Rate

BAB 135

Romance Series 197165

Hari yang baru, azam yang baru untuk nafas baru dalam hidup Tengku Arissya. Mulai hari ini dia akan memulakan hidup baru. Awal pagi lagi Tengku Arissya menyediakan sarapan pagi, lagipun pembantu rumahnya sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas dia pulang daripada Paris. Kata adiknya, pembantu rumah itu mahu menetap dikampungnya untuk mengusahakan perniagaan kecil.

"Wow!" Ucap satu suara, Tengku Arissya berpaling ke belakang. Dia senyum.

"Tadaa! Breakfast special untuk Elvia, especially for papa.." ucap Tengku Arissya riang.

"Nampak sedap!" Ucap Tengku Elvia..

"Jom papa kita try, lama akak tak masak ni. Biasa asyik beli makanan yang delivery aje," sambungnya mengajak Datuk Mustaqim yang juga sudah siap untuk ke tempat kerja.

"Kenyang papa hari ni," usik Datuk Mustaqim.

"Kenyanglah bagus, boleh buat kerja dengan baik,"

"Kenyang bahaya kak!" Sampuk Tengku Elvia.

"Kenapa pula?"

"Mengantuk," balas Tengku Elvia diiringi tawa Datuk Mustaqim dan senyuman Tengku Arissya.

"Okay, papa nak breakfast apa pagi ni?"

"Hmm..."

"Papa dah rambang mata kak, banyak akak masak ni, biasa kita orang breakfast roti bakar aje setiap hari.." sampuk Tengku Elvia yang sedang mengunyah makanan.

"Owh kesiannya.."

"Papa nak nasi gorenglah," ucap Datuk Mustaqim. Tengku Arissya segera mengambil nasi goreng itu untuk papanya.

"Lagi papa?"

"Nasi goreng cukup, yang sandwich ni macam biasa papa nak tapau bawa ke ofis,"

"Tengok tu kak, papa berselera pagi ni. Anak kesayangan dia jadi chef kan.."

"Alhamdulillah, makanlah pa. Arissya sediakan bekal untuk papa dulu ya,"

"Eh, Arissya tak breakfast sekali ke?"

"Arissya dari tadi dah breakfast papa," balas Tengku Arissya. Datuk Mustaqim hanya mengangguk perlahan.

Setelah selesai breakfast Datuk Mustaqim dan Tengku Elvia ke ofis. Seperti biasa Datuk Mustaqim ke ofis dengan Asmawi, pemandunya. Tengku Elvia pula dengan kereta mewah sportnya.

"I otw ke ofis, why Emir?" Soal Tengku Elvia ditalian. Lelaki itu awal pagi lagi menelefonnya.

"I nak ajak you breakfast,"

"Sorry dear, I dah kenyang. Kak Arissya sediakan breakfast tadi,"

"Untunglah, I juga yang masih belum breakfast,"

"Alah you ni Emir, kan papa you ada. You breakfastlah dengan papa you kat kopitiam tu,"

"Papa I nak jumpa klien penting pagi ni, so dia dah keluar awal pagi lagi.."

"Tulah you, selalu bangun lewat.. kan dah kena tinggal.."

"Sayang I bangun bukannya jam sepuluh pagi, ni baru jam lapan pagi. Papa lagi pagi dari I nak buat macam mana," balas Tengku Emir Danish yang baru mahu ke ofis.

"Okaylah, I temankan you breakfast pagi ni. Tapi you jangan lewat datang jemput I ya. I tunggu you kat tempat parkir kereta,"

"Alright dear. Thanks," balas Tengku Emir Danish jadi ceria dalam sekelip mata.

Tengku Arissya selesai mencuci pinggan, dia menapak ke ruang tamu rumahnya lalu menghenyakkan punggungnya ke sofa empuk.

Dia mencapai telefon bimbitnya, ada whatsapp masuk dari Faqrul. Segera dibukanya.

"Arissya I tak sabar nak jumpa you.." - Faqrul

'Eh, apa kena dengan Faq ni? Tak sabar nak jumpa akulah apa, alahai.. kawan baik aku sorang ni kadang bahasa dia boleh buat aku salah faham,' desis hati Tengku Arissya.

Dia mengabaikan text Faqrul itu. Malas dibalasnya.

Faqrul yang baru selesai keluar dari bilik wad di mana emaknya ditempatkan segera melihat handphone dalam poket seluarnya.

'Arissya tak balas text aku?' Desis hati Faqrul hampa.

"Abang, pergilah breakfast dulu ya. Biar Fiya pula jaga mak," ucap adiknya Dafiya yang baru saja sampai ke hospital. Mereka bergilir jaga Puan Ros.

"Hmm.. okay, jaga mak baik-baik.. abang ke kafe hospital dulu," pesan Faqrul segera pergi dari situ.

Faqrul singgah di kafe hospital saja, dia malas keluar jauh dari kawasan hospital itu, lagipun moodnya juga ke laut. Mana taknya
Tengku Arissya tidak membalas text darinya.

Tengku Arissya menyentuh meja kaca didepannya, ada cebisan habuk. Dia bingkas bangun menuju ke dapur mengambil air dan tuala kecil untuk lap meja itu. Kemudian kembali ke ruang tamu, meja kaca itu dilap perlahan-lahan sambil dia menyanyi kecil. Nampaknya Tengku Arissya begitu senang hati.

Selesai semua kerjanya dia berehat di sofa. Bosan sungguh dia dirumah sendirian. Waktu sendirian itu mulalah otaknya menerawang jauh, memikirkan kata-kata papanya sebelum ini.

"Arissya tak nak fikir pasal tawaran kerja yang papa nak bagi tu, kan Elvia ada. Dia boleh handle dan lebih cekap buat kerja ofis,"

"Ya, papa tahu tapi apa salahnya kalau Arissya terima tawaran kerja yang papa nak bagi di syarikat kita tu," balas Datuk Mustaqim.

"Bukan bidang Arissya pa,"

"Boleh belajar kan," balas Datuk Mustaqim masih tidak berputus asa memujuk anaknya.

"Ya, boleh tapi..."

"Arissya, listen.. papa tak selamanya kuat tau, papa dah tua. Jadi, dah tiba masanya Arissya ambil tugas papa untuk handle syarikat kita tu,"

"Bagilah Arissya masa,"

"Bertahun papa bagi masa untuk Arissya fikir, so kali ni tolong jangan hampakan papa," balas Datuk Mustaqim penuh berharap.

Masih dia ingat, waktu itu dia hanya meninggalkan papanya tanpa memberi jawapan. Ya, sehingga sekarang tergantung sepi.

'Arissya, tak salah pun kalau terima tawaran papa kau tu. Dia dah lama berharap, jangan hampakan hati insan yang sangat bermakna pada kau tu. Ingat, kau cuma ada papa aje..' Desis hati Tengku Arissya sebak.

Akhirnya, Tengku Arissya sudah membuat keputusan. Ya, kali ini dia perlu mencuba sesuatu yang baru. Masuk ke dalam dunia baru. Dia perlu memulakan hidup baru.

Jam 2.00 petang Tengku Arissya keluar, dia sudah berpesan pada Pak Cik Asmawi yang dia mahu keluar. Pemandu papanya itu hanya mengangguk faham.

Sejam setengah terperangkap dalam jammed Tengku Arissya akhirnya sampai di syarikat papanya.

"Good evening, Puan Arissya!" Ucap staf di situ menghormati anak majikannya.

Tengku Arissya yang murah dengan senyuman itu, hanya tersenyum. Sikapnya memang disegani di syarikat papanya, dia tidak sombong walaupun kaya.

Tengku Arissya segera menuju ke arah bilik papanya. Sampai saja didepan muka pintu, dia lihat papanya baru sedang membuka bekal sandwich yang dia bekalkan pagi tadi. Tengku Arissya lama berdiri di situ, memerhati papanya makan disebalik cermin ofis itu. Terasa sebak dia, tanpa sedar air matanya jatuh.

Selama ini dia banyak lukakan hati papanya. Antara dia dan adiknya, dia yang paling degil, keras kepala.. nak lagi kalau hatinya terluka. Semua orang nasihat dia takkan dengar. Dia ikut kepala dia aje. Tapi baiknya papa, dia selalu sabar melayani sikapnya. Barangkali kerana mama. Dia pernah mendengar arwah mamanya berpesan pada papanya sewaktu mamanya sakit tenat.

"Abang.. kalau saya dah tak ada, tolong janji dengan saya jaga anak-anak kita,"

Dalam tangis, papa memegang tangan mama erat dan dia pun bersuara sebak, "Ya abang janji sayang, akan jaga anak-anak kita dengan baik,"

"Walaupun saya dah tak ada kat dunia ni kan abang?"

Wajah papa mendung, pedih mendengar ungkapan pahit itu. Dia cuma mengangguk perlahan pada waktu itu. Tak terucap suara kerana kepedihan lebih hebat memukul jiwa seorang lelaki yang bakal kehilangan bidadari dunianya. Takdir Tuhan tak siapa dapat menghalang, papa kehilangan bidadarinya untuk selama-lamanya. Pernah papa kehilangan semangat dirinya, namun kembali bangkit dari rasa kesedihan itu demi anak-anaknya. Lelaki senja yang sedang mengunyah sandwich itu hebat orangnya. Tengku Arissya bangga memiliki seorang papa yang sangat bertanggungjawab. Tentu saja mama bangga dengan papa.

"Eh, kakak! Buat apa kat sini?" Sapa Tengku Elvia dari arah belakang. Lamunan Tengku Arissya terhenti, dia menyeka air matanya tanpa sempat Tengku Elvia ketahui.

"Hai, Elvia. Saja akak datang sini, nak melawat ofis papa,"

"Really? Ada berita baik ke nak sampaikan?"

"Hisyh tak adalah,"

"Elvia kenal akak tau, akak jarang datang ofis papa. So, kalau dah datang ni mesti ada benda yang akak nak bagitahu papa kan," teka Tengku Elvia. Kali ini Tengku Arissya tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience