Rate

BAB 234

Romance Series 197165

"Mana you pergi Harith? Dah dekat seminggu I cari you!" Marah Tengku Qistina.

"Sorry dear, I busy..."

"You tipu I kan? I pergi ofis you, staf you bagitahu I yang dia pun tak tahu you pergi mana..." Balas Tengku Qistina begitu beremosi.

"Qistina I kerja, you pun tahu kan I ni business man. Takkanlah I nak bagitahu semua benda kat setiausaha I yang I pergi mana. Adalah kerjanya yang I buat.."

"Kerja apa? I tak puas hatilah dengan you. I rasa you ni ada something sorokkan daripada I, betul tak?"

Tengku Harith Zaqwan berusaha menahan rasa sabarnya, dia benar-benar menyampah dengan perempuan seperti Tengku Qistina.

"Sorokkan apa?"

"Perempuan. You ada perempuan lain ke?"

Tengku Harith Zaqwan diam membisu...

"Why you diam Harith? Betul kan you ada perempuan lain?" Desak Tengku Qistina.

"Yes!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Ternganga mulut Tengku Qistina, terkedu.

"Yes I ada perempuan, youlah perempuan tu sayang. I kan dah janji nak kahwin dengan you, so apa masalahnya? I tak sukalah you meragui kesetiaan I. Kalau you rasa I ni curang dengan you, I don't care kalau kita....."

"Stop it!" Ucap Tengku Qistina menghalang Tengku Harith Zaqwan meneruskan kata-katanya.

"Okay Harith, I'm so sorry. I terlalu ikutkan kata hati I. I terlalu fikirkan pasal perempuan tak guna tu. I memang tak boleh dengan Arissya tu, I benci dia. I benci!"

"You tahu kan I pun tak suka dia, you sebut nama dia depan I kenapa?" Tengku Harith Zaqwan buat-buat marah, dia sengaja mencipta sandiwara.

"Sorry, okay stop. Jom sayang kita lunch.." ucap Tengku Qistina yang sudah menarik lengan sasa milik Tengku Harith Zaqwan sesuka hatinya.

Mereka menikmati makan tengah hari berdua. Kelmarin, iaitu dua tiga hari lepas Tengku Harith Zaqwan sudah tamat latihan taekwondonya. Dia sudah pandai berlawan, mempertahankan diri walaupun tidak sehandal mana. Namun setidaknya dia tahu juga untuk melindungi orang yang dia sayang.

"Sayang malam esok you free tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Why?"

"Jom kita ke kelab malam, enjoy. Nak tak? I bosanlah sayang asyik kat rumah aje. I penat kerja sebelum ni. So, I rasa I nak luangkan masa berdua dengan you..."

Tengku Qistina tersenyum, dia nampak ceria, "Of courselah boleh. Kalau macam tu you ambil I malam esok okay.."

"Okay no problem.. apa saja untuk you sayang..." Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Eh, wait! You tinggal sorang ke kat rumah?" Sambungnya.

"Err.. hmm tak juga, kadang tu Tengku Delisha, adik I datang tidur kat rumah tu.."

"Owh.. esok malam dia ada kat rumah tak?"

"Kenapa you tanya I macam tu?" Soal Tengku Qistina hairan. Jarang Tengku Harith Zaqwan bertanyakan macam tu.

"Malam esok I nak berdua dengan you je dalam rumah tu, boleh tak? I really miss you, dear. You tahu kan, I always busy sebelum ni. So, esok I hanya ingin berdua dengan you lepas kita enjoy kat club.."

"Err.. ta...tapi..."

"Syhhh... you jangan menolak tau I punya keinginan ni. I bukan selalu macam ni, Qistina..."

Tengku Qistina semakin hairan dengan sikap lelaki dihadapannya, pandangannya juga seakan ingin menggodanya.

"Sorry Harith, kenapa hari ni you nampak semacam aje. You okay ke ni?"

Tengku Harith Zaqwan tergelak kali ini, "Why? You nampak I macam mana sayang?"

Tengku Qistina tak terkata, dia tak tahu ingin menjelaskan bagaimana. Tapi Tengku Harith Zaqwan nampak begitu menyeramkan.

"I lelaki sayang, kadang I penat kerja.q So, I nak enjoylah nikmati hidup ni bersama you. You kan partner I.."

"But..."

"Don't worry, kalau you tak suka berdua dengan I kat rumah you malam esok it's okay, I faham Qistina..."

"Noo.. noo Harith, I suka. I akan sambut kedatangan you esok. I akan jadikan malam esok malam yang terindah untuk kita. I promise..." Ucap Tengku Qistina penuh makna, dia masih percaya pada Tengku Harith Zaqwan. Dia memang mahukan lelaki itu...

Tengku Harith Zaqwan sebenarnya gusar, dibuatnya malam esok dia kena tangkap basah. Habislah dia... Tapi dia yakin Tengku Qistina tidak akan memerangkapnya. Sebaliknya esok dialah yang akan memerangkap Tengku Qistina. Esok dia akan berusaha mendapatkan telefon bimbitnya kembali, dengan apa cara sekalipun. Dia akan pastikan malam esok adalah malam kejayaan untuknya.

Sharleez menelefon Adrian Smith pada malam itu, namun panggilannya tidak berjawab. Mungkin lelaki itu berkecil hati dengannya.

"Hisyh mana ni!" Ucap Sharleez geram. Dia berusaha beberapa kali... namun tetap gagal.

"Why Leez? Call siapa tu?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang kebetulan ada dihalaman rumah itu, berdekatan kolam renang.

"Tuan.. buat apa kat sini?"

"Kau tu buat apa kat sini lagi, dah malam ni. Sejuk kat luar ni, pergi masuk!"

"Err.. hmm yelah.."

"Leez.. kejap. Aku nak cakap dengan kau..."

"Apa dia tuan?"

"Kenapa kau dingin dengan Adrian? Dia tak layak dilayan acuh tak acuh macam tu. Dia pun ada hati dan perasaan. Kau tak cintakan dia ke?"

"Tuan tak faham!"

"Tak faham? Aku dah cukup fahamlah. Aku dah lalui macam-macam dalam hidup ni.."

"Aku cuma tak ingin Adrian leka menjalani tanggungjawabnya kalau kami bercinta, lagipun misi kita belum selesai tuan..."

"Itu bukan masalahnya!"

"Kau nak hilang dia ke? Kau tahukan misi dia pun bahaya. So, kenapa tak nak luahkan isi hati kau tu pada dia?"

Sharleez menarik nafas panjang, "Aku tahu tuan selama ni aku selfish, so now aku akan luahkan rasa cinta aku pada dia. Aku tak nak menyesal dikemudian hari. Aku tahu dia mencintai aku dengan tulus...."

"Dah call nak jumpa dia?" Soal Tengku Harith Zaqwan senang hati mendengarnya.

"Dia tak jawab call,"

"Adrian agak sibuk handle tugas baru malam esok, so... mungkin sebab tu dia tak jawab call kau tu. But don't worry, dia mesti akan jawab panggilan daripada kau tu..."

"Owh it's okay tuan, tak apalah. Aku masuk tidur dulu. Good night, tuan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience