Rate

BAB 262

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan sibuk menyiapkan kerjanya, sejak dua menjak ini kerjanya berlambak. Sebenarnya dia juga memang sengaja sibukkan diri dengan kerjanya, berusaha semampu mungkin untuk melupakan Tengku Arissya.

Sharleez ada menanyakan khabarnya dua hari lepas, banyak juga yang dibualkan. Termasuklah tentang Tengku Arissya. Dia ada memaklumkan mengenai Airel Azumi, Sharleez juga ada menasihatinya supaya segera pulang ke Malaysia. Merebut hati Tengku Arissya semula, namun dia tetap sama menolak. Dia terpaksa menolak demi sebuah janji. Sekiranya dia pulang ke Malaysia, dia akan memungkiri janjinya suatu ketika dahulu pada Tengku Arissya.

Tapi dalam masa yang sama dia merasa sangat cemburu apabila Sharleez menyatakan yang Airel Azumi cuba mendekati Tengku Arissya. Sakit betul hatinya.

"Harith, hey! Jauh termenung.." Sapa Albert.

"Hey, kau. Kenapa tak lunch lagi?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Aku sepatutnya tanya kau soalan tu, kau kenapa masih kat sini? Dah jam berapa tak lunch lagi.." balas Albert.

"Aku busy kerja, berlambak lagi ni belum siapkan. Kau janganlah risau. Kejap lagi aku lunch.."

"Kau ada masalah ke? Ceritalah dengan aku..."

"Aku okay aje," balas Tengku Harith Zaqwan berat untuk bercerita. Biarlah rasa rindu di dadanya hanya dia yang tanggung. Biarlah segala rahsia hatinya, hanya dia yang tahu...

"Kalau macam tu tak apalah aku lunch dulu.." jawab Albert segera menapak dari bilik ofis bosnya.
Tengku Harith Zaqwan kembali menyiapkan kerjanya.

"You tak perlu risaulah, I ni dah dewasa.."

"Yup, I know that. But izinkan I tolong you okay?" Ucap Airel Azumi beria nak tolong Tengku Arissya. Nasib malang menimpa gadis itu, keretanya tiba-tiba tak boleh start enjinnya apabila dia mahu pulang ke rumahnya pada petang itu. Entah apalah puncanya, mungkin dia terlepas pandang dah lama tak services atau faktor lain.

"Tapi rumah I jauh juga dari ofis ni," balas Tengku Arissya.

"You jangan fikir pasal tu. I ikhlas tolong you.. so, jom I hantarkan you balik.."

"Kereta I ni macam mana?"

"Don't worry I akan contact mekanik yang I kenal, suruh dia ambil kereta you kat sini.."

"Anak kunci kereta I ni?"

"Tak apa dia angkut aje kereta you, jom I hantar you balik.."

"Alright," balas Tengku Arissya bersetuju.

Sepanjang perjalanan pulang, Airel Azumi mencipta alasan yang dia lapar. Sengaja dia mahu meluangkan masa dengan gadis itu.

"Kenapa dengan you ni?"

"I laparlah Arissya, boleh tak temankan I makan dulu petang ni.."

"Okay I teman you.."

Airel Azumi gembira, akhirnya dia dapat meluangkan banyak masa dengan gadis itu. Dia berhenti di salah sebuah restoran mewah. Tempat yang pernah dia kunjungi juga sebelum ini.

"You nak makan apa?"

"Chicken chop and jus tembikai," balas Tengku Arissya.

Airel Azumi memaklumkan pesanan itu pada pelayan restoran, pelayan restoran itu mengangguk faham dan segera berlalu pergi dari situ.

"You selalu makan kat sini ke?"

"Yup, you suka?"

"Suasana yang sangat mendamaikan, siap ada air terjun buatan kat sini, ada ikan koi. Not bad. Interesting.." balas Tengku Arissya memberi pendapat.

"Okay, tak apa lepas ni kita datang lagi sini.."

Tengku Arissya hanya terdiam seribu bahasa. Dia mengalihkan topik perbualan, "Kereta I tu macam mana, kalau dah siap you bagitahu I ya.."

"You jangan risau, kereta you tu diaorang akan siapkan segera.."

"Hmm okay.."

Beberapa minit kemudian, pelayan restoran itu datang bersama dulang berisi makanan dan minuman, mereka menikmati makanan itu dengan penuh berselera.

"You tahu tak Arissya, I jarang berselera macam ni. Sebab ada you aje ni.."

Tengku Arissya tergelak kecil mendengarnya, "Really? So, I ni macam penambah selera youlah ya?"

Airel Azumi mengangguk faham sambil menikmati makanannya.

Beberapa minit kemudian. Airel Azumi memanggil pelayan restoran, dia memesan makanan lain untuk dia dan Tengku Arissya tapi ditapau.

"Rel, you kenapa order makanan untuk I?"

"Relax, makanan tu tak berat. I just order fried dan nugget untuk you. Buat alas perut malam ni.." balas Airel Azumi. Kali ini Tengku Arissya tersenyum. Boleh tahan juga penyayang si Airel Azumi ni, siap order makanan untuk dia dinner malam ni.

"Thanks Rel," balas Tengku Arissya kembali mengunyah makanannya.

"Rel, I nak ke toilet kejap ya.." ucap Tengku Arissya selepas selesai makan petang.

"Okay, Arissya.."

Airel Azumi bingkas bangun, dia ke kaunter pembayaran. Semua makanan itu sudah dibayarnya.

"Rel, berapa semua makanan ni?" Soal Tengku Arissya yang sudah mencapai dompet dalam handbagnya.

"Arissya jom, I dah bayar semua. I belanja you..."

Tengku Arissya memandang wajah lelaki dihadapannya, dia tidak berpuas hati.

"Why Arissya?"

"You ni kan, I dahlah susahkan you hantar I. Sekarang ni you belanja I makan pula. I baru niat nak belanja you makan.."

"It's okay Arissya. You temankan I makan tu pun buat I happy. Jomlah.."

"Thanks again.."

Hampir nak dekat sejam juga, akhirnya sampailah Airel Azumi dirumah Tengku Arissya.

"So, nilah rumah you?" Soal Airel Azumi. Akhirnya dia mengenali di mana letaknya rumah Tengku Arissya. Dapatlah dia ke sini kalau ada apa-apa.

"Yup, papa bagi I tinggal sini..."

"Cantik rumah you Arissya. Kemas aje tengok halaman taman rumah you," balas Airel Azumi.

"Thanks I memang suka landskap. Semua tu I yang hias," balas Tengku Arissya.

"Wow.. great!"

"Thanks. Hmm I keluar dululah ya. Jumpa esok Rel.."

"Esok pagi I datang ambil you.."

"Eh, tak perlu I guna grab pun boleh aje.."

"Tak apa Arissya, I jemput you. Grab susah nak dapat time pagi. So, you tunggu aje okay. Apa-apa hal you whatsapp aje.." balas Airel Azumi.

"Hmmm okay.." balas Tengku Arissya sudah menapak keluar dari kereta itu.

Semasa Tengku Arissya memasuki halaman rumahnya, kelihatan bibiknya sedang berkebun.

"Buat apa tu bibik?"

Bibiknya bingkas bangun, "Sedang lagi berkebun Cik Arissya, lagian pokoknya nggak berkembang ni, jadi bik guna satu pasu lagi kasi ia biakkan gitu lorh..."

Kadang Bahasa Indonesia si bibiknya keluar juga, tapi Tengku Arissya masih boleh faham percakapan orang gajinya.

"Boleh saya tolong?"

"Bisa aja Cik Arissya, tapi nggak capet ya? Soalnya cik baru pulang kerjaan gitu.."

"Tak apa, lagipun saya tak ada nak buat apa. Masih awal lagi ni.."

"Kalau gitu boleh aja, sama-sama kita berkebun. Owh ya, bibik nanya bisa nggak?"

"Tanya apa?" Soal Tengku Arissya yang sudah memasukkan tanah ke dalam pasu baru perlahan.

"Siapa mas ganteng tadi ya?"

"Soalnya bibik nggak lihat Cik Arissya pulangnya dengan kereta, di mana keretanya?" Sambungnya bertanya.

"Owh lelaki tadi kawan sekerja saya. Kereta saya rosak. Tinggal kat bengkel, tu yang kawan hantar balik rumah ni.."

"Owh gitu ya? Tapi cik, serius kok mas itu ganteng banget. Bibik jadi suka sama dia.."

"Bibik mahu dia? Saya boleh tolong kenalkan," balas Tengku Arissya yang sudah tergelak kecil. Pembantu rumahnya memang begitu, agak banyak bicaranya tapi ia senang kerana suasana rumah jadi bising. Tak adalah dia merasa sunyi.

"Nggak apa-apalah. Bibik ini tidak pantas untuk mas ganteng, dia pasti udah punya pacar.."

"Menurut bibik siapa pacarnya?"

"Cik Arissyalah pacarnya, masa sih orang lain. Bibik lihat kok, cara dia pandang tadinya seperti suka sama cik..."

Kali ini Tengku Arissya tergelak mendengarnya. Sakit perutnya, apalagi melihat reaksi muka bibiknya yang bersungguh ketika sedang bercakap.

"Saya tak suka dia, bik.."

"Hisyh masa sih, cik. Mas ganteng gitu nggak suka. Rugi kalau dibiar mas ganteng jadi milik orang," balas bibik. Tengku Arissya tergelak lagi.

"Ginih bik, apa kata kalau bibik aja bercinta sama mas ganteng tadi. Saya nggak mahu.." balas Tengku Arissya bercakap dalam Bahasa Indonesia.

"Bisa aja kalau gitu, nanti kenalin bibik sama mas ganteng ya. Bibik mahu pacaran sama dia, asyik banget punya mas ganteng kok..."

Tengku Arissya sudah ketawa mengekek, dia sudah tidak betah lama berada di situ. Dia sakit perut asyik tergelak dengan gelagat pembantu rumahnya.

"Kok kenapa cik ketawa ya? Apa yang lucunya?" Soal bibik hairan apabila majikannya ketawa.

"Yang lucunya kamu, bik! Bikin saya ketawa aja hari ini. Ya udahlah, saya mahu masuk ke dalam dulu ya. Mahu mandi..."

Bibik itu hanya tersengih, "Okay bisa aja.."

"Malam ni tak payah masak, kita makan fried dan nugget ya. Mas ganteng kasi sama kita," balas Tengku Arissya yang kembali tersengih.

"Bisa aja, pasti enak banget tuh makanannya.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience