Rate

BAB 144

Romance Series 197233

"Kenapa kau nampak moody aje Harith, okay ke tak ni?" Soal Hud Mikail pada pagi itu apabila melihat abang sepupunya jauh mengelamun.

"Entahlah, aku rasa kecewa,"

Hud Mikail duduk mengadap Tengku Harith Zaqwan yang sedang memandang jauh ke arah taman di halaman rumah banglo mewahnya.

"Kau kecewa dengan siapa?"

"Arissya,"

Hud Mikail tersenyum, "Apa pula kali ni Harith,"

"Semalam Arissya keluar dengan Faqrul, so aku followlah diaorang,"

"Sebab?"

"Risaukan Arissya, takut kalau..."

"Kalau Faqrul buat bukan-bukan kat Arissya?" Sambung Hud Mikail memotong kata-kata Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm.."

"Kau nak risau apa. Arissya tu dah besarlah boleh jaga diri sendiri. Faqrul tu pun kau juga yang bagitahu yang dia tu kawan baik Arissya. Takkanlah kawan baik nak buat jahat kat kawan baik sendiri. Mustahil!"

"Dalam dunia ni tak semua orang kita boleh percaya, Hud.."

"Kau ni tahap terlebih risaukan Arissya ni.."

"Memang aku risaukan dia,"

"Kau sayang dia ke?"

"Aku dah mula sayangkan dia, Hud. Aku tak tahu kenapa dengan hati aku ni," luah hati Tengku Harith Zaqwan.

"Kau takkan rasa menyesal ke sayang dia?"

"Kau tanya aku macam ni kenapa?" Soal Tengku Harith Zaqwan membuatkan Hud Mikail cuba mencari jawapan lain. Mana mungkin dia bagitahu perkara sebenar yang Tengku Arissya adalah bekas isteri kepada Tengku Harith Zaqwan.

"Cinta tu selalu melukakan, buat sakit hati je. Aku takut luka dari cinta tu buat kau rasa menyesal mencintai seseorang dalam hidup kau. Belajar sayangkan diri sendiri dulu sebelum mencintai orang lain Harith.."

"Tanpa belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain juga, tetap sama. Dalam cinta ada penderitaan, tapi penderitaan itulah yang sering dicari oleh manusia.."

"Wow! Hebat kau punya falsafah Harith,"

"Aku cakap benda yang betul.."

"Okay, so kau nak tackle Arissyalah ni?"

"Aku nak ada dekat dengan dia dan rebut hati dia,"

"Tapi nampak gayanya kau kena bersaing dengan Faqrul," balas Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "No problem. Ni Tengku Harith Zaqwanlah. Dia tahu macam mana nak curi hati Tengku Arissya..."

Hud Mikail terdiam, wajahnya nampak mendung.

'Kenapa kau perlu lalui semua ni lagi Harith? Jalan cerita kau ni saling tak tumpah dengan apa yang terjadi di Paris dulu. Cuma bezanya kau hilang ingatan. Kalaulah ingatan kau pulih tentu jalan cerita cinta ni berbeza. Allahu.. Ya Allah kuatkanlah hati lelaki yang bernama Tengku Harith Zaqwan!' Desis hati Hud Mikail bersama doa.

"Eh, kau pula yang mengelamun kenapa? Dah breakfast belum ni?"

"Belum. Aku baru aje sampai sini.."

"Okay, jom kita keluar breakfast.."

"Boleh juga, aku tengah lapar ni.."

Mereka berdua keluar menikmati sarapan pagi berdua. Maklumlah hujung minggu, jadi dapatlah luangkan masa bersama.

"Lepas breakfast ni kau ada rancang nak ke mana-mana tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang tengah mengunyah roti bakar.

"Kenapa tanya aku macam tu? Hari ni kan hujung minggu. Tak ada pergi mana pun,"

"Mana tahu kau nak jumpa dengan buah hati," usik Tengku Harith Zaqwan.

"Buah hati? Hisyhhh.. apa pula buah hati, kau ni merepek ajelah!"

"Apa pula merepeknya. Bukan kau dah ada buah hati ke?"

Hud Mikail tergelak, "Aku mana ada buah hati,"

"Bohong besar kau ni. Dah tu si Ariana tu siapa?"

"Owh dia kawan akulah, kenal pun secara kebetulan masa dia nak melawat kau kat hospital dulu,"

"Aku tahu kau ada hati dengan dia kan,"

"Tak adalah,"

"Jujurlah dengan aku. Pendam tu sakit Hud,"

Hud Mikail melepaskan keluhan kecil, "Ya aku memang ada hati dengan dia,"

"Lambatlah kau ni Hud. Cubalah tackle dia awal-awal. Melepas kang!"

"Aku tak pandai nak mulakan dulu. Seganlah. Kau tahu kan dia tu lawyer.."

"Sepadanlah. Kau pula ahli perniagaan yang berjaya. Gandingan yang mantap!" Usik Tengku Harith Zaqwan membuatkan Hud Mikail tersenyum malu.

"Tapi masalahnya dia belum tentu sukakan aku Harith,"

"Tak kenal maka tak cinta, kenalah usaha kalau nak dia,"

"Tapi aku..."

"Hud, kau dengar sini. Kita lelaki, kena ada keberanian untuk meluah. Kalau kau suka kau luahlah. Bukan apa, takut kalau cinta bertepuk sebelah tangan. Lagi sakit,"

"Aku tahu tapi aku macam tak yakin dia suka aku ke tak,"

"Ni bukan soal suka atau tak suka, tapi ni tentang keberanian. Berani meluah. Jadilah gentlemen sikit.."

"Yeke? Tak ke rasa macam nampak aku ni gelojoh sangat.."

"Kau ni kena yakinlah. Kau jangan tunggu lama, melepas!"

"Kalau macam tu okay aku luah, tapi kau tahu tak cara macam mana nak luah perasaan kita kat perempuan?"

"Hmm.. okay, macam ni Hud. Kau ajak dia dinner. Makan malam yang istimewa. Pilih tempat yang privasi, tepi kolam okay kut. Kat atas meja tu mesti ada sekuntum bunga ros, ada lilin. Haa.. time tulah kau luahkan rasa cinta kau pada dia. Kau luah apa yang kau rasa,"

"Huish.. romantik sangat tu.."

"Memanglah kena romantik nak tackle hati perempuan. Barulah dia cair,"

"Betul juga tu, tapi sekarang dia macam busy sikit. So, aku kena tunggu time dia ada masa free.."

"No problem, tapi kalau boleh secepat mungkin.."

"Lagi satu!"

"Apa lagi?"

"Lepas breakfast ni kau ikut aku pergi gym. Kasi sasa sikit lagi baru okay. Kau pun tak kurang handsomenya, tapi tak boleh lawan akulah," balas Tengku Harith Zaqwan berjenaka. Hud Mikail tergelak besar kali ini.

"Aduh kau ni. Malaslah aku nak ke gym. Berpeluh basah habis baju aku ni, tak readylah.."

"Banyak pula alasan kau ni, jomlah ke gym. Kejap aje.."

"Okaylah okay aku ikut kau.."

Selesai makan mereka berdua ke gym. Sebelum ke pintu masuk gym Tengku Harith Zaqwan terpandangkan Dafiya. Kelihatan Dafiya sedang menjaja makanan, ada bakul ditangannya.

"Eh, jomlah. Kenapa dengan kau ni?" Soal Hud Mikail.

"Kau masuk dulu, kejap lagi aku masuk. Aku ada hal kejap," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Kau ni.. ni yang aku malas ni, dah sampai sini kau cakap ada hal pula,"

"Hud kejap aje. Kau masuklah dulu kat dalam," balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah mula menapak ke arah Dafiya.

"Fiya!" Panggil Tengku Harith Zaqwan.

"Dafiyaaaa..." Sambung Tengku Harith Zaqwan lagi.

Dafiya berpaling, dia terkedu. Segera langkahnya laju. Dia tidak mahu Tengku Harith Zaqwan tahu yang dia berniaga jual kerepek pisang dalam bakul. Kalau tak nahaslah dia, tentu abangnya marah. Jadi dia terpaksa menyembunyikan dirinya daripada Tengku Harith Zaqwan.

"Mana Fiya ni, tadi ada kawasan sini. Eh ke aku yang salah pandang ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan perlahan yang masih ada disitu tapi Dafiya pula entah ke mana.

Akhirnya Tengku Harith Zaqwan kembali ke gym menemani Hud Mikail. Mungkin dia tersalah pandang, walaupun tadi dia rasa itu memang Dafiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience