BAB 199

Romance Completed 198147

"Del akak nak cakap sikit," ucap Tengku Qistina.

"Apa dia kak?"

"Macam mana hubungan Del dengan Emir?"

"Menghampakan! Dia langsung tak layan. Dia buat tak tahu. Del dah buat macam-macam tapi gagal, yelah sekarang kan isteri dia tengah mengandung,"

"What?"

"Itulah hakikatnya,"

"Sakit tak hati tu?"

"Mestilah sakit hati, tak lama lagi dia nak dapat baby. Del geram sangat!"

"Sabar Del, ada caranya. Apa kata Del ikut rancangan akak sebelum ini. Nak?"

"Rancangan apa?"

"Tidur dengan Emir, akak boleh handle. Akak boleh minta tolong someone,"

"Tapi takutlah. Macam mana kalau papa dan mama tahu?"

"Tak apa akak akan bertanggungjawab, akak bukan apa. Cuma nak Del bahagia dengan lelaki yang Del cintai tu,"

"Tapi kak.."

"Del sampai bila nak bagi perempuan tak guna tu hancurkan hati Del! Bukan dia ke yang rampas Emir dari Del? Pleaseelah jangan jadi bodoh!" Tengku Qistina marah.

"Wake up! Jangan terus bersedih aje sepanjang masa. Cuba jadi macam akak. Sekarang akak dah dapat balik Harith,"

"Tengku Harith Zaqwan? Bekas kekasih akak yang dulu?"

"Del ingat lagi?"

"Pernah tengok gambar dulu, tapi akak tak sempat pun kenalkan dengan Del. Dengan papa dan mama aje kenalkan, yelah time tu kita gaduh besar," balas Tengku Delisha yang ada salah faham dengan kakaknya.

"Yup dialah, akak dah kembali bersama dia. Tak lama lagi kami akan kahwin,"

"Wah.. Del nak jumpa bakal abang ipar boleh?"

"Tak boleh, sebab akak tipu dia Del kat luar negara sekarang ni,"

"Tapi kenapa?"

"Belum tiba masanya akak kenalkan," balas Tengku Qistina, banyak betul alasannya.

"Hmm okay,"

"So, macam mana nak tak teruskan rancangan akak tu?"

"Okay Del setuju,"

"Good!"

"So, apa kata kita planning sekarang?"

"Okaylah, apa kita nak buat nanti?" Soal Tengku Delisha. Tengku Qistina tersenyum. Segala perancangannya sudah diberitahu pada adiknya satu persatu.

Sungguh gila perempuan ini. Tidak mempunyai perikemanusiaan, semua maruah orang dia gadaikan. Termasuk adik dia sendiri dia rela manfaatkan.

"Hello Remy, aku nak kau bersiap sedia. Esok kita jumpa," ucap Tengku Qistina menelefon anak buahnya untuk perancangan pertamanya.

"Baik bos!"

Keesokannya Tengku Qistina menemui Remy. Yelah, sejak Tengku Harith Zaqwan tidak membenarkan dia ada bodyguard. Dia terpaksa meminta Remy tinggal ditempat lain dan tidak mengikuti jejaknya lagi.

Sama dengan dua orang konconya lagi. Dia juga melakukan hal yang sama. Hanya ketika ada kerja yang perlu dibuat mereka akan bertemu di mana-mana.

"Ada apa bos kau nak jumpa aku ni?" Soal Remy bersendirian pada ketika itu.

Sharkief ada disitu. Dia memang cekap buat kerja, sentiasa peka dan sekarang dia mengikuti gerak geri Tengku Qistina dan Remy.

Dia mendekati keduanya, kali ini dia terpaksa melakukan satu penyamaran untuk lebih berada dekat dengan keduanya. Jika tidak dia akan gagal mendengar perbualan musuhnya. Jadi dia terpaksa menyamar sebagai pak cik tua, siap letak tahi lalat dibahagian dagu sebesar guli, pakai rambut kerinting dan cermin mata putih. Bertongkat. Penyamaran sehebat itu dipelajari daripada Sharleez.

"Aku nak kau buat satu kerja ni,"

"Kerja apa bos?"

"Aku nak kau perangkap Tengku Emir Danish. Kau pukul dia, bagi dia pengsan. Lepas tu kau bawa dia ke Everly Hotel, di Putrajaya.."

"Untuk?"

"Untuk perangkap lelaki tu tidur dengan adik aku, Tengku Delisha.."

"Gilalah kau bos!"

"Adik aku setuju, kau jaga sikit mulut tu. Aku lempang kang!" Balas Tengku Qistina marah.

"Sorry bos!"

"Lepas lelaki tu pengsan, Tengku Delisha akan ke sana untuk uruskan dia,"

"Baik bos!"

"Ini gambar lelaki tu,"

"Okay bos, tapi bila nak aku lakukan kerja ni?"

"Malam esok,"

"Tapi macam mana aku nak pancing lelaki tu keluar pada waktu malam?"

"Buat apa saja asalkan dia keluar malam esok, ini nombor telefon lelaki tu,"

"Okay baik bos!"

"Ingat, jangan sampai rancangan ni gagal. Kalau tak siap kau!" Balas Tengku Qistina memberi peringatan awal.

"Okay!"

"Tapi lepas aku settle kerja ni, boleh tak bos aku nak ambil cuti. Aku nak balik kampung tengok mak aku sakit,"

"Boleh, tapi selesaikan dulu kerja ni. Kalau kau berjaya aku akan bagi duit yang lumayan,"

"Okay bos!"

Sharkief sudah merakam perbualan antara keduanya. Segera dia menghantar audio itu melalui whatsapp Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan yang baru saja selesai mesyuarat segera membuka audio itu, waktu itu dia sudah berada dikerusi dalam bilik ofisnya.

'Tak guna perempuan. Kau memang gila! Tapi kau tak tengok lagi betapa gilanya aku. Aku takkan benarkan kau hancurkan masjid yang dibina Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia. Aku takkan benarkan kau hancurkan hati Tengku Arissya. Aku takkan benarkan kau mengulangi dosa-dosa kau tu. Cukuplah hanya aku yang menderita selama ini' desis hati Tengku Harith Zaqwan. Dadanya berombak amarah.

"Kau ada gambar Remy?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Dia sudah menelefon Sharkief.

"Tak ada tuan, tapi akukan dah kenal dia. Kenapa mesti nak gambar dia?"

"Aku mahu malam esok Sharleez yang beraksi. Aku mahu dia bawakan watak penggoda!"

"Tapi aku?"

"Kau harus jaga kawasan rumah Datuk Mustaqim pada malam itu semasa ketiadaan Sharleez,"

"Baik tuan!"

"Aku akan maklumkan pada Sharleez sekejap lagi!"

"Lagi satu, kau cari seorang pelukis. Kau imagine pada dia gambaran muka Remy, aku nak gambar Remy. Hantar pada Leez nanti. Now!" Sambung Tengku Harith Zaqwan tegas.

"Baik aku faham tuan!"

Tengku Harith Zaqwan menelefon Sharleez pula.

"Hello, tuan. Ada apa call aku?"

"Bersedia untuk beraksi malam esok,"

Sharleez sudah tersenyum mendengarnya.

"Dengan senang hati tuan, aku sudah bersedia. Apa yang harus aku lakukan?"

"Bereskan Remy,"

"Remy?"

"Tunggu Sharkief hantar gambar lakaran Remy pada kau dan bereskan lelaki tu,"

"Kali ni tuan nak aku menyamar sebagai apa?"

"Penggoda!"

"Aaumm... Watak penggoda kali ni ya. Dengan senang hati aku menurut perintah tuan, tapi di mana tempatnya?"

"Everly Hotel, di Putrajaya.."

"Kau tunggu di lobi dan pantau lelaki tu, kalau kau nampak dia bawa seseorang. Itu mungkin Tengku Emir Danish, tapi kau harus berhati-hati, Tengku Delisha akan turut ada disana. Itu yang aku risaukan,"

"Tidak ada masalah untuk aku tuan,"

"Sharkief tidak akan menyertai kau esok. Aku minta dia pantau kawasan rumah Datuk Mustaqim,"

"Tidak juga menjadi masalah untuk aku, tuan!"

"Tapi tak apa, aku ada. Aku akan ada diluar kawasan hotel. Aku guna motor ducati colour hitam, bertopi dan memakai baju black red. Kau bawa Tengku Emir Danish pada aku, aku sudah membuat andaian awal lelaki itu pasti akan pengsan,"

"Sesuai ke tuan naik motor?"

"Motor saja yang akan buat sesiapapun tidak mensyaki siapa aku,"

"Kau yakin orang lain tak ada malam esok?"

"Aku yakin, hanya Remy yang diberi tugasan tu,"

"Baik tuan, aku faham!"

"Bagus, buat kerja dengan teliti. Jangan sampai mereka hidu dan tahu kewujudan kita. Lagi satu, maklumkan pada Tengku Arissya yang kau nak cuti emergency pagi esok,"

"Faham tuan!"

Selesai bercakap dengan Tengku Harith Zaqwan, Sharleez masuk ke biliknya. Dia mengemas semua pakaiannya, yang mana ingin dibawanya. Walau bagaimanapun dia perlu ke tempat persembunyiannya. Hanya di situ saja banyak alat make up dan baju penyamarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience