Rate

BAB 172

Romance Series 197233

Esoknya Datuk Mustaqim menjemput Tengku Arissya. Kepulangan Tengku Arissya diketahui oleh Tengku Harith Zaqwan. Tengku Elvia yang text bagitahu dia.

"Abang Elvia nak ke rumah papa petang nanti ya, nak tengok keadaan kakak macam mana," ucap Tengku Elvia meminta izin dari suaminya.

"Boleh sayang, pergilah. Tapi jangan lupa text abang dulu," pesan Tengku Emir Danish. Suaminya sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan kerjanya.

Mereka berdua pun sudah berpindah dirumah sendiri. Menjalani kehidupan berdua sebagai suami isteri. Alhamdulillah mahligai cinta mereka dihiasi dengan kasih sayang dan cinta. Semoga tiada panahan mata iblis.

"Okay abang,"

"Abang tak sangka sayang Harith tipu yang dia amnesia tu,"

"Elvia pun sama, tapi mesti Abang Harith ada alasannya tersendiri,"

"Mungkin juga,"

Sempat mereka berdua berbual-bual sebelum masing-masing ke tempat kerja.

Tengku Arissya merebahkan tubuhnya di atas katil, kepalanya masih sakit. Papanya meminta dia berehat secukupnya.

"Harith, kau tak melawat Arissya?" Soal Hud Mikail.

"Tak, dia dah balik rumah. Datuk jemput pagi tadi,"

"Owh.. elok juga kau tak ke sana, setidaknya hati kau tak terluka," balas Hud Mikail.

"Aku tak kisah soal hati ni, yang penting Arissya cepat sembuh," balas Tengku Harith Zaqwan sebelum masuk ke bilik meeting bersama Hud Mikail.

Faqrul menelefon Tengku Arissya, dia yakin gadis itu sudah pulang dari hospital.

"Hello, Arissya. You dah balik rumah ke tu?" Soal Faqrul.

"Yup, papa jemput tadi,"

Faqrul mahu menjemput Tengku Arissya tapi gadis itu tidak membenarkan dia ke hospital. Jadi terpaksalah dia mengalah. Inilah masanya dia merebut hati Tengku Arissya. Sementara Tengku Harith Zaqwan kecewa dengan sikap Tengku Arissya.

"Okay, I harap you jaga diri baik-baik. Jangan lupa makan ubat yang doktor bagi tu,"

Tengku Arissya senyum, "I ni bukannya budak kecil lagi, tahulah I jaga diri sendiri,"

"I cuma risaukan keadaan you aje, I tak nak benda ni berulang lagi," balas Faqrul.

"Thanks ambil berat pasal I. So, you kat mana ni?"

"Welcome. I kat tempat kerja, kalau esok I tak busy. I cadang nak melawat you," balas Faqrul.

"Eh, tak apalah susahkan you aje. I bukannya sakit sampai tak boleh berjalan,"

"You tak sudi ke I datang jenguk you kat rumah tu?"

"Tak, bukan macam tu. I cuma tak nak susahkan you,"

"Apa pula menyusahkan I, I lagi suka kalau dapat tengok you depan mata I,"

"Okay up to you," balas Tengku Arissya berbual-bual sekejap dengan Faqrul.

Nampaknya Tengku Arissya sudah melayani Faqrul dengan baik. Ini mengundang bahaya. Apalah nasib yang akan menimpa Tengku Arissya nanti. Kedegilan sudah pasti mengundang padah.

Pada petangnya Tengku Elvia melawat kakaknya. Mereka berbual-bual di halaman rumah banglo mewah itu. Tapi perbualan kali ini lebih kerap mengundang kemarahan masing-masing.

"Akak ni ada ke duduk kat luar pula, dahlah tak berapa sihat tu," rungut Tengku Elvia.

"Akak bukannya sakit pun,"

"Akak ni memang degil dan keras kepala kan,"

"Tahu tak apa," balas Tengku Arissya bersikap bersahaja.

"Akak Elvia tanya jangan marah ya. Akak masih marahkan Abang Harith?"

"Kenapa mesti sebut pasal dia depan akak ni," ucap Tengku Arissya.

"Tak adalah saja Elvia tanya,"

"Akak bukan saja marahkan dia tapi benci,"

"Sampai macam tu sekali akak,"

"Cukuplah sekali, takkan nak bagi peluang pada orang macam tu. Harith tak boleh dipercayai," balas Tengku Arissya.

"Tapi pernah ke akak bagi peluang pada Abang Harith? Rasanya tak! Sejak dia menagih cinta akak semula kat Paris, sampai hari ni akak pandang cinta Abang Harith sepi,"

"Itu hak akak!"

"Akak kejam! Akak buat Abang Harith jadi pengemis cinta,"

"Akak tak kisah Elvia nak cakap apapun. Akak yang tanggung semua rasa sakit tu, lagipun dia sendiri yang ceraikan akak dengan begitu mudah. Cinta dia palsu!"

"Elvia ada satu soalan, akak dengan Faqrul ada apa-apa ke?" Soal Tengku Elvia tiba-tiba tanpa mempedulikan kata-kata kakaknya.

"Kenapa tanya macam tu?"

"Akak sebelahkan dia masa kat hospital hari tu, akak tak menyebelahi Abang Harith pun. Elvia tengok Abang Harith sedih sangat," ucap Tengku Elvia.

"Memang patut pun dia rasa semua tu,"

"Tapi akak tak layak buat dia macam tu. Akak tak tengok ke macam mana Faqrul tu tumbuk dia,"

"Akak belum buta lagi, tapi akak dah tak kisah pun pasal dia,"

"Junjunglah ego tu tinggi sangat, lepas ni kalau jatuh baru tahu sakitnya macam mana," perli Tengku Elvia perlahan.

"Elvia perli akak?"

"Eh, taklah. Hmm.. papa mana kak?" Tengku Elvia mengubah topik perbualan mereka seketika.

"Papa keluar sekejap jumpa kawan dia,"

"Owh patutlah,"

"Macam mana hubungan Elvia dengan Emir, yelah sekarang kan dah hidup sebagai pasangan suami isteri," soal Tengku Arissya.

"Alhamdulillah kak, everything okay. Emir layan Elvia dengan baik. Bapa dan mak mentua pun sayangkan Elvia,"

"Lega akak dengar, akak doakan semoga Elvia sentiasa bahagia,"

"Terima kasih kak. Elvia pun selalu berharap akak akan jumpa dengan jodoh yang baik walaupun bukan berjodoh dengan Abang Harith,"

"Sampai kiamat pun akak tak nak dia jadi teman hidup akak,"

"Akak jaga mulut tu!" Ucap Tengku Elvia agak keras nada suaranya.

"Akak cakap apa yang akak rasa,"

"Apa saja yang keluar dari mulut kita, baik mahupun perkataan yang buruk tu semuanya doa,"

"Kalaulah Allah kabulkan kata-kata akak tu, agaknya apa perasaan akak bila kehilangan Abang Harith untuk selamanya, mampu ke akak hadap kehilangan tu.."

"Akak dah tak kisah. Apa yang dia lakukan pada akak dulu benar-benar menyakitkan,"

"Manusia tak pernah lari daripada buat kesalahan. Kita manusia yang tak sempurna, pendosa tanpa noktah, tapi kenapa mesti nak hukum Abang Harith dan berulang kali menyebut tentang kesalahan dia. Akak pun pernah buat salah kan," ucap Tengku Elvia geram. Kakaknya semakin ego, sombong dan bodoh.

"Tak ada manusia yang hidup dalam dunia ni tak pernah buat dosa dan kesalahan," sambung Tengku Elvia geram.

"Elvia kalau datang sini nak sakitkan hati akak lebih baik tak payah datang!" Jerit Tengku Arissya sebelum dia mengambil keputusan berlalu pergi dari situ.

Rokiah perasan dua beradik itu bertengkar hebat. Semuanya gara-gara Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience