Rate

BAB 260

Romance Series 197165

"Hei, pasangan bulan madu kita dah baliklah papa.." usik Tengku Elvia apabila melihat kelibat Adrian Smith dan Sharleez yang sudah menapak masuk ke halaman rumah besar itu.

"How are you?" Soal Tengku Elvia pada Sharleez.

"I'm fine.. you?"

"Alhamdulillah," jawab Tengku Elvia.

"Macam mana Adrian bulan madu, okay ke tempat tu?" Soal Datuk Mustaqim. Adrian Smith senyum.

"Alhamdulillah okay semuanya. Tempat tu memang cantik. Thanks uncle belanja sebuah percutian bulan madu yang sangat menarik.." ucap Adrian Smith. Sebenarnya percutian mereka ke sana Datuk Mustaqim yang menajanya.

Tiba-tiba kedengaran enjin kereta milik Sharkief pula memasuki perkarangan rumah banglo mewah itu.

"Tu dah sampai pun Kief," ucap Datuk Mustaqim. Semua mata terarah padanya. Dia yang baru turun dari keretanya, mula menapak perlahan di situ bersama senyuman manis.

"Lain macam senyum kau, dik.." ucap Sharleez.

"Biasalah kak orang tengah dilamun cinta. Senyum pun manis macam madu. Tak sabar katakan nak jumpa dengan bakal isteri tercinta..." jawab Sharkief membuatkan semua yang ada di situ tergelak. Dia memang suka berjenaka.

"Eh, takkan nak sembang kat sini aje. Jomlah masuk ke ruang tamu.." pelawa Datuk Mustaqim. Kali ini jamuan makan malam tidak diadakan di bahagian luar taman.

Mereka semua menapak ke ruang tamu mewah itu, duduk di sofa. Kelihatan Tengku Emir Danish sedang mengawasi anaknya. Namun di sapa Sharleez, dia yang menjaga anak Tengku Elvia. Manakala Adrian Smith berbual dengan Tengku Emir Danish. Sharkief pula kelihatan berbual dengan Datuk Mustaqim. Rumah yang selama ini sepi bertukar riuh.

Tengku Elvia pula sudah kembali ke dapur menyediakan hidangan yang masih belum siap.

Kelihatan Puan Ros dan Dafiya sedang menguruskannya dari tadi lagi dibahagian dapur.

"Semua makanan yang ditempah dah ada ke umi?" Soal Tengku Elvia.

"Ada satu lagi tak sampai, roti jala. Makanan lain dah cukup," balas Puan Ros.

"Okay tak apa kejap Elvia call akak tu," balas Tengku Elvia. Dia segera menelefon akak itu, bertanyakan mengenai roti jala yang ditempahnya.

"Okay akak, saya tunggu..." Ucap Tengku Elvia di akhir perbualannya.

"Macam mana Kak Elvia?" Soal Dafiya.

"Dia dah otw hantar, kejap lagi sampailah tu.."

Dafiya hanya mengangguk perlahan.

"Semua dah sampai ke kat luar akak?"

"Dah, kecuali Kak Arissya. Belum sampai lagi ni.."

"Mungkin Kak Arissya datang malam kut, lagipun uncle ada cakap yang Kak Arissya nak balik ambil pakaian dia dulu sebelum datang sini.."

"Agaknya yelah tu.."

"Tak apalah, nanti Arissya datanglah tu.." sampuk Puan Ros. Tengku Elvia mengangguk perlahan.

Tengku Arissya sudah menghala ke rumah papanya, tapi sayangnya jalan pula jammed. Dia akhirnya singgah di masjid dulu untuk menunaikan solat maghrib.

Selesai solat maghrib, Tengku Arissya meneruskan perjalanannya ke rumah papanya.

Semua sudah berkumpul di ruang tamu, namun kelibat Tengku Arissya masih tidak kelihatan. Datuk Mustaqim resah.

"Mana Kak Arissya pa?"

"Tak tahulah papa pun," jawab Datuk Mustaqim.

"Kejaplah, Elvia call aje..."

Belum sempat Tengku Elvia call, Tengku Arissya memberi salam. Semua mata memandang ke arahnya.

"Assalamualaikum..."

"Akhirnya datang juga.." Ucap Tengku Elvia yang sudah menapak menyambut kakaknya.

Datuk Mustaqim juga yang ada disitu mempelawa anaknya masuk, "Jomlah masuk, yang lain dah tunggu tu..."

"Err.. kejap papa.. kita ada tetamu sorang lagi.."

Datuk Mustaqim kembali menoleh ke belakang. Muncul di sebalik pintu itu satu susuk tubuh Airel Azumi.

"Assalamulaikum Uncle," ucap Airel Azumi. Semua yang ada di situ terkedu.

"Dear tu siapa?" Soal Adrian Smith berbisik pada isterinya.

"Oh my God!"

"Why dear?" Soal Adrian Smith perlahan..

"Airel Azumi.."

"Hah? You kenal dia sayang?"

"Wait, I akan cerita kat you kemudian.." balas Sharleez. Adrian Smith hairan. Siapa lelaki itu? Anehnya. Isteri dia kenal. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

Airel Azumi sudah menapak masuk atas kebenaran Datuk Mustaqim. Sebenarnya semasa Tengku Arissya mahu ke rumah papanya, lelaki itu menelefonnya mengajak untuk makan malam. Namun pelawaan itu ditolak baik, Tengku Arissya menyatakan yang dia ada jamuan makan malam di rumah keluarganya. Airel Azumi dengan tidak segan silunya mahu mengikut Tengku Arissya. Jadi mereka akhirnya datang ke rumah Datuk Mustaqim berdua.

"Kenalkan, kita ada tetamu. Ni Airel Azumi, anak Datuk Iqbal..." Ucap Datuk Mustaqim memperkenalkan tetamu yang tidak diundangnya itu. Dia fikir hanya anaknya yang datang, tapi sudah membawa orang lain ke situ.

Airel Azumi hanya tersenyum.

"So, now jomlah kita mulakan majlis makan malam.." ucap Tengku Elvia. Semua yang ada di situ menapak ke ruang tempat ruangan makan yang sudah disediakan.

Sebelum makan, Datuk Mustaqim membaca doa selamat. Suasana malam itu agak meriah, namun ada yang kurang menyenangi dengan kedatangan Airel Azumi. Siapa lagi kalau bukan Sharleez.

Kelihatan dalam jamuan itu Tengku Arissya dan Airel Azumi begitu mesra. Semua keluarga Tengku Arissya perasan mengenai perkara itu.

Tengku Elvia juga tidak berpuas hati dengan kakaknya. Mana tidaknya, bawa datang seseorang yang tidak ada kaitan dengan keluarganya. Sepatutnya cukup kakaknya saja yang datang, bukan bawa sekali Airel Azumi. Dia dapat lihat riak wajah papanya tadi berubah apabila kakaknya bawa lelaki itu bersamanya.

Selesai makan-makan, Airel Azumi meminta diri untuk pulang. Tengku Arissya yang menghantarnya diluar... Yang lain masih sibuk makan dan berbual-bual.

"Dah balik ke?" Soal Tengku Elvia yang menapak ke ruang taman di halaman rumah itu apabila kelihatan kakaknya keseorangan ke situ.

"Airel Azumi.."

"Owh dia dah balik.."

"Akak ni memang tak tahu nak jaga hati papa ke?"

Tengku Arissya hairan, kenapa adiknya tiba-tiba marah.

"Apa yang Elvia cakap ni?"

"Akak tahu tak papa buat majlis makan-makan ni bukan saja-saja, dia nak raikan akak. Yelah akak kan bukannya selalu datang sini, so papa nak luangkan masa dengan akak tapi tadi nampaknya akak lebih suka melayan si Airel tu berbanding papa.."

"Akak kan ada sini, esok pun boleh aje cakap dengan papa. Lagipun tadi papa tengah sembang dengan Adrian..."

"Memanglah sebab akak tu berkepit aje dengan anak Datuk Iqbal tu.."

"Mana adalah, akak layan dia biasa aje.."

"Biasa? Elvia tak nampak pun biasa. Akak memang ada hubungan istimewa ke dengan Airel tu?"

Tengku Arissya sakit hati, dia rasa nak marah dengan adiknya. Tanya dia yang bukan-bukan, sudahlah dia penat. Ditambah dengan perangai adik dia pula yang tiba-tiba angin satu badan.

"Kenapa dengan Elvia ni? Tanya akak macam-macam..."

"Elvia cuma nak tahu aje.."

"Itu urusan peribadi akak..."

"Sejak bila akak jadi macam ni, biasanya akak akan kongsi dengan Elvia..."

"Tak semua benda kita boleh kongsi, ni melibatkan soal hati dan perasaan. So, biarkan akak dengan cara akak sendiri.." tegas Tengku Arissya.

"Habis tu apa gunanya Elvia ni sebagai adik akak?"

"Elvia please, jangan mulakan. Akak penatlah. Akak nak masuk naik bilik rehat..."

"Akak! Elvia tak habis cakap lagilah..."

"Sorry!" Jerit Tengku Arissya yang sudah menapak masuk. Rimas dia dengan pertanyaan adiknya. Tengku Elvia mendengus kasar.

"Hai, Arissya. Nak ke mana tu?" Soal Sharleez terserempak dengan gadis itu, namun begitu pertanyaan itu dibiar sepi.

"Kenapa dengan Arissya tu? Korang gaduh ke?"

Tengku Elvia melepaskan keluhan berat sebelum dia duduk di bangku berdekatannya, Sharleez juga ikut serta.

"Tak adalah gaduh, Elvia cuma geram dengan akak tu..."

"Geram kenapa?"

"Elvia tak suka akak bawa Airel tu sekali tadi, lagipun ni kan yang majlis family..."

"Lagi menyampah, akak dua puluh empat jam dengan lelaki tu. Lelaki tu pula macam slamber badak je, macam tak ada adab.. dia ikut aje akak ke mana-mana..." Sambungnya geram. Dia mula tidak menyenangi sikap Airel Azumi.

"Dia memang macam tu, macam tu bila dah sukakan seseorang..."

"Hah? Apa maksud you ni, Leez? You kenal dia ke?"

Sharleez bingkas bangun, dia menapak ke hadapan dan berpeluk tubuh.

"I tak adalah kenal dia Elvia tapi pernah tahu sejarah dia dengan tuan I.."

"Maksud you, Abang Harith?"

"Yup, lebih kurang macam tulah.."

"Ceritalah, Elvia nak tahu.."

Semasa Tengku Elvia dan Sharleez berbual, yang lain masih menikmati makanan di dalam rumah sambil berbual-bual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience