Rate

BAB 295 - TAMAT

Romance Series 197165

Segala pahit manis telah dilalui bersama, sepanjang Tengku Arissya pregnant Tengku Harith Zaqwan yang setia menjaga kesayangannya. Dia telah membuktikan bahawa cintanya benar-benar tulus.

Akhirnya waktu yang dinantikan telah pun tiba. Malam itu Tengku Arissya mengadu sakit perut. Bukan main panik Tengku Harith Zaqwan dibuatnya, namun segalanya dapat diatasi dengan tenang. Dia segera bergegas ke hospital setelah mengangkat isterinya masuk ke dalam keretanya... Dia tahu, mungkin waktunya telah tiba isterinya bersalin.

Sampai saja di hospital dia meminta keizinan daripada doktor untuk menemani isterinya dalam bilik bersalin. Kebetulan pada waktu itu, doktor yang handle isterinya merupakan kenalannya, jadi lebih senang urusannya.

Waktu saat-saat getir isterinya ingin melahirkan anak pertamanya, dia tidak henti berzikir dalam hati sambil memberi kekuatan kepada isterinya. Dialah yang membisikkan kata-kata semangat, namun tak terdaya juga dia. Lemah ketika melihat jerih perih isterinya melahirkan zuriatnya. Dia dapat melihat sendiri betapa sakitnya kesayangannya, memanggil manggil namanya. Diseling selikan menyebut nama Allah.. Allah.. Allah.... berulangkali.

Sungguh, dia hampir tewas waktu itu, tapi dia tetap berusaha terlihat kuat dihadapan isterinya. Syukur yang tidak terhingga apabila kedengaran tangisan seorang bayi dalam bilik itu. Ya, itulah satu-satunya zuriat pertamanya yang bakal mewarnai hidupnya dan isterinya.

'Salam Tengku Aryansyah' - desis hati Tengku Harith Zaqwan. Saat itu air matanya jatuh. Dia masih setia di sisi kesayangannya.

"Alhamdulillah, semuanya selamat sayang. Tenang ye, sakit sayang dah hilang..." Pujuk Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya hanya diam saja tanpa mengucapkan sepatah kata pun, dia kelihatan sangat penat. Air mata kesayangannya diseka perlahan. Barangkali masih berbekas sakitnya tadi... tapi dia yakin kesayangannya kuat semangat.

Selepas selesai semuanya, Tengku Harith Zaqwan keluar dari bilik bersalin. Isterinya sudah berada di dalam wad biasa. Cuma dia keluar sekejap, membiarkan kesayangannya berehat. Anaknya juga ada di bilik itu.

Dia ingin memaklumkan berita gembira itu pada bapa mentuanya, lagipun dia tak sempat memaklumkan tentang perkara itu gara-gara panik. Maklumlah mempunyai pengalaman pertama isteri nak bersalin.

"Kat sini lagi, papa. Boleh, boleh kalau nak datang. Arissya tengah tidur, tapi baby Harith ada sekali dalam bilik wad ni.."

"Syukur alhamdulillah, papa datang sekarang..."

"Okay papa, Harith tunggu.." balas Tengku Harith Zaqwan mengakhiri perbualan ringkas dengan bapa mentuanya.

Tengku Harith Zaqwan buka group whatsapp, dia sempat tadi mengambil gambar anaknya. Lalu, dia memaklumkan berita gembira itu dalam group tersebut. Tengku Elvia yang tahu berita itu segera memaklumkan pada suaminya.

"Abang! Abang bangunlah... Abanggg.." ucap Tengku Elvia mengejutkan suaminya dari tidur.

"Hmm.. apa sayang?"

"Kakak dah bersalin, jomlah kita ke hospital. Elvia tak sabar nak tengok anak akak," pujuk Tengku Elvia. Dia sangat berharap suaminya tidak menolak.

"Sayang baru juga lepas bersalin kan, duduk rumah ajelah. Kita tengok lepas ni.."

"Alaaa.. tapi Elvia..."

"Degil betul isteri abang ni," balas Tengku Emir Danish.

"Elvia kan dah cukup empat puluh hari bersalin, tu yang nak pergi jenguk akak kat hospital.."

"Memanglah, tapi baby kita kecil lagi. Nak bawa keluar malam macam ni tak elok, sayang kena sabar. Tunggu Kak Arissya balik rumah kita pergi ye..." Pujuk Tengku Emir Danish.

"Okaylah, Elvia tunggu akak balik rumah.." jawab Tengku Elvia akhirnya akur.

Dua tiga hari kemudian, sepanjang Tengku Arissya balik rumah ramai yang datang tengok anaknya, bukan main banyak anaknya Tengku Aryansyah dapat hadiah, hadiah yang mahal-mahal pula tu.

"Selamat berpantanglah you, but seriously, anak you handsome.." Puji Iris Ariana.

"Betul tu, anak kau Harith hidung dia sebiji macam kau mancung, putih pula tu.." tokok Hud Mikail, Tengku Arissya dan Tengku Harith Zaqwan tersenyum mendengarnya.

"Thanks atas pujian tu, Allah Maha Indah... Thanks jugalah siap bawakan hadiah yang mahal," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Welcome Harith, no hal.."

"Arissya, Harith kita orang gerak dululah ye.. lagipun I tinggal anak suruh family jaga kejap sebelum datang sini..." ucap Iris Ariana yang tergesa-gesa mahu pulang.

"Sayang, rehatlah ye. Lagipun Aryan tengah tidur tu. Sayang mesti penat kan, Aryan biar abang yang jagakan.."

"Tak apa abang, Aryan tengah tidur tu. Abang pun rehatlah, tidur ke. Tengok tu, mata abang dah macam panda sebab berjaga malam.."

Tengku Harith Zaqwan sengih, "It's okay dear, abang jaga pun anak kita.."

Tengku Arissya senyum mendengarnya..

"Thanks abang, sebab jaga Arissya dengan baik sepanjang Arissya pregnant, sampailah Arissya bersalin... Jasa baik abang banyak sangat.."

"Sayang apa cakap macam tu, abang kan suami. Semua ni tanggungjawab abang. Abang sayang Arissya tau.."

"Tahu, tapi kesian tengok abang macam penat aje. Arissya pun sayangkan abang.."

"Alah, tak ada apalah. Abang okay aje, abang happy sangat dapat buat semua ni untuk sayang. Terima kasih sayang bagi abang zuriat yang indah ni.." ucap Tengku Harith Zaqwan sambil memandang anaknya yang sedang tidur.

"Tengok tu, anak kita tidur pun nampak comel. Ada iras abang sikit, ada iras sayang sikit..." Sambungnya membuatkan Tengku Arissya tersenyum. Dia tahu suaminya bahagia menerima kehadiran Tengku Aryansyah.

"Lepas ni abang lagi penat kalau Aryan dapat berjalan, asyik main kejar Aryan aje.."

"Macam abanglah, main kejar-kejar sayang kan.. bukan main susah nak dapat, tapi akhirnya jadi milik abang juga. Sebab yelah abang tahu, waktu tu sayang sebenarnya masih ada cinta untuk abang kan?"

"Ye sebenarnya waktu tu memang Arissya masih ada cinta untuk abang. Rasa cinta Arissya tak pernah pun berubah, cuma Arissya aje ego lebih, sakit hati dan merajuk dengan abang. Arissya tak suka abang rapat dengan mana-mana perempuan...."

"Kes cemburulah ni?"

"Yelah, Arissya cemburu tapi tak nak mengaku..."

"Patutlah suka marah abang dulu, tapi sebab cemburu tu hati sayang juga yang terluka..."

"Ye, tapi semua tu ada hikmahnya. Pengalaman mendewasakan Arissya.."

"Tak apalah sayang, kita dah sama-sama belajar dari pengalaman lalu yang dah kita tempuhi bersama tu, sampaikan orang yang baca cerita cinta kita ni pun dah penat baca," ucap Tengku Harith Zaqwan sehingga mengundang senyum di bibir Tengku Arissya.

"Sekarang abang dah rasa tenang dan bahagia sangat dapat memiliki sayang. Abang rasa dah lengkap semuanya. Ada Arissya, ada Aryan... Semua tu dah sempurna untuk abang. Abang akan selalu mencintai sayang sampai syurga.."

"Janji?"

"Janji sayang... kerana cinta ini selalu ada untukmu dihatiku yang satu... Really love you, Tengku Arissya!"

"Terima kasih abang, love you too Tengku Harith Zaqwan!" Balas Tengku Arissya bahagia.

Semuanya sudah lengkap, segala rasa sakit sudah terbayar dengan kebahagiaan yang dikecapi bersama. Janji Tengku Harith Zaqwan tetap utuh, cintanya hanya milik Tengku Arissya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience