Rate

BAB 35

Romance Series 197165

Pagi itu semasa Tengku Arissya berjalan menuju ke tempat mengajarnya, kakinya terpijak sesuatu. Langkahnya terhenti, rupanya dia terpijak bunga mawar. Hairan juga dia, siapalah yang sanggup buang tiga kuntum bunga mawar merah yang cantik itu.

Tengku Arissya mengambil bunga mawar itu. Dilihatnya ada ucapan pada kad itu. Dia buka kad ucapan itu.

To: bidadariku..
Aku sangat merinduimu, sayang
- THZ

Tergamam Tengku Arissya ketika membaca kad ucapan itu, jadi bunga mawar ini untuknya. Tengku Harith Zaqwan berikan padanya, tapi kenapa bunga mawar tu tercampak disini. Oh ya! Dia yakin mesti disebabkan petang semalam, Tengku Harith Zaqwan pasti tengok dia dengan Aakif Aryanz. Jadi tekaannya tepat. Lelaki itu sudah mula menganggap yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan Aakif Aryanz.

'Dia marahkan aku tak? Atau dia cemburu tengok aku dengan Aakif Aryanz?' Desis hati Tengku Arissya. Akhirnya bunga mawar itu dia ambil. Dia mahu simpan.

Kelihatan seorang pelanggan singgah di tempat Tengku Harith Zaqwan bekerja, dia ke depan ingin mengambil menu pesanan.

"Coffee..." Ucap lelaki itu memesan secawan kopi, Tengku Harith Zaqwan terkedu. Lelaki itulah yang dia lihat bersama Tengku Arissya petang semalam.

"Lagi?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Sengaja dia tak speaking.

Lelaki itu yang sedang sibuk bercakap dalam telefon menoleh memandang Tengku Harith Zaqwan, "Asal Malaysia ke? Wah.. hebat! Kerja kat sini. Dah lama ke?"

"Yup, still new!" Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Yup, dear. Me too, really miss you so much!" Ucap lelaki itu di talian yang masih belum menamatkan perbualan telefonnya dengan seseorang.

"Okay, tu aje dulu. Coffee!" Balas Aakif Aryanz apabila dia tengok Tengku Harith Zaqwan masih menunggu untuk menulis menu pesanan.

Tengku Harith Zaqwan berlalu pergi dari situ, dia hairan. Dengan siapa lelaki tu bercakap? Kekasih dia ke? Atau panggilan itu daripada Tengku Arissya? Eh, tak mungkin! Bekas isterinya bukan jenis perempuan gedik. Dia seorang yang berkaliber, berwawasan dan tegas orangnya.

Tak sampai lima minit, Tengku Harith Zaqwan kembali ke situ menghantar secawan kopi panas. Sewaktu itu lelaki itu masih berbual menerusi telefonnya.

"Of courselah sayang I sayangkan you. You tunggu I balik Malaysia okay, nanti kita pergi clubbing.." balas Aakif Aryanz. Berkerut dahi Tengku Harith Zaqwan cuba mencari jawapan.

Tengku Harith Zaqwan baru saja ingin berlalu pergi dari situ, Aakif Aryanz memanggilnya, "Hei, bro! Sini kejap. Siapa nama kau?"

"Panggil aku Zaq aje. Kau siapa nama?"

"Aku Aakif Aryanz. Panggil aje Aryanz. Wei, kau ada tips pujuk girlfriend tak?"

"Girlfriend? Kenapa bro, kau ada girlfriend kat sini ke?"

"Aku ni playboy. Girlfriend keliling pinggang. Seronok doh bercinta dengan ramai perempuan ni, banyak dapat pengalaman baru," balas Aakif Aryanz.

Tengku Harith Zaqwan tersengih sinis, "Seronok? Tapi danger bro mainkan hati perempuan ni. Jangan dibuat main.."

"Maksud kau?"

"Ada karma. Setiap game yang kita mainkan ada balasannya," balas Tengku Harith Zaqwan. Aakif Aryanz tergelak besar.

"Bro karma tu bukan untuk orang macam akulah, tapi kalau ada pun aku tak kisah. Aku seronok ada ramai perempuan. Aku bagi nafsu dia orang bagi duit," balas Aakif Aryanz.

Kali ini Tengku Harith Zaqwan terkedu. Kini dia sudah dapat jawapannya. Tengku Arissya dalam bahaya. Dia perlu melindungi bekas isterinya. Mungkin lelaki itu cuma mahu mempermainkan Tengku Arissya. Dia perlu bertindak segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience