Rate

BAB 87

Romance Series 197165

"Macam mana Darius? Ada orang tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Darius menggelengkan kepalanya.

"Dah pindah kut," sambungnya.

"Entahlah, tapi kawan baik dia bagitahu rumah Rubina kat sini. Takkanlah dia dah pindah," balas Darius agak terkilan.

"So, macam mana ni? Kau nak balik ke atau tunggu sini dulu?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Demi membantu Darius dia mengambil cuti sekali lagi.

"Tunggulah, mana tahu ada rezeki dapat jumpa dengan bekas isteri aku tu.." balas Darius. Tengku Harith Zaqwan hanya menganggukkan kepalanya perlahan, dia ikutkan saja kemahuan Darius. Dia berdoa dalam hati semoga Allah pertemukan Darius dengan bekas isterinya.

Dalam kebaikan Tengku Harith Zaqwan membantu Darius, Aakif Aryanz pula sudah berjaya memujuk hati Tengku Arissya. Petang itu mereka seperti biasa keluar menikmati pemandangan berdekatan Menara Eiffel.

"Arissya terima kasih," ucap Aakif Aryanz.

"Terima kasih untuk apa?"

"Sebab sudi maafkan Aryanz," balas Aakif Aryanz.

"Masa Arissya marahkan Aryanz pasal tu, Aryanz tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana. Fikiran ni asyik bercelaru. Macam-macam yang Aryanz fikirkan," sambungnya.

"Fikirkan apa?"

"Fikir kalau Arissya tak dapat maafkan Aryanz sama macam Arissya tak dapat maafkan bekas suami Arissya," sengaja Aakif Aryanz menyebut soal 'bekas suami'. Dia perlu tahu siapa sebenarnya suami kepada Tengku Arissya. Senang Zulfiqar mencari tahu. Kali ini mereka berdua berpakat untuk mencapai kesenangan bersama setelah Darius sudah kembali ke pangkal jalan.

Memang mereka berdua sudah jarang bertegur dengan Darius, Darius juga sudah tidak ambil kisah dengan sikap kawan-kawannya. Dia lebih fokus kepada perubahan untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan akhirat. Dia sudah perlahan-lahan belajar meninggalkan harta dunia demi mengejar redha Allah. Atas sebab itulah dia mencari Rubina Elizaberth. Dia mahu menyerahkan segala harta yang pernah dia rampas dulu kepada bekas isterinya. Setelah itu, dia bercadang ingin pulang ke kampung halaman sekiranya Rubina Elizaberth tidak sudi hidup bersamanya lagi.

"Tak adalah, saya tak marahkan awak cuma saya terkejut bila awak luahkan perasaan suka dan sayang awak tu pada saya," luah Tengku Arissya.

Aakif Aryanz bengang, dia sudah berusaha ingin bercakap mengenai bekas suami Tengku Arissya, tapi lain pula yang perempuan itu cakapkan. Agak rumitlah dia tahu siapa sebenarnya suami Tengku Arissya. Namun begitu, dia tetap meneruskan permainannya.

"Salah ke Aryanz luahkan apa yang hati ni rasakan?"

"Hmm.. tak salah. Cuma saya aje rasa terkejut. Kita kan selama ini cuma sekadar kawan," balas Tengku Arissya.

"Kawan boleh jadi pasangan kekasih.."

"Yes, right. Tapi bukan saya, lagipun kita tak begitu saling mengenali antara satu sama lain," Tengku Arissya berterus-terang.

"Kenapa tidak? Boleh aje kalau kita nak kenal lebih dekat atau Arissya memang anggap Aryanz ni sama perangai dengan bekas suami Arissya tu.."

"Bukan macam tu. Tapi hati saya ni bukan untuk awak.."

"Habis tu untuk siapa? Untuk bekas suami awak?"

"Bukan untuk sesiapa lagi. Hanya untuk Allah," balas Tengku Arissya membuatkan Aakif Aryanz terdiam seribu bahasa.

"Kalau boleh kita lupakanlah pasal yang tu. Saya tak nak dengar apa-apa lagi pasal tu," Tengku Arissya menegaskan tentang perkara itu dari awal. Bukan main kecewa hati Aakif Aryanz. Mungkin dia perlu guna cara lain.

"Okay kalau itu yang Arissya nak, Aryanz turutkan saja asalkan Arissya bahagia. Sebab salah satu impian Aryanz juga mahu melihat Arissya bahagia, walau siapapun yang akan mendampingi Arissya suatu hari nanti," balas Aakif Aryanz. Tengku Arissya dapat melihat wajah lelaki di sebelahnya itu kecewa.l

'Maafkan aku! Kau memang baik Aryanz, tapi aku masih tak dapat menerima sesiapa dalam hidup aku. Berdoalah supaya hati ini terbuka untuk kau. Mana tahu, andai ada jodoh kita..' desis hati Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan masih menunggu bersama Darius. Hampir sejam. Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan terpandangkan seorang wanita yang berambut merah. Dia sedang menuju ke arah rumah itu, rumah yang Darius cari tuan empunya diri.

"Darius.. tu ke Rubina Elizaberth?" Ucap Tengku Harith Zaqwan sambil menyentuh bahu Darius.

Darius berpaling, matanya lama memandang dari kejauhan itu. Tanpa menunggu lama Darius keluar dari keretanya, kemudian berlari mendapatkan Rubina Elizaberth. Tengku Harith Zaqwan juga mengikuti Darius tapi dari jarak yang tidak terlalu dekat dengan Darius. Matanya sedang menyaksikan dua pertembungan Darius dan Rubina Elizaberth.

"Hai, Rubina. How are you?" Soal Darius. Rubina Elizaberth terkedu, anak kunci rumahnya terjatuh ke lantai.

"Darius?"

"Yes, i am.." balas Darius.

"Why did you come here?" Soal Rubina Elizaberth. Dia betul-betul tidak menyangka lelaki itu akan menemuinya. Sudah belasan tahun mereka berpisah.

Tiba-tiba Darius menangis. Dia terduduk, kaki Rubina Elizaberth dipegang.. seakan seluruh egonya sudah tertanam tak lagi bernyawa untuk hidup.

"Rubina I'm so sorry. I'm a lot to do wrong with you. I failed so the best husband for you Forgive me!"

Rubina Elizaberth mundur ke belakang. Dia egokan dirinya, air mata yang bergenang di kelopak matanya disekanya berulang kali. Dia tidak mahu lagi menangis untuk lelaki itu. Lelaki kejam!

"You go back, do not disturb my life again. I am calmer without you!"

"But I really miss you Rubina. I still love you.."

"If you love me, you will appreciate my love for you. But you're cruel! You hit me when you were drunk. You make me sick. I hate you, Darius! Sooo much.." Marah Rubina Elizaberth.

Darius menangis. Dia tunduk, dia tahu dia bersalah. Tengku Harith Zaqwan menapak ke situ. Mungkin dia perlu mencelah untuk membantu Darius.

"Darius, bangun!" Ucap Tengku Harith Zaqwan. Rubina Elizaberth hanya memerhati. Dia tidak mengenali siapa Tengku Harith Zaqwan.

"Who are you?" Soal Rubina Elizaberth.

"I'm Tengku Harith Zaqwan. Darius my friend.."

"Rubina, Darius really loves you. He has changed a lot. Trust me!"

"Darius a cruel man. He beat me. He seized some of my property. I fell poor, live in this little house alone. I lost everything," Rubina Elizaberth mengulangi kesalahan Darius sekali lagi di hadapan Tengku Harith Zaqwan.

"Yes, I understand all your suffering. But he has changed, he has regretted on his deeds. He will not repeat it again.." balas Tengku Harith Zaqwan cuba memujuk Rubina Elizaberth.

"The proof he came here to apologize from you over all his faults.." sambungnya.

Kali ini Rubina Elizaberth terdiam. Dia berpaling memandang Darius yang berwajah luka.

"Betul ke you dah berubah Darius?" Soal Rubina Elizaberth.

"I dah tak macam dulu. I betul-betul dah berubah. I menyesal di atas perbuatan I pada you. Really sorry, dear.." ucap Darius memandang lama wajah itu. Mata bertentang mata. Kali ini Rubina Elizaberth melihat keikhlasan pada wajah bekas suaminya itu.

Tengku Harith Zaqwan lega. Nampaknya hati Rubina Elizaberth sudah kembali lembut. Dia pergi dari situ, hanya menunggu di dalam kereta. Dia tidak ingin menganggu pasangan kekasih itu.

Rubina Elizaberth mahu memeluk Darius, namun lelaki itu menghalang, "Sorry dear.. kita bukan lagi suami isteri. You tak boleh peluk I. Berdosa.."

"We married?" Ucap Darius. Rubina Elizaberth senyum. Dia menganggukkan kepalanya perlahan bersetuju.

"You masih beragama Islam?"

Rubina Elizaberth menganggukkan kepalanya perlahan. Ini bermakna Rubina Elizaberth masih beragama Islam. Rupanya gadis bermata coklat hazel itu masih mencari arah cahaya dalam hidupnya walaupun terkontang-kanting sendirian di bawa oleh desiran debu kejahilan.

"I janji dear akan didik you. Jaga you. Sayang you. I takkan tinggalkan you lagi. Kita sama-sama belajar ilmu agama okay," ucap Darius berjanji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience