengku Arissya terkedu apabila dia berpaling ke belakang. Tengku Harith Zaqwan mara ke hadapan.

"Bencikan siapa?"

Tengku Arissya bungkam.

"Arissya bencikan siapa?" Ulangi Tengku Harith Zaqwan.

"You buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya bersahaja.

"You tanya I buat apa kat sini? You tu buat apa kat sini?" Ucap Tengku Harith Zaqwan agak tinggi nada suaranya.

"Suka hati I nak buat apapun, you tak perlu ambil tahu!" Marah Tengku Arissya. Dia berpaling lalu menapak ke hadapan tasik. Tengku Harith Zaqwan menghampiri gadis itu. Kini mereka saling memandang tasik.

"Arissya kalau you rasa kemarahan dapat dilepaskan hanya dengan membaling batu kecil ke dalam tasik ni you silap," suara Tengku Harith Zaqwan begitu perlahan kali ini.

"Mungkin kemarahan you dapat hilang seketika, tapi ia takkan mampu menghapus amarah dan kebencian tu selagi orang yang you sayang ada dalam hati you tu, ia akan terus menyeksa you," sambung Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya tergelak kecil, "Apa yang you merepek ni?"

"Mengakulah Arissya, tak perlu dipendam lagi rasa tu. I tahu you sukakan I,"

"Jangan cakap bukan-bukan I tak suka tahu tak!" Bentak Tengku Arissya geram.

"Tak suka atau memang cinta?"

"Enough Harith!"

"You kenapa ni Arissya? Cuba bagitahu I, apa masalah you sebenarnya,"

"Nothing,"

"I tak fahamlah dengan sikap perempuan ni, nak kata merajuk tak. Tanya ada masalah ke tak, cakap nothing,"

"Eeeii.. geramlah dengan you ni. Membebel dekat I buat apa. Lelaki memang takkan pernah faham perasaan perempuanlah!" Balas Tengku Arissya segera pergi dari situ. Bosan dia dengan bebelan lelaki itu.

Tengku Harith Zaqwan mengejar, "Arissya wait!"

"Apa lagi?"

"Balik ofis now, I takut kalau papa you risaukan you,"

Tengku Arissya melihat jam di pergelangan tangannya, dia terkedu.

"Oh, nooo!"

"I nak balik ofis sekarang," sambung Tengku Arissya.

"Alright take care!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Dia lega apabila gadis itu baik-baik saja.

Segera dia menelefon Sharleez, "Aku dah jumpa Arissya.."

"Kat mana tuan?"

"Dia ada kat taman. Dia okay. Maklumkan pada Sharkief hentikan pencarian,"

"Baik tuan!"

"Arissya pergi mana tadi. Kenapa baru masuk ofis?" Soal Datuk Mustaqim. Dia masuk ke bilik pofis papanya apabila diberitahu oleh setiausahanya yang papanya mahu menemuinya.

"Sorry pa, Arissya ada urusan lain tadi,"

"Paling tidak call papa bagitahu, tak adalah papa risau,"

"Handphone bateri kritikal, tu yang tak dapat call papa. Sorry papa,"

"Hmm.. Arissya ada masalah ke?"

"Tak ada masalah apapun papa. Arissya okay, papa jangan risau ya.."

"Kalau macam tu tak apalah, Arissya boleh sambung kerja. Owh ya sebelum papa lupa, esok Tengku Elvia akan masuk kerja semula,"

"Owh okay papa," balas Tengku Arissya nampak tidak ceria.

Datuk Mustaqim perasan anaknya seperti ada masalah atau mungkin ada yang menganggu fikirannya. Tetapi anaknya lebih memilih untuk tidak meluahkan masalahnya kepada dia.

"You jaga diri baik-baik kat sana tau. Sampai kat Kedah call I," ucap Hud Mikail. Dia sedang dilamun cinta sekarang. Hatinya diselubungi kebahagiaan.

"Okay Hud,"

"Lepas you balik dari Kedah, I nak jumpa dengan family you. I dah bersedia sayang," ucap Hud Mikail serius.

Bukan main gembira Iris Ariana, dia yakin Hud Mikail adalah pilihan yang terbaik sebagai suaminya.

"You tak takut?"

"Takut?"

"Maksud I tak ada rasa gugup ke nak jumpa family I?"

Hud Mikail tersenyum, "Buat apa nak takut Ariana, lagipun I bukannya buat salah. I cuma nak jumpa dengan family you, nak menghalalkan you supaya lebih cepat kita hidup berdua,"

Makin lebar kali ini senyuman Iris Ariana dihujung talian. Dia bangga memiliki lelaki seperti Hud Mikail. Berani menghalalkan dia, itulah kesungguhan yang dia mahukan dari dulu daripada lelaki yang pernah mengatakan cinta padanya, tetapi sayangnya ia hanyalah impian sandiwara kata manis berkalam dusta.

"I senang mendengarnya Hud. Nanti I call bagitahu papa dan mama you nak datang,"

"Okay dear. Thanks!"

"Okaylah I ada kerja nak buat ni, nanti I call you balik. Ingat pesan I, take care ya," sambung Hud Mikail.

"Okay, you too.. bye!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience