Rate

BAB 256

Romance Series 197165

Airel Azumi mengajak Tengku Arissya jogging di kawasan taman pada hujung minggu itu. Pelawaan itu diterima baik, kebetulan Tengku Arissya juga sudah agak lama tidak jogging. Maka dia bersetuju.

"Fuhh.. penatnyaaa!" Ucap Tengku Arissya yang sudah berhenti di tepi tasik.

Airel Azumi yang sudah ke depan kembali menoleh ke belakang mendekati Tengku Arissya.

"You okay tak ni?" Soal Airel Azumi risau.

"I okay Rel. Cuma penat dia lain macam bila dah lama tak jogging ni.."

"Alright, kita duduk kat bangku tu dulu.." ucap Airel Azumi. Tengku Arissya mengangguk perlahan. Mereka duduk di bangku itu. Airel Azumi mengambil dua botol air mineral dalam beg yang tergantung di belakangnya, satu diberikan pada Tengku Arissya. Satu lagi untuk dia.

"Thank's.." ucap Tengku Arissya. Dia segera minum minuman itu.

"You dah lama tak jogging ke? Semput semacam aje I tengok.."

"Lama sangat dah tak jogging, tu yang penat.."

"Patutlah. Kesian you. Sorrylah," balas Airel Azumi.

"Laaa.. tak ada apalah, lagipun I memang nak ikut you kan tadi. Sebab dah lama tak jogginglah I ikut. Seronok juga hirup udara segar kat taman ni.."

"Okay, you nak sambung jogging lagi atau nak breakfast?"

"Breakfast?"

"Yup, breakfast. I belanja you.."

"Kebetulan tengah lapar ni, jomlah Rel.." ucap Tengku Arissya membuatkan lelaki itu tersenyum.

Mereka menikmati sarapan pagi bersama. Nampak keserasian sudah mula terwujud. Tengku Arissya juga sudah nampak selesa dengan lelaki itu.

Bukan hanya pergi jogging bersama, mereka juga pernah keluar berdua membeli-belah. Semakin hari mereka semakin rapat. Bukan saja atas urusan kerja, tetapi juga meluangkan masa berdua selepas pulang dari bekerja. Kadang-kala Airel Azumi akan mengajak Tengku Arissya minum petang.

"Hai dear!" Sapa Adrian Smith. Sharleez yang sedang termenung di balkoni tempat penginapan bulan madu mereka berpaling sekilas, menghadiahkan senyuman manis pada suaminya.

"Kenapa ni sayang? Are you okay?" Soal Adrian Smith lagi. Kali ini tubuh isterinya dipeluk dari belakang. Sharleez biarkan saja.

"I'm okay, cuma kadang tu I teringat apa yang jadi sebelum ni. You tahu tak sayang, I tak percaya kita dah kahwin..."

Adrian Smith senyum, "I lagi tak percaya sayang you boleh terima I. You kan susah nak buka hati you tu untuk I. Bertahun I tunggu you.."

"I tahu tapi akhirnya I tetap tergoda dengan you.."

Adrian Smith tergelak, "Tergoda dengan I sebab I handsome kan? Ala-ala mat salleh..."

Kali ini Sharleez senyum, "Perasanlah you ni.."

"Alah betullah tu kan, I ni ramai peminat tau.. cuma I tak layan aje sebab I hanya mencintai you.."

"Kenapa you suka I ya sayang? I ni perempuan kasar tahu tak. Lasak. You pun tahu kan kerja I ni bahaya. Silap hari bulan nyawa boleh melayang.."

"Kenapa you tanya macam tu sayang?"

"Yelah, lelaki ni kan biasanya dia suka perempuan lembut. I ni manalah ada sifat tu.."

"Siapa kata you tak ada kelembutan? You tahu tak, perempuan yang nampak kasar tulah perempuan paling lembut hati dia.."

"You ni mengarut ajelah.."

"I cakap betul, I pernah tengok you nangis. I tahu kenapa you nangis, sebab you teringat kat arwah kan. I tahu you rindu dia.."

"Hmm.."

"Sekarang pun you tentu rindu kan?" Soal Adrian Smith. Kali ini Sharleez berpaling mendepani suaminya. Seraut wajah itu dipandang. Dia tahu ada nada cemburu pada lelaki itu.

Sharleez senyum saja, lalu dia menjawab, "Satu yang I tak pernah serius luahkan pada you. I cintakan you sayang. I sayang you. I akui selama ni I ego, I buat you terluka tapi you memang lelaki terhebat sebab mampu tahan segala kemarahan I pada you. You sabar layan karenah I, you tak pernah kasar dengan I. You setia menunggu I walaupun banyak tahun kita berpisah..."

Adrian Smith merenung wajah isterinya seakan mencari ketulusan dari mata itu.

"Soal masa lalu, I dah lupakan semua untuk lalui hidup baru bersama you. Soal rindu rasanya ia dah lama berakhir, kalau I ingat kat arwah pun I doakan aje.."

Kali ini Adrian Smith senyum, Sharleez tahu hati itu sudah terubat. Dia lalu memeluk suaminya erat.

"Thanks sayang..."

"Kenapa tu? Sakit badan ke abang?" Soal Tengku Elvia.

Tengku Emir Danish senyum, "Ha'ah sayang. Biasalah kerja kuat kan.. badan pun sakitlah. Maklumlah abang tak muda lagi.."

Tengku Elvia senyum, dia duduk disebelah suaminya.

"Meh Elvia tolong urutkan abang. Kesian abang penat..."

"Okay boleh juga," balas Tengku Emir Danish.

"Anak kita dah tidur ke?" Tanyanya lagi.

"Dah tidur abang, penat kuat main tadi.."

Tengku Emir Danish tergelak, "Biasalah, anak lelaki kan sayang. Dia ikut papa dialah. Dulu masa kecil abang pun aktif. Penat mama jaga.."

Tengku Elvia senyum, "Yeke? Patutlah nakal. Degil kan.."

"Abang mana degil. Abang macho.." balas Tengku Emir Danish. Tengku Elvia tergelak kecil mendengarnya.

"Owh ya sayang, papa sihat ke? Abang tak sempat nak jumpa papa. Busy kerja.."

"Papa sihat aje abang cuma kadang tu papa rindukan Kak Arissya.."

"Kak Arissya jarang balik rumah ke?"

"Dah jarang sangat abang. Kalau Elvia call pun suruh balik, banyak alasan dia bagi.."

"Hmmm.. pelik juga.."

"Sebenarnya tak ada apapun yang pelik. Elvia rasa Kak Arissya cuma nak lupakan segala kenangan kat rumah tu atau mungkin dia nak mulakan hidup baru yang lebih baik..."

"Lebih baik? Mampu ke dia lupakan semuanya?" Soal Tengku Emir Danish yang sedia tahu konflik pencintaan antara Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

"Susahlah nak faham akak tu abang. Dia ego. Abang Harith pula satu hal, buat apalah dia larikan diri dari akak. Benci sangat ke dia kat Kak Arissya? Sampai nak pergi jauh pun tak jumpa dengan akak.."

"Tulah sayang, macam kisah cinta mereka tergantung sepi aje.."

"Ha'ah tulah, macam tak ada penghujung.."

"Kalau tak ada penghujung tu maksudnya diaorang tak ada jodohlah agaknya.."

"Bercakap soal jodoh ni kan abang, hari tu Elvia terjumpa akak tengah minum petang dengan Airel Azumi. Nampak mesra aje diaorang..."

"Yeke? Sayang sapa tak Kak Arissya?"

"Tak, lagipun time tu Elvia tergesa-gesa nak jumpa klien.."

"Kalau diaorang berdua bercinta, sayang okay ke?"

"Entahlah abang, kalau tanya Elvia. Nak kata tak kisah pun, tapi Elvia lebih suka akak dengan Abang Harith.."

"Kenapa pula?"

"Anak Datuk Iqbal tu kan akak baru aje kenal, dia pun pernah study kat luar negara. So, mungkinlah kan cara dia tu moden sikit.."

"Moden macam mana maksud sayang?"

"Cara dia berpakaian. Kalau macam Abang Harith nampak lebih matang. Macho.."

"Sayang ni buat abang jelouse aje. Abang tak handsome ke?"

Tengku Elvia tergelak, "Tak! Abang tak handsome.."

"Alah, pulak. Kenapa? Tak handsome kat mana? Gaya rambut ke?"

"Entahlah... Bye abang! Dah mengantuk.." balas Tengku Elvia. Tengku Emir Danish tergelak.

"Sayang tunggulah abang. Nak masuk tidur jugalah, mana tahu dapat baby lagi ke kan.." jerit Tengku Emir Danish nakal. Sengaja dia mengusik isterinya.

Tengku Elvia senyum, "Jangan nak mengada!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience