Rate

BAB 182

Romance Series 197165

Tengku Arissya baru saja selesai parkir keretanya, dia berjalan perlahan mahu ke lif. Naik ke tingkat atas ofisnya. Tapi entah kenapa dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikannya, seakan mengikut jejak langkahnya.

Tengku Arissya semakin melangkah laju, dia tidak sedap hati. Dia berpaling ke arah belakang seketika berulangkali, dan ketika dia berpaling semula ke hadapan.. dia menjerit.

"Syhhh.. I ni. Kenapa dengan you ni siap menjerit bagai," ucap Faqrul.

"Mestilah I jerit, ingatkan penyangak tadi. You tu buat apa kat sini seawal pagi macam ni?"

Faqrul tersengih, "I nak ajak you breakfast. Lagi satu, I nak minta maaf dengan you pasal yang hari tu. Really sorry,"

"Sorry?"

"Yup, I ada desak you kan hari tu, I tahu yang I salah. I tak sepatutnya buat macam tu," ucap Faqrul mengakui kesilapannya. Namun semua itu hanyalah lakonan semata.

"Tak ada apalah. I faham. Hm, okay jomlah kita breakfast," Tengku Arissya menerima pelawaan itu tanpa mengambil kisah perihal yang pernah terjadi di ofisnya.

"You boleh I tanya something?"

"What?"

"You dengan Harith ada apa-apa hubungan ke?"

"Nope, why?"

"Nothing, saja I nak tahu.."

"Penting ke untuk tahu semua tu?" Soal Tengku Arissya membuatkan Faqrul terkedu.

"Sorry, I gurau aje," ucap Tengku Arissya sebelum Faqrul menjawab pertanyaannya.

Sepanjang mereka berdua breakfast, Faqrul dapat merasakan yang Tengku Arissya semakin jauh darinya. Dan dia takkan sesekali membiarkannya. Dia akan berusaha merebut hati itu.

Tengku Harith Zaqwan tahu Tengku Arissya sedang menikmati breakfast bersama Faqrul. Dia hanya memerhati dari kejauhan. Mulai hari ini dia perlu lebih peka dan tidak boleh lalai. Dia perlu menjadi mata helang, yang sentiasa dapat mengesan musuhnya dengan tepat.

Tengku Delisha pula sedang gigih dengan usahanya untuk merampas Tengku Emir Danish. Pagi itu dia ke ofis lelaki itu.

"I nak jumpa Tengku Emir Danish, dia ada?"

"Cik Delisha..."

"Hey you, call me Tengku okay. Tengku Delisha!" Marah Tengku Delisha pada setiausaha Tengku Emir Danish.

"Tengku Delisha.. Tengku Emir ada di bilik meeting sekarang ni, so kena tunggu dulu. Tengku ada meeting,"

"Tunggu? Hey, aku tak pedulilah! Aku nak jumpa dia juga," ucap Tengku Delisha segera menapak ke bilik meeting.

"Tengku Delisha pleaseee.. Tengku Emir ada meeting," balas setiausahanya menghalangi langkah itu namun tubuh itu ditolak kasar.

Tengku Delisha sudah sampai di bilik meeting. Semua mata memandang ke arahnya.

"Opss! Sorry..." Ucap Tengku Delisha bersahaja. Tengku Emir Danish merenung tajam ke arah perempuan itu. Marah.

"Sorry, I nak jumpa dengan you punya bos, Tengku Emir Danish, I ada hal penting nak cakap dengan dia,"

"Sekejap ya," ucap Tengku Emir Danish meminta diri. Dia bingkas bangun. Lengan perempuan itu ditarik kasar.

"Sorry Tengku.. I dah.."

"It's okay, you boleh kembali ke tempat you," ucap Tengku Emir Danish pada setiausahanya.

"Kau buat apa kat sini hah?" Marah Tengku Emir Danish seakan menekan suaranya. Cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran terlalu kuat.

"I nak jumpa youlah sayang," ucap Tengku Delisha manja.

"Kau tak tengok ke aku tengah meeting. Kau kalau tak kacau hidup aku tak boleh ke?"

"Dear.. you janganlah marah. I cuma rindukan you aje," ucap Tengku Delisha mahu menyentuh pipi Tengku Emir Danish namun tangan itu ditepis kasar.

"Rindu kepala otak kau! Hey, kau sedar tak siapa yang sedang kau rindu ni? Aku ni suami orang tahu tak. Suami kepada Tengku Elvia, kau pun kenal dia kan,"

"I tahu tapi ada I kisah? You milik I. Dia yang rampas you dari I tahu tak,"

"Kau ni memang gila agaknya. Kau cakap apa ni Delisha? Tengku Elvia tak pernah merampas apapun dari kau. Tapi dia penyelamat aku, penawar segala derita aku selama ini,"

Tengku Delisha hanya diam, seakan memendam rasa sakit.

"Kau tu racun Delisha, kau tak berperikemanusian. Kau tinggalkan aku dalam keadaan aku serba naif, lumpuh. Tapi Allah tu Maha Adil, DIA hadiahkan satu anugerah yang sangat istimewa. Elvia penawar yang membasuh segala penderitaan aku. Jadi, jangan pernah kau panggil dia sebagai perampas. Dia satu-satunya perempuan yang aku akan cinta sampai syurga, bukannya kau!" Sambung Tengku Emir Danish. Puas dia dapat menuturkan kata-kata itu. Dia sangat berharap Tengku Delisha akan faham.

"Emir pleaseeee.. I cintakan you!"

Tengku Emir Danish tersenyum sinis, "Pergi mampuslah dengan cinta kau tu. Langsung tak bermakna untuk aku. Eh, dahlah. Pergilah! Berambus dari sini. Aku tak nak kau tunjukkan muka kau lagi depan aku. Kalau tak siap kau!" Balas Tengku Emir Danish sudah memberi amaran.

Tengku Delisha sakit hati, sambil menangis dia berlalu pergi dari situ. Barangkali hatinya sudah hancur dimusnahkan oleh Tengku Emir Danish.

"Sorry, boleh kita mulakan meeting sekarang?"

"Sure.."

Tengku Emir Danish kembali duduk di kerusinya semula untuk meneruskan meetingnya.

Tengku Elvia rasa tidak sedap hati, dia tidak senang duduk. Dia asyik memikirkan suaminya. Jam sudah menunjukkan pukul dua petang, segera dia menelefom suaminya.

"Assalamualaikum.. abang.."

"Sayangg.. hai, rindu abang ke ni?" Soal Tengku Emir Danish tanpa sempat menjawab salam isterinya.

"Amboi.. tak sempat jawab salamnya tu,"

Tengku Emir Danish tergelak, "Wa'alaikumussalam sayang. Sorry. Abang really miss you,"

"It's okay, miss you too dear. Hmm.. hari ni macam mana, everything okay?"

Pertanyaan isterinya membuatkan Tengku Emir Danish terdiam seketika.

"Perempuan tu kacau abang lagi ya?"

"Sejujurnya ya, dia datang ofis abang time tengah meeting,"

"What?"

"Yup, tapi abang halau dia sayang.."

"Dan dia pergi tak?"

"Pergi, sebab abang dah bagi dia amaran. Dia siap menangis tau,"

"Teruk betul perangai Delisha tu kan, dah tahu abang suami Elvia. Dia kacau lagi.."

"Sayang jelouse?"

"Of course, sebab abang suami Elvia. Hak Elvia mempertahankan abang. Rumahtangga kita juga," balas Tengku Elvia membuatkan Tengku Emir Danish tersenyum.

"Abang suka sayang cakap macam tu. Abang bangga ada isteri yang macam sayang. Betul apa kata sayang tu, hak sayang untuk pertahankan abang. Dan abang nak Elvia pun tahu, walau apapun yang terjadi.. abang tetap akan pertahankan mahligai yang kita bina ni,"

"Thank you abang,"

"You're welcome dear. Hm, sayang tengah buat apa ni? Busy?" Soal Tengku Emir Danish.

"Yup agak busy, tengah settle kerja ni. Sorry tau abang tak dapat temankan lunch,"

"Alah tak ada apalah sayang," balas Tengku Emir Danish. Sempat juga mereka berbual-bual seketika.

"Macam mana dah settlekan tugas Delisha? Dah goda bekas kekasih hati tu?" Soal kakak Tengku Delisha.

"Dah, tapi time tu dia ada meetinglah akak. So, gitu-gitu aje goda dia, ada orang kan.."

"So, tak jalanlah ni?"

"Tak, dia marahkan Delisha adalah. Siap halau tau. Sakit betul hati ni!"

"Hisyh.. kalau akak jadi Delisha, memang lagi rasa tercabar bila lelaki buat macam tu,"

"Memang ada rasa tercabar tu tapi Emir ni dia punya hati liat, hati dia tu cuma milik Tengku Elvia,"

"It's okay, kita banyak lagi cara untuk memusnahkan hubungan mereka berdua. Kita boleh guna macam-macam cara asalkan jangan berputus asa,"

"Okay kak, Delisha sedang usahalah ni,"

"Hancurkan hidup Tengku Elvia, buat dia sampai menderita," ucap kakaknya menghasut. Tengku Delisha semakin mendapat kekuatan baru. Dia akan terus memperjuangkan cintanya.

"Kak Kiah papa mana? Tak balik lagi ke?" Soal Tengku Arissya yang baru pulang dari ofisnya.

"Belum lagi,"

"Owh tak apalah Arissya naik atas dulu," balas Tengku Arissya menapak naik ke tingkat atas.

Faqrul menapak masuk ke dalam keretanya, dia mahu ke rumah bosnya. Itu pun atas arahan bosnya. Sharkief juga ada di situ.. dia follow Faqrul. Setiap gerak geri mereka berdua selalu dijejaki agar Sharkief dapat mengetahui rancangan musuhnya.

Semasa ketiadaan Faqrul, Dafiya menelefon Sharkief (sebagai lelaki lain), yang menyamar sebagai kawan baiknya. Tetapi lelaki itu tidak dapat dihubungi.

"Kenapa aku call dia tak dapat ya?" Ucap Dafiya sendirian.

"Dia kerja tak?" Ucap Dafiya lagi. Akhirnya dia diam saja. Dia ke bilik emaknya.

"Mak... mak okay? Macam mana rasa?"

Puan Ros senyum, "Mak okay Fiya, dah kurang batuk ni. Terim kasih selama ini jaga mak,"

"Tak ada apalah mak, Fiya okay. Mak kan mak Fiya, Fiya sayang.."

Jatuh air mata Puan Ros mendengarnya, hatinya benar-benar tersentuh.

"Mak jangan nangis, Fiya akan selalu ada dengan mak. Dalam keadaan apapun Fiya akan jaga mak baik-baik dan pertahankan mak daripada abang, tu.."

"Terima kasih Fiya. Mak sayangkan Fiya sangat-sangat,"

"Sama-sama. Fiya pun sayang mak," balas Puan Ros. Mereka saling berpelukan.

"Mak.. mak nak tak buah oren? Fiya ada beli tadi,"

"Boleh juga,"

"Kejap mak ya. Fiya pergi ambil," balas Dafiya. Dia menuju ke dapur mengambil buah oren untuk emaknya.

"Mak ni.. ni buah orennya. Kejap Fiya kupaskan kulitnya," sambungnya yang sudah ke situ semula.

Hanya kedengaran suara mereka berbual-bual dan diselang-selikan dengan bunyi cenggkerik. Memang terasa sangat sunyi tapi begitulah hidup mereka berdua. Terkurung tanpa sinar cahaya mentari. Hidup dalam kegelapan kerana dizalimi seorang manusia yang berhati iblis.

"Kau nak bagitahu aku pasal apa bos?" Soal Faqrul.

"Aku nak kau jumpa dengan Datuk Mustaqim,"

"For what?"

"Melamar Arissya,"

"Kau betul ke ni bos? Kau nak aku jumpa dengan Datuk Mustaqim melamar anak dia tu?"

"Ada kau tengok aku main-main ke?"

"Eh.. taklah bos, kalau itu yang kau nak aku on aje,"

"Aku rasa kau perlu segerakan benda ni,"

"Tapi kita punya planning tak tergesa-gesa ke? Atau nak cuba rancang benda lain lagi?" Faqrul mahukan kepastian.

"Kita dah cuba pisahkan mereka berdua dengan perancangan yang lain sebelum ni, tapi aku rasa ini yang terbaik, cuma...."

"Cuma apa bos?"

"Kau kena rebut hati Datuk Mustaqim untuk yakinkan dia kau adalah seorang lelaki yang terbaik yang mampu menjaga anaknya, faham?"

"Tak semudah tu bos,"

"Kenapa kau dah mengalah sebelum mencuba? Takut?"

"Tak, bukan aku mengalah bos.. tapi bukan senang nak rebut hati Arissya. Apalagi jadikan dia sebagai isteri aku. Kalau keyakinan Datuk Mustaqim pada aku tidak seratus peratus, aku tak rasa yang dia dapat menerima aku sebagai menantunya," balas Faqrul. Sebelum ini pun hubungan dia dengan Datuk Mustaqim bukannya akrab. Mereka juga jarang bertemu dan berbual. Dia hanya berkawan baik dengan Tengku Arissya sahaja tapi bukan keluarganya. Jadi agak sukar apabila melibatkan perkara ini.

"Kau kena berani mencuba, aku tak nak rancangan kita gagal lagi,"

"Tapi kalau gagal macam mana?" Soal Faqrul membuatkan bosnya marah. Sepantas kilat bosnya baling remote ke arahnya dan tepat mengenai kepalanya.

"Aduh.. sakit bos!"

"Tahu pun sakit, macam tulah sakitnya hati aku mendengar kata-kata kau yang sampah tu!"

"Hey, ingat.. kalau rancangan kali ni gagal, kau akan menerima padahnya. Aku akan ambil semua harta kekayaan kau tu semula. Bersedia untuk hidup merempat!" Sambung bosnya.

"Okaylah aku minta maaf bos. Aku akan ikut semua cakap kau. Aku akan jumpa Datuk Mustaqim dalam minggu ni untuk melamar Arissya,"

"Bagus tapi pastikan Arissya tak tahu yang kau jumpa dengan Datuk okay,"

"Kenapa pula?"

"Sebab aku nak dengar sendiri keputusan Datuk Mustaqim samada dia bersetuju atau tidak jadikan kau sebagai menantunya,"

"Okay kalau itu yang bos mahukan aku akan ikut," balas Faqrul. Dia sebenarnya takut dengan ugutan bosnya. Kalau harta kekayaan yang dia ada ditarik semula.. sudah pasti dia akan hidup miskin. Dan dia tidak mahu perkara itu terjadi.

Sharkief sudah mendengar semuanya. Segera dia berlalu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience