Rate

BAB 240

Romance Series 197165

Satu tamparan hinggap di pipi Tengku Arissya. Dia yang nampak lemah hanya memandang Tengku Qistina dengan pandangan yang bersahaja. Sebenarnya dari semalam Tengku Qistina tidak memberi apa-apa makanan pada Tengku Arissya.

"Macam mana tinggal kat sini? Seronok?" Soal Tengku Qistina sinis.

"Boleh tahan, best juga tinggal di bilik penginapan yang gelap ni.." balas Tengku Arissya juga sinis. Dia tidak mahu mengalah rupanya walaupun dalam kelesuan.

"Tak guna!"

Tengku Qistina yang bengang dengan jawapan itu menyiram sebotol air mineral di atas kepala Tengku Arissya. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.

"Itulah balasan yang perlu kau tanggung kerana menentang aku!" Jerit Tengku Qistina.

"Siapa sebenarnya menentang kau? Aku tak pernah buat apa-apa perkara buruk pada kau. Kau aje yang selalu ganggu hidup aku. Kenapa eh?" Soal Tengku Arissya. Tudungnya sudah basah kuyup angkara terkena air mineral.

"Sebab kau rampas Harith dari aku! Kau perampas!"

"Siapa dulu yang tinggalkan dia? Bukan kau ke?"

"Aku tak pernah tinggal dialah!"

"Tipu!" Jerit Tengku Arissya lantang.

"Kau boleh tipu semua orang tapi kau tak boleh tipu aku, Qistina! Harith pernah ceritakan semuanya. Kau yang tinggalkan dia demi mengejar impian, kononnya nak jadi model. Tapi apa yang kau dapat bila ke luar negara? Kau tak dapat apa-apa pun," sambung Tengku Arissya geram.

"Tapi aku tetap dapat apa yang aku nak. Aku dapat wang yang banyak," balas Tengku Qistina yang gilakan harta.

"Kau dapat wang setelah maruah kau jadi galang gantinya," ucap Tengku Arissya lantang. Tengku Qistina terkedu. Dari mana Tengku Arissya mengetahuinya. Dia hairan.

"Kenapa Qistina? Kau terkejut ke? Eh, kau ingat aku tak tahu ke kau ke sana layan lelaki yang dahagakan belaian. Lepas tu kau balik sini, terhegeh-hegehkan Harith. Why? Sebab harta kan?"

"Ya.. sebab harta! Tapi dulu seriusly aku sayangkan Harith, aku fikir panjang sebelum nak ke luar negara.. tapi aku tak rasa Harith boleh berjaya, dulu dia banyak main-main masa kat universiti, tapi aku tak sangka bila aku tinggal dia.. dia semakin berjaya dalam hidup dia. Bahkan, Tengku Suria bagi dia jawatan yang tinggi dalam syarikat.. tapi sayangnya, aku dah tak dapat mengisi ruang yang kosong tu dalam hati dia. Semuanya sebab kau, Arissya! Kau tetap aku anggap sebagai perampas cinta aku!" Jerit Tengku Qistina dihujung ayatnya.

"Semuanya berpunca dari kau, Qistina! Kau yang tinggalkan dia, lepas tu kau letakkan kesalahan tu pada aku pula. Kau memang bodoh!" Marah Tengku Arissya. Namun begitu, kemarahan Tengku Qistina lagi membara. Dia menghampiri Tengku Arissya lalu menampar pipi itu kuat, kali ni kedua-duanya.

Sichai tergesa-gesa ke situ menghalang, dia menepis tangan Tengku Qistina, "Apa kena dengan kau ni!"

"Biar! Biar aku terus seksa dia!" Tengking Tengku Qistina.

"Kau jangan jadi bodohlah! Kita masih belum capai matlamat kita dalam kerjasama ni. Kau tak boleh apa-apakan dia..." Marah Sichai mengingatkan Tengku Qistina.

"Sampai bila?"

"Sampai aku dapatkan duit jutaan ringgit tu, baru kau boleh bunuh dia. Faham!" Marah Sichai. Tengku Qistina sakit hati. Dia berjalan keluar dari tempat gelap itu yang hanya diterangi cahaya dari luar, tanpa lampu.

"Leo, John kau dengar sini jaga perempuan ni baik-baik. Jangan sampai Qistina apa-apakan dia!" Pesan Sichai.

"Okay bos..".

"Leo tolong bagi perempuan ni makan, aku dah belikan dia makanan ni..." Arah Sichai.

"Kau nak ke mana bos?"

"Aku nak keluar ada urusan lain," balas Sichai yang sentiasa sibuk dengan kegiatan jahatnya. Leo hanya mengangguk faham. John hanya diam, namun arahan itu diterima baik.

Sichai keluar, Leo pula sudah menghampiri Tengku Arissya.

"Nah, ambil makan!" Ucap Leo.

"Macam mana aku nak makan kalau tangan aku tergantung macam ni?" Soal Tengku Arissya.

"Baik, aku lepaskan... Tapi kau jangan macam-macam, kalau tak nahas kau," balas Leo. Tengku Arissya hanya mengangguk faham.

Tangannya sudah merah menyala akibat diikat dengan tali tebal, namun apakan daya. Dia sudah tidak berdaya. Ditepi bibirnya juga terasa seakan sudah ada darah merah halus mengalir. Ini semua angkara Tengku Qistina yang menamparnya kuat.

Tengku Harith Zaqwan resah. Dadanya terasa sakit. Entah mengapa dia merasakan sesuatu, seakan ada yang menyakiti Tengku Arissya.

"Kenapa tuan?" Soal Adrian Smith apabila kelihatan Tengku Harith Zaqwan menyentuh dadanya.

"Aku rasa sesak. Tiba-tiba aku teringatkan Arissya,"

Sharleez memandang ke arah Adrian Smith, mereka faham dalam keadaan sekarang Tengku Harith Zaqwan seakan kehilangan fokusnya kerana terlalu risaukan keadaan Tengku Arissya.

"Mungkin tuan terlalu risaukan Tengku Arissya. Tuan kena tenang menghadapi semua ni. Kalau tak kita akan tewas..." Pujuk Sharleez.

"Betul kata kau, mungkin rasa tak sedap hati ni perasaan aku aje kut. Aku harap mereka tak apa-apakan Arissya," balas Tengku Harith Zaqwan cuba bertenang.

"Kalau macam tu kita fokus pada perbincangan dan perancangan tadi.." ucap Adrian Smith.

Mereka kembali berbincang mengatur semuanya. Tinggal saja Sharkief, akan fokus pada tugas lain. Tugasnya untuk menyelamatkan Dafiya dan Puan Ros daripada cengkaman Faqrul yang semakin gila mendera Dafiya dan menyeksa Puan Ros. Semuanya angkara mabuk. Biasanya dia akan keluar selepas maghrib dan balik waktu jam tiga empat pagi berfoya-foya dengan perempuan jalang diluar sana.

"Apahal dengan akak ni, bad mood aje.." ucap Tengku Delisha. Sudah agak lama juga dia menghilang. Dia sebenarnya masih belum tahu apa-apa mengenai Tengku Arissya.

"Aku tengah bengang ni.."

"Bengang dengan siapa?"

"Dengan semua orang, aku sakit hati betul dengan Tengku Harith tu. Pengkhianat!"

"What? Pengkhianat. Apasal akak cakap macam tu?" Soal Tengku Delisha.

Tengku Qistina menceritakan semuanya. Bukan main terkejut Tengku Delisha mendengarnya. Makin bertambah rasa amarahnya juga, "Gila! Betul-betul gila. Semuanya pengkhianat. Tapi akak pun satu, yang percayakan jantan tu dah kenapa?"

"Manalah aku tahu, tapi hebat juga kan dia berlakon depan aku. But not now, sebab Tengku Arissya dah dalam genggaman kita..."

"Hah? Maksud akak?"

"Arissya aku dah culik. Aku bawa dia ke suatu tempat. Sengaja aku buat macam tu, supaya Harith terseksa..." Balas Tengku Qistina sambil tersengih sinis. Terdiam seketika Tengku Delisha.

"Eh, kenapa diam aje ni? Tak happy ke dengar berita macam ni?" Sambung Tengku Qistina menyoal adiknya.

"I'm so happy, ni Delisha tengah fikir.. macam manalah kita nak seksa diaorang berdua tu..."

"Aku dah seksa pun dia tadi," balas Tengku Qistina. Tengku Delisha nampak terkedu besar mendengarnya.

"Seksa macam mana?"

"Aku tampar Arissya. Biar dia tahu betapa bencinya aku pada dia.."

"Lagi akak buat dia macam mana?" Soal Tengku Delisha.

"Aku siram dia dengan air mineral bagi dia basah, eh.. memang best sangat dapat tengok dia terseksa macam tu..."

"Lepas ni apa perancangan akak pula?" Soal Tengku Delisha.

"Aku nak dia lebih terseksa lagi, tapi tulah aku tak dapat buat apa-apa lagi. Sichai melarang. Aku kena minta duit dulu dari Harith tu, bagi dia wang tebusan lima puluh peratus, lepas tu aku dah boleh buat apa saja dengan Arissya.. termasuk bunuh dia," balas Tengku Qistina yang begitu membenci Tengku Arissya.

"Akak nak bunuh Tengku Arissya?"

"Dia patut mati!"

"Tapi.."

"Tapi apa?"

"Kalau Tengku Arissya mati, akak confirmlah akan ke tali gantung. Lebih baik jangan..." Tengku Delisha melarang.

"Habis tu kau nak aku berputih mata tengok dia bahagia dengan si Harith tu?"

"Sebab tu Arissya harus mati. Aku tak nak mereka bersatu.."

"Tapi macam mana akak nak lalui kebencian Harith pada akak nanti?" Soal Tengku Delisha.

"Ah, aku tak peduli! Aku tetap akan bunuh Arissya dengan tangan aku sendiri. Depan mata aku sendiri aku nak tengok dia mati.." Nekad hati seorang perempuan iblis.

"Okay kalau itu yang akak pilih, Delisha okay aje.."

"Delisha nak ke tempat tu boleh? Nak tengok perempuan tak guna tu.." sambungnya.

"Boleh, malam ni kita ke sana. Lagipun aku memang umpan Harith untuk datang ke tempat tu sorang diri..."

"Akak yakin ke Harith datang sorang malam ni?"

"Cuba kalau dia berani, nyawa Arissya akan menjadi taruhannya.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience