Rate

BAB 114

Romance Series 197165

Bunyi telefon milik Tengku Emir Danish kedengaran, dia melihat siapa si pemanggilnya terlebih dahulu. Senyuman terus terukir di bibirnya. Dia duduk di meja makan itu sebeum menjawab panggilan daripada buah hatinya, Tengku Elvia.

"Hai, sayang!" Ucap Tengku Emir Danish laju.

"Amboi.. happy nampak. Hai, kat mana tu?" Soal Tengku Elvia juga ceria.

"I baru keluar lunch sayang. Sorang-sorang tau!" Ucap Tengku Emir Danish. Tengku Elvia tergelak kecil, tahu sangatlah dia dengan perangai buah hatinya tu. Sengaja dia guna perkataan 'sorang-sorang', nak bagitahu yang dia tengah bersendirian.

"Tak apalah you sorang-sorang pun, you kan lelaki.."

"I rindu youlah sayang. Bila nak balik Malaysia? Lambat lagi ke? Cepatlah sayang balik sini.." Manja pula kedengaran suara Tengku Emir Danish.

"You ni manja semacam ajelah, Emir. Seram I.." Usik Tengku Elvia. Tawa Tengku Emir Danish meledak..

"Elvia I serius ni, I rindu you. Baliklah sini ya.."

"I dah bagitahu kakak, dia cakap tak lama lagi dah settle urusan kat sini kami akan balik," balas Tengku Elvia serius.

"Alright, I tak sabar nak jumpa you sayang.."

"I pun sama. Thanks sudi tunggu I dan selalu jadi lelaki yang memahami hati I.."

Belum sempat Tengku Emir Danish membalas ucapan itu, Tengku Delisha muncul di situ menyapa.

"Hai, Emir! Dah lama ke you tunggu I ni?"

Tengku Elvia tak terkata, suara itu suara perempuan.. tapi siapa? Jadi sepanjang dia di Kota Paris, Tengku Emir Danish curangi dia? Allahu.. sakitnya hati dia.

"You buat apa kat sini?"

"I nak lunch dengan youlah sayang.." balas Tengku Delisha. Tengku Emir Danish pula terlupa untuk matikan handphonenya.

'Sayang?' Ya Allah.. gelinya aku dengar. Tak sangka tergamak kau Tengku Emir Danish tak setia dengan aku. Tak guna!' Desis hati Tengku Elvia terkedu dan kesal.

Tengku Emir Danish baru perasan dia masih belum matikan handphonenya, dia segera kembali mendekatkan telefon itu ke cuping telinganya.

"Hello.. hello sayang.." Ucap Tengku Emir Danish berulangkali.

Panggilan itu sudah dimatikan oleh Tengku Elvia. Dia yakin mesti buah hatinya dengar Tengku Delisha panggil dia 'sayang'. Semua ni dah jadi salah faham. Teruklah dia! Tengku Elvia paling tak suka lelaki yang tak setia dan menghargai hati perempuan.

Tengku Emir Danish bingkas bangun, mukanya merah menyala. Tajam pandangannya memandang Tengku Delisha.

"Hei, perempuan! Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku? Aku tak suka kau call aku atau cari aku, so please lepas ni jangan tunjuk muka kau depan aku!"

"But why Emir?"

"Sebab aku tak suka kau! Aku dah ada buah hati, tak lama lagi aku bakal berkahwin!"

"Please Emir, you ni mesti ikutkan sangat kehendak buah hati you tu kan..."

"What do you mean?"

"Yelah, jadi pak turut. Ikut aje buah hati you nak apapun. You kan pernah jadi buah hati I, so tak salah pun kan kalau kita ni berkawan. Takkan berkawan pun tak boleh," balas Tengku Delisha bersahaja. Siap tersenyum lagi.

"Salah pada aku!"

"Kenapa salah pula kalau kita berkawan?"

"Sebab aku lagi pentingkan hati buah hati aku!"

"Emir wait! Waitlah!" Jerit Tengku Delisha apabila Tengku Emir Danish sudah mula menapak pergi dari situ.

"Tak guna punya lelaki! Siapa pula buah hati dia hah? Aku kena siasat ni.." Ucap Tengku Delisha perlahan bercakap sendirian.

Tengku Emir Danish tak jadi makan tengah hari. Dia segera menapak ke keretanya, lalu memboloskan tubuhnya ke dalam keretanya. Dia mendail nombor telefon Tengku Elvia tapi panggilan itu tidak dijawab.

"Jawablah Elvia!" Ucap Tengku Emir Danish resah.

Tengku Elvia sakit hati, tak sangka dia tergamak Tengku Emir Danish curang. Buat masa ini dia akan biarkan hatinya tenang dulu, selepas ini pasti dia akan membuat perhitungan. Jangan main-main dengan perempuan.

Tengku Emir Danish resah, semuanya gara-gara Tengku Delisha dia bergaduh dengan buah hatinya. Akhirnya, dia kembali ke ofisnya. Dia akan cuba lagi menelefon Tengku Elvia apabila selesai urusan kerjanya petang nanti.

Tengku Harith Zaqwan baru saja selesai kerja, dia balik agak lewat pada malam itu.. keretanya sudah memasuki halaman banglo mewahnya. Dia mematikan enjin keretanya, kemudian menapak masuk ke rumahnya.

"Harith, lewat balik. Banyak kerja ke?" Soal Pak Cik Karim yang menyambut kepulangannya.

"Ha'ah.. pak cik.."

"Dah makan ke ni?"

"Belum lagi.."

"Kejap, pak cik hidangkan makanan. Mak cik kamu tu dah tidur.."

"Eh, tak apalah. Harith masih kenyang, dah makan petang tadi. Pak cik rehatlah ya. Harith nak rehat kejap kat ruang tamu tu," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi..."

"Pak cik, Harith betul-betul dah kenyang ni.." balas Tengku Harith Zaqwan seakan faham apa yang bakal Pak Cik Karim ingin katakan kepadanya.

"Baiklah kalau macam tu pak cik ke bilik dulu. Kalau Harith nak apa-apa kejutkan pak cik ya,"

Tengku Harith Zaqwan hanya mengangguk faham. Dia menapak ke ruang tamu, lalu merebahkan tubuhnya ke sofa. Terasa sangat tenang. Entah bila dia tidak tahu, matanya cepat benar terlena di atas sofa itu. Barangkali Tengku Harith Zaqwan terlalu penat.

Jam menunjukkan pukul tiga pagi, Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba terbangun dari tidurnya. Dia terasa sakit dibahagian pinggangnya. Kali ini dia benar-benar rasa sakit, dahinya berkerut seribu. Peluhnya membasahi dahinya.

"Aaarghh..." Tengku Harith Zaqwan mengaduh sakit, dia memegang pinggangnya.

"Pak cikkkk... Mak Cik Timah! Aarrrghh..." Jerit Tengku Harith Zaqwan. Dia benar-benar tidak tahan.

"Aargghh... Pak Cik Karim!!! Tolong Harith. Sakittttt...." Ucap Tengku Harith Zaqwan lemah. Matanya mula berpinar. Dunianya kian gelap, akhirnya Tengku Harith Zaqwan terlena dalam kegelapan itu.

Kegelapan yang mungkinkah akan membangunkan dia kembali atau kegelapan untuk selama-lamanya. Semuanya ketentuan takdir.

Gelas ditangan Tengku Arissya terhempas pecah kuat di lantai. Tengku Elvia terkedu, dia cepat-cepat berlari mendapatkan kakaknya.

"Kakak, kenapa ni? Are you okay?"

Tengku Arissya terdiam, dia tidak bersuara. Hatinya penuh dengan detak debaran kencang. Dup dap!

"Akak pergilah rehat ya. Kaca gelas ni Elvia uruskan. Bahaya ni, kaca masih berterabur kat lantai," ucap Tengku Elvia. Tengku Arissya hanya diam dan berlalu pergi ke ruang tamu.

'Ya Allah.. kenapa aku tak sedap hati ni? Aku rasa lain macam aje debaran ni. Harith, kenapa aku teringat pada kau tiba-tiba ni, kau okay ke? Ya Allah.. aku mohon kau jaga dan lindungilah bekas suami aku, Tengku Harith Zaqwan daripada segala musibah dunia. Semoga dia baik-baik saja di Malaysia. Amin Ya Rabbal Alamin..' Doa Tengku Arissya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience