Rate

BAB 54

Romance Series 197233

"Nooo! No pa!" Marah Tengku Elvia yang sudah berdiri membelakangi Datuk Mustaqim.

"Tapi Elvia juga perlu fikirkan soal masa depan. Papa tak ada masalah kalau Elvia....."

Tengku Elvia pantas memotong kata-kata Datuk Mustaqim, "Tengku Elvia takkan kahwin dengan Tengku Emir Danish selagi kakak dengan Abang Harith tak bersatu!"

Datuk Mustaqim melepaskan keluhan kecil, sekali lagi dia bertanyakan anaknya, "So, Elvia memang dah fikir betul-betul?"

Tengku Elvia kembali melabuhkan punggungnya di sofa memandang wajah papanya, "Dah habis fikir papa. Dah masak hangus pun. Keputusan Elvia muktamad!"

"Papa hormati keputusan tu, tapi ada tak Elvia fikir apa yang akan terjadi sekiranya Elvia menolak untuk mengahwini Tengku Emir Danish?"

"Apa yang akan terjadi?" Soal Tengku Elvia tidak faham maksud papanya.

"Emir lelaki Elvia, papa juga lelaki. Papa faham benar perasaan Emir macam mana. Papa tak nak sesuatu yang buruk menimpa anak papa di masa akan datang.."

"Tak ada apa yang akan terjadi pa, trust me!"

"Tapi Emir bersungguh nak jadikan Elvia sebagai isterinya," balas Datuk Mustaqim. Perdebatan dua beranak itu semakin hangat.

"Kalau dia bersungguh nak jadikan Elvia sebagai teman hidup dia, mesti dia akan tunggu Elvia," balas Tengku Elvia pula.

"Tak cukup lama ke four years Emir pergi ke luar negara tu, semata-mata nak cepat sembuh dan dapat kahwin dengan Elvia?"

"Tapi papa... kakak juga perlu dibantu. Elvia kesiankan kakak, lagilah Elvia risau bila tahu akak tu kenal dengan Aakif Aryanz. Elvia tak sedap hatilah pa sejak dia bagitahu pasal lelaki tu..."

"Tak salah pun kakak tu ingin mengenali lelaki lain dalam hidup dia. Kalau bukan jodoh dia dengan Harith.. mungkin itu sudah ketentuan takdir.."

"Entahlah pa, susah Elvia nak cakap. Tapi hati ni nak sangat bantu akak tu. Elvia nak dia bahagia semula dengan Abang Harith.."

"Kebahagiaan diri sendiri juga perlu Elvia utamakan," balas Datuk Mustaqim.

"Tapi.. kalau Elvia kahwin dengan Emir pun sekarang, tak bestlah sebab akak tak ada sini. Dia tak mungkin balik ke Malaysia dalam masa terdekat ni. Kakak pun tak pernah tahu yang Elvia bercinta dengan anak Datuk Qaid," balas Tengku Elvia.

Memang selama ini dia merahsiakan hubungannya dengan Tengku Emir Danish daripada Tengku Arissya. Mereka tidak mahu terlalu cepat menghebohkan tentang hubungan itu. Hanya Datuk Mustaqim saja yang mengetahui hubungan seriusnya dengan Tengku Emir Danish.

Datuk Mustaqim melepaskan keluhan kecil, tak guna juga dia berdebat dengan anaknya itu jika keputusannya sudah muktamad.

"Okay, terpulang pada Elvia.. tapi apapun yang bakal terjadi lepas ni, Elvia kena tanggung risikonya. Ingat, setiap keputusan yang kita ambil ada risikonya." Pesan Datuk Mustaqim mengingatkan anaknya sebelum dia naik ke tingkat atas untuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience