Rate

BAB 227

Romance Series 197165

Seperti biasa Roy dan Qi mengintip Tengku Arissya. Dia ingin mencapai tujuannya.

"Roy... tu pun Arissya," ucap Qi. Roy sudah bersedia. Dia dan Qi mengikuti jejak Tengku Arissya yang sudah keluar dari tempat parking keretanya.

"Lajulah sikit drive!" Ucap Roy tidak mahu terlepas jejak Tengku Arissya.

"Eh, kau nak aku langgar mak cik kat depan tu ke?"

"Kalau perlu langgar ajelah," balas Roy masih memerhati ke depan untuk menculik Tengku Arissya.

Qi laju memandu, dia betul-betul fokus kerana tidak mahu kehilangan jejak Tengku Arissya.

"Potonglah, potong depan!" Marah Roy. Sakit betul hatinya dengan cara pemanduan Qi yang tidak cekap bertindak.

"Fuhh.. settle!" Ucap Qi.

Roy melompat keluar dari keretanya, dia mengetuk pintu kereta milik Tengku Arissya. Tengku Arissya terkedu, jantungnya berdegup kencang. Siapa pula lelaki yang mengetuk pintu keretanya itu? Dia buntu. Tidak tahu berbuat apa.

Dia mahu mencapai telefonnya untuk meminta tolong tapi tidak berjaya, tangannya mengiggil ketakutan. Mana tidaknya, cermin keretanya hampir pecah diketuk lelaki itu berulangkali. Dia terpaksa membuka pintu keretanya.

Roy segera menarik pergelangan tangan Tengku Arissya supaya keluar.

"Lepaslah! Kau siapa hah?" Marah Tengku Arissya menyentap kasar pergelangan tangan Roy.

Roy tersengih, "Wow.. garang!"

"Aku suka perempuan garang," sambungnya.

"Kau nak apa hah?" Tengking Tengku Arissya.

"Woiii.. cepatlah Roy, kau tunggu apa lagi?" Jerit Qi dari dalam kereta. Roy mahu menangkap Tengku Arissya tapi tidak berjaya. Tengku Arissya sudah berlari jauh. Roy mengejar.

Sebelum Roy sampai kepada Tengku Arissya, sebuah kereta sport membelok menghalangnya. Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum betul-betul ada di hadapan Tengku Arissya.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki dari dalam kereta itu. Roy terkedu, dia tidak mengenali siapa lelaki itu.

"Siapa kau?"

"Dan siapa kau diberi hak untuk menganggu perempuan ini?" Soal lelaki itu bengis.

Roy marah. Dia menyerang lelaki itu, tapi tidak berjaya. Lelaki itu malah menghentam dibahagian belakangnya sehingga dia terjatuh ke lantai.

Qi berlari ke arah Roy, dia segera menyerang lelaki itu. Dia kelihatan lebih agresif. Namun Qi juga gagal mengalahkan lelaki itu.

"Aargghh.. lari Qi!" Ucap Roy segera berlalu pergi dari situ dalam keadaan sakit. Lelaki itu tersengih. Padan muka!

Tengku Arissya masih dalam ketakutan, degupan jantungnya kencang. Lelaki itu mendekati Tengku Arissya.

"Cik okay?"

Tengku Arissya tidak bersuara.

"Okay, saya faham cik tentu masih dalam ketakutan. It's okay saya akan hantar cik ke kereta cik. Saya juga akan follow cik dari belakang," ucapnya lagi.

"Tak apa, saya boleh drive sendiri..." Balas Tengku Arissya. Dia menapak perlahan ke arah keretanya, kemudian mula berlalu pergi dari situ.

Kedengaran enjin motorsikal berkuasa tinggi muncul tepat di hadapan kereta milik Adrian Smith.

"Macam mana keadaan Arissya?" Soal Sharleez yang masih memakai helmet motornya.

"Dia nampak sangat takut," balas Adam Smith.

"Kau tak follow dia?"

"Dia tak nak aku follow," balas Adrian Smith.

Sharleez tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya menekan pedal minyak motorsikalnya pada kadar kelajuan yang tinggi untuk follow Tengku Arissya.

Tujuan dia meminta pertolongan Adrian Smith kerana tidak mahu Tengku Arissya mengetahui kehadirannya. Biarlah dia menjaga Tengku Arissya hanya dari kejauhan. Dia berjanji akan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

Tengku Arissya pulang. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke biliknya. Nasib baik tiada sesiapa dirumahnya, hanya Pak Cik Asmawi yang sempat menegurnya. Rasa ketakutannya masih belum hilang. Lelaki itu benar-benar menyeramkannya. Dan dia juga hairan siapa pula lelaki yang telah menolongnya. Namun dia tidak dapat menjawab keduanya.

Sharleez sudah selesai dengan tanggungjawabnya. Dia serahkan pada Sharkief. Kerana Sharkief yang akan mengambil tanggungjawab itu pula ketika Tengku Arissya berada dirumah.

"Cis tak guna!" Tengking Tengku Harith Zaqwan marah. Marah apabila mengetahui ada yang ingin menculik Tengku Arissya.

"Sabar tuan. Arissya selamat.." balas Sharleez.

"Selamat kau kata? Saat ni dia pasti dalam ketakutan..." Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Aku tahu tuan, tapi Arissya dah selamat. Walaupun mungkin betul apa yang tuan cakap, dia masih takut.."

"Siapa ada dirumah Arissya sekarang?"

"Sharkief dan Pak cik Asmawi tuan. Datuk Mustaqim outstation," balas Sharleez sudah bersedia dengan jawapan.

"Tengku Elvia?"

"Rasanya dirumah mak mertuanya, Datin Falida. Lagipun Tengku dah sarat, tak lama lagi bakal melahirkan.."

"Pastikan Kief pantau keadaan Tengku Arissya.."

"Dari jauh boleh, tapi kalau dekat Kief tak mampu melakukannya tuan, lagipun Datuk Mustaqim tiada dirumah.."1

Tengku Harith Zaqwan diam saja, dia kemudiannya berlalu pergi dari situ. Sharleez melepaskan keluhan kecil. Dia tahu tuannya begitu marah. Jadi emosinya agak kacau bilau.

Tengku Harith Zaqwan menelefon Tengku Arissya, namun tidak berjawab. Sudah dua tiga kali dia menelefonnya.

Kerisauannya semakin bertambah. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menemui Tengku Arissya.

Sampai saja dirumah Tengku Arissya, matanya melilau melihat persekitaran rumah itu. Tengku Harith Zaqwan masih tetap disitu. Jika dia turun dari kereta, dia bimbang sekiranya ada orang-orang Tengku Qistina melihatnya. Kereta yang dipakainya juga kereta lain, kereta Axia berwarna hitam.

Lama Tengku Harith Zaqwan menunggu di situ, dia cuma ingin melihat kelibat Tengku Arissya dibahagian atas balkoni dalam bilik itu saja. Biasanya Tengku Arissya akan berada di balkoni pada waktu malam untuk melihat keindahan langit malam.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, matanya sudah tidak tahan rasa mengantuk. Dia mudah rasa mengantuk jika badannya penat.

Tiba-tiba di atas balkoni bilik Tengku Arissya, dari arah atas dia melihat Tengku Arissya ada di situ sedang memandang bintang dilangit. Tengku Harith Zaqwan tersenyum. Hatinya sudah tenang. Segera dia menekan pedal minyak keretanya dan berlalu pergi dari situ. Dia yakin Tengku Arissya sudah baik-baik saja dan kembali tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience