Rate

BAB 84

Romance Series 197165

Darius pelik apabila Alessandra ada dirumahnya pada malam itu. Siap datang memeluk pinggangnya.

"You buat apa kat sini?"

"Malam ni kan ada parti, so I datanglah. Takkan Aryanz tak bagitahu you," balas Alessandra, dia boleh bercakap dalam bahasa melayu.. itu pun Darius yang mengajar teman wanitanya.

"Darius.. surprise!" Ucap Aakif Aryanz yang baru saja keluar dari biliknya. Zulfiqar juga sudah keluar dari biliknya. Masing-masing sedang berlakon.

"Apa semua ni Aryanz?" Soal Darius serius.

"Parti.."

"Parti kepala otak kau! Ada aku suruh buat parti ke?" Marah Darius.

"Bro relax. Kenapa dengan kau ni? Kena sampuk dengan hantu ke apa ni?" Ucap Aakif Aryanz.

"Ha'ah.. kenapa tiba-tiba kau marah ni? Bukan ke kau suka kalau kita adakan parti liar kat rumah kau ni?" Sampuk Zulfiqar.

Tiba-tiba kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Zulfiqar buka pintu, dua tiga orang perempuan yang merupakan kawan Alessandra sudah sampai.

"Come! Come!" Jemput Zulfiqar.

Aakif Aryanz memulakan perangkapnya. Dia mencapai segelas air yang sudah tersedia di meja kecil itu. Kelihatan seperti air kosong biasa, tetapi ia merupakan minuman yang boleh memabukkan dan menjahamkan sesiapa saja.

Darius terperangkap, dia minum minuman itu setelah dipujuk. Parti pun bermula, hijrah telah kembali ke zaman kehancuran. Darius tewas kerana berkawan dengan manusia yang bertopengkan iblis itu.

Keesokannya Darius bangun tanpa berbaju, dia lihat Alessandra ada disebelahnya.. masih kemas memeluknya erat. Dia tergamam, segera dia bingkas bangun masuk ke bilik air. Manakala Alessandra masih lena dibuai mimpi indah.

Aakif Aryanz dan Zulfiqar yang ada diruang tamu tergelak, perangkapnya berjaya.

"Pergi mampuslah si Darius tu!" Ucap Aakif Aryanz.

"Padan muka dia. Nak berhijrah konon, tewas juga dia dengan perempuan tu.." balas Zulfiqar pula yang tidak berbaju. Buruk benar perangai keduanya.

Beberapa minit kemudian Darius keluar dari biliknya. Dia mengamuk, dia sudah dapat meneka ini pasti kerja Aakif Aryanz.

"Aryanz kau yang perangkap aku kan? Kau bagi aku minum apa semalam?" Soal Darius marah.

"What?"

"Kau tak payah buat bodohlah. Kau bagi aku minum apa semalam?" Tengking Darius yang sudah mencengkam leher baju kawannya. Zulfiqar cuba meleraikan pergaduhan itu.

"Bro relax! Tak baik gaduh macam ni!"

Darius menolak tubuh Aakif Aryanz kasar, "Kalau kau nak tinggal lama kat sini.. jangan buat apa yang aku tak suka!"

"Wey.. kau apahal hah?" Jerit Aakif Aryanz. Bengang.

"Bukan ke selama ni kau suka parti liar? Kau suka kalau dapat berasmara dengan teman wanita kau tu. Apahal sekarang kau macam ni hah?" Sambungnya.

"Sebab aku nak berubah! Aku tak nak mengulangi dosa tu lagi. Aku nak hidup tenang!" Jerit Darius kuat.

Aakif Aryanz ketawa, dia seakan memerli Darius dengan cara bercakap dengan Zulfiqar, "Hey, kau dengar tu. Kawan kita nak berubahlah bro. Nak jadi alim.."

"Apasal kau nak berubah ni?" Soal Zulfiqar pula.

"Mati tu bila-bila masa aje. Aku tak nak lagi buat benda kotor. Aku nak masuk syurga," balas Darius.

"Syurga tak layak untuk manusia macam kitalah Darius! Kau tak payahlah pasang impian nak masuk syurga. Kita bertiga ni bila dah mati confirm terus masuk dalam lubang neraka!" Jerit Aakif Aryanz marah.

Darius sakit hati, dia pergi dari situ. Makin gelisah dan tidak tenang jiwanya bila ada dirumah itu.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Darius tapi tidak berjawab. Dia hairan, dia rasa tidak sedap hati. Kalau ikutkan pada pagi itu mereka berdua akan bertemu di tempat semalam.. tapi kelibat Darius tidak kelihatan.

Tengku Harith Zaqwan nekad, dia mahu mencari Darius. Dia berjalan-jalan di kawasan situ, mana tahu dia akan menemui Darius.

Hampir dua puluh minit pencarian akhirnya Tengku Harith Zaqwan menemui Darius. Dia segera ke situ, belakang bahu Darius disentuh. Darius berpaling. Dia tergamam, segera dia menepis tangan itu dan berlari. Tengku Harith Zaqwan mengejar di tengah kesibukan orang ramai itu.

"Darius wait!"

"Dariuss!! Waitt!!! Bro... Brooooo..." Panggil Tengku Harith Zaqwan sambil mengejar. Akhirnya dia berjaya menghalang Darius. Tercunggap-cunggap Tengku Harith Zaqwan.

"Darius why? Kenapa kau lari dari aku ni?"

"Lepaskan akulah!"

"Calm down friend!" Pujuk Tengku Harith Zaqwan yang sudah menarik lengan itu kasar dari kesibukan orang ramai.

"Kenapa kau lari dari aku ni?"

"Aku tak nak berubah lagi!" Jerit Darius.

"But why?"

"Sebab aku....." Darius tak dapat meneruskan kata-katanya. Dia sebak. Dia tunduk.

"Pasti ada yang tak kena ni. Bagitahu aku apa yang dah jadi sebenarnya ni?"

Darius telah menceritakan semuanya kepada Tengku Harith Zaqwan. Menggeleng kepala dia mendengar kejahilan dua orang kawannya itu. Begitu sekali sikapnya.

"Jadi kau rasa mereka berdua dah tahu kau nak berubah sebelum ni? Sebab tulah dia orang halang perubahan kau ni?"

"Ya, itu yang aku rasakan. Kalau tak takkanlah Aryanz perangkap aku tidur dengan Alessandra," balas Darius.

"Allahu.. aku tak tahu nak cakap apa. Sebagai kawan sepatutnya mereka tak buat kau macam ni. Kalau mereka berdua tak nak berubah, setidaknya janganlah menghalang hijrah kau," balas Tengku Harith Zaqwan terkilan.

Rupanya Aakif Aryanz memang berbahaya. Dia perlu menjaga Tengku Arissya sebaik-baiknya. Dia tidak akan membiarkan kesayangannya hidup bersama lelaki seperti itu.

"Darius apapun yang terjadi, kau tak boleh lemah semangat. Kau kena lawan hawa nafsu kau tu.."

"Tapi aku ingkar pada perintah Allah. Aku tidur dengan Alessandra lagi semalam. Aku dah berzina sekali lagi," balas Darius.

"Kau diperangkap, jadi itu bukan salah kau. Allah tahu hati dan niat kita. So, kau tak payah risaulah. Kalau kau nak berubah tolong jadi kuat. Belajar tepis setiap dugaan yang datang dengan penuh kesabaran kerana jalan hijrah ini tidak mudah.."

"Mampu ke aku dapat syurga Allah?"

"Setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan dalam hidupnya. Allah lebih suka kepada hambaNya yang bertaubat, Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Kau pasti akan mendapat syurga-Nya, asalkan kau tinggalkan semua larangan-Nya.. "

"Owh ya.. Alessandra tu siapa?" Sambungnya.

"Teman wanita aku. Kami dah lama bersama.."

"Kau cintakan dia?"

"Aku tak pernah kenal cinta Zaq. Aku tak tahu cinta tu apa. Sebab aku lebih cintakan harta dunia. Aku lebih suka berhibur. Perempuan hanyalah tempat aku melampiaskan nafsu aku," luah Darius. Tengku Harith Zaqwan tertunduk mendengar luahan itu.

"Bagaimana kau nak hidup bahagia kalau cinta pun kau tak kenal Darius, sedangkan kita semua terlahir dari cinta. Perkara pertama yang kau perlu belajar sekarang adalah mencintai diri kau sendiri," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi bagaimana?"

"Dekatkan diri dengan Allah. Tak apa, kita belajar lagi sama-sama. Esok last aku cuti, so hari ini marilah kita manfaatkan masa yang ada ni untuk belajar ilmu agama," ajak Tengku Harith Zaqwan.

"Ni.. kau ambillah, buku agama. Dalam ni macam-macam kau boleh belajar. Kau simpan elok-elok, aku hadiahkan buku ni pada kau.." sambungnya.

"Thank's bro!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience