Rate

BAB 146

Romance Series 197233

Tengku Arissya dapat cuti yang agak panjang atas arahan Datuk Mustaqim. Dia mahu Tengku Arissya menguruskan persiapan perkahwinan Tengku Elvia. Tak lama lagi Tengku Elvia bakal menamatkan zaman singlenya. Cepat sungguh! Semuanya diuruskan oleh Datin Falida juga. Datin Falida siap upah lima orang pembantu untuk menguruskan majlis perkahwinan Tengku Elvia.

Waktu pagi pembantu perempuan yang diarahkannya akan ke rumah bakal menantunya dan petangnya mereka akan pulang. Esoknya datang lagi untuk uruskan persiapan majlis perkahwinan itu sehingga semuanya selesai. Untung Tengku Elvia dapat mak mentua yang penyayang.

"Eh, tak breakfast dulu ke tu?" Soal Tengku Arissya menyapa adiknya.

"Tak kak, Elvia breakfast dengan Emir.."

"Papa mana?"

"Papa ada tu kat atas tengah bersiap nak pergi ofis. Kejap lagi turunlah tu," balas Tengku Elvia.

"Elvia pergi dulu ya. Jangan lupa tau ambil baju pengantin Elvia kat butik," sambungnya.

"Okay,"

Sejurus Tengku Elvia keluar Datuk Mustaqim kelihatan menapak turun ke tingkat bawah.

"Paa.. jom breakfast,"

"Banyaknya makanan,"

"Ha'ah Arissya buat breakfast banyak, untuk pembantu sekali yang datang sini siapkan majlis perkahwinan Elvia tu,"

Datuk Mustaqim senyum, "Owh ya, papa lupa pula ramai yang datang membantu.."

"Untungkan Elvia tu pa, dapat mak mentua yang baik hati. Semua benda dia buat untuk Elvia, dah macam anak sendiri," balas Tengku Arissya.

"Arissya pun untung tau, sebab dulu pun Tengku Suria layan anak papa ni macam anak dia sendiri,"

"Ha'ah.. mak mentua Arissya tu dia baik sangat. Tapi kan paa, lamanya dia pergi outstation kat luar negara tu. Sibuk betul dia,"

"Kenapa? Arissya rindu nak jumpa Tengku Suria ke?" Soal Datuk Mustaqim sebak.

Tengku Elvia tak tahu. Tengku Arissya jauh sekali tahu. Hanya Datuk Mustaqim yang tahu Tengku Suria, mama Tengku Harith Zaqwan sudah lama meninggal dunia.

"Rindu sangat tapi Arissya rasa Mama Suria mesti dah jauh hati dengan Arissya, lagipun Arissya berdegil dulu nak bercerai dengan Harith. Mama Suria nampak kecewa sangat pa, tapi Arissya terpaksa tinggalkan semuanya.."

"Tapi Arissya tentu dah tahu kan perkara sebenar?"

"Dah tahu, Elvia yang ceritakan semuanya,"

"So, macam mana?"

"Arissya tak tahulah nak cakap apa, lagipun Arissya tengok depan mata mereka berdua buat maksiat. Takkanlah semuanya dirancang oleh Qistina,"

Datuk Mustaqim masih menikmati breakfastnya. Sama juga dengan Tengku Arissya sambil berbual-bual.

"Kadang-kala kebenaran juga mengandungi kesilapan. Apa yang kita lihat, belum tentu benda tu betul. Mana tahu ada udang disebalik batu, ada yang iri hati perkahwinan Arissya dengan Harith. Jadi, dia cuba untuk menghancurkan.."

Tengku Arissya diam saja. Dia lebih suka mendengar papanya bercakap.

"Arissya.. Tengku Qistina tu pernah menjadi kekasih Tengku Harith, jadi tak mustahil kalau dia merancang untuk musnahkan rumahtangga Arissya demi mendapatkan balik Tengku Harith. Cuba fikir, untuk apa dia kembali ke Malaysia? Takkan saja-saja dia balik sini.."

"Ada betulnya apa yang papa cakapkan tu, tapi..."

"Tapi Arissya masih meragui cinta Tengku Harith kan?"

"Hmm.. entahlah paa, susahlah nak cakap.."

"Arissya dengar sini papa nak pesan. Hati lelaki ni kalau dia sayang, dia akan sayang betul-betul, datanglah ramai manapun perempuan lain menggoda, yang tu juga yang dia nak. Tapi kalau dia dah kecewa, dia takkan pandang lagi dah perempuan yang pernah dia cinta. Jangan kecewakan hati seorang lelaki yang setia, Arissya. Sebab setia tu mahal, ia hanya milik lelaki yang ingin membahagiakan masa depannya.." Panjang lebar Datuk Mustaqim menasihati anaknya.

Terdiam Tengku Arissya. Tiba-tiba dia rasa cuak bila teringatkan Tengku Harith Zaqwan. Lelaki tu dah lama tak menyapanya. Mungkin berkecil hati dengannya.

"Papa pergi kerja dulu ya. Dah lewat ni," sambung Datuk Mustaqim. Dia sengaja mahu membiarkan anaknya melayani perasaannya. Supaya Tengku Arissya boleh berfikir apa yang dia nasihati.

'Ya Allah.. betul ke Harith tak salah? Tengku Qistina dalang di sebalik semua ni? Tapi bila papa cakap macam tu, buat aku fikir balik.. ada benarnya apa yang papa cakapkan tadi. Kenapa aku bodoh ya? Kenapa aku suka sangat ikutkan emosi. Eeeii.. bencinya dengan diri sendiri. Benci!' Desis hati Tengku Arissya yang masih jauh mengelamun.

Bunyi loceng pintu depan rumah Tengku Arissya kedengaran.

"Eh, siapa pula?"

"Assalamualaikum.." bunyi suara beberapa orang memberi salam dari luar rumah.

Tengku Arissya menapak ke situ segera.

"Eh, laaa.. dah sampai pun. Eh, jomlah masuk," balas Tengku Arissya. Rupanya pembantu yang Datin Falida arah untuk ke sini dah sampai. Masuk kali ni dah tiga hari mereka datang sini.

Mereka yang bantu uruskan majlis perkahwinan Tengku Elvia tu muda-muda lagi, dalam umur 20an. Semuanya baik-baik. Ramah. Mesra dengannya. Seronok juga ada ramai orang kat rumah, hilang sunyi Tengku Arissya.

"Sorrylah Kak Arissya, kami semua datang awal.."

"Eh, elok sangatlah korang datang awal. Akak dah sediakan breakfast," balas Tengku Arissya.

"Laaa.. yeke? Tak menyusahkan ke? Kesian akak.."

"Menyusahkan apanya, korang kan banyak bantu buat persiapan majlis kahwin adik akak. Dah jom masuk!" Balas Tengku Arissya.

Tengku Arissya melayani mereka dengan baik. Dia memang sopan santun, ada budi pekerti yang baik. Sangat lembut terhadap saudara seislam.. itu sifat sebenar Tengku Arissya.

"Eh laaa.. sedapnyaaa Kak Arissya masak macaroni ni, goreng ke?" Soal Dania.

Tengku Arissya senyum, "Eh yeke? Akak main campak-campak aje tadi tu.."

Jawapan Tengku Arissya buat Dania, Nayla, Fisya, Qila dan Uyu tergelak.

"Makanlah ya, jemput makan. Akak nak ke tingkat atas kejap bersiap,"

"Kak Arissya nak pergi mana?" Soal Dania.

"Kejap lagi akak nak ambil baju pengantin kat butik, so korang duduklah ya. Semua bahan dah ada kat ruang tamu tu. Macam biasalah,"

"Owh okay-okay," balas mereka serentak.

Setengah jam kemudian Tengku Arissya turun dari tingkat bawah. Dia sudah siap bersiap.

Dia menuju ke ruang tamu, nampaknya Dania, Nayla, Fisya, Qila dan Uyu sudah selesai breakfast. Mereka sedang menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Akak nak keluar ke tu?" Soal Dania, sebelum sempat Tengku Arissya menyapanya.

"Ha'ah.. akak dah nak keluar ni. Kalau ada apa-apa contact akak ya Nia," pesan Tengku Arissya.

"Baiklah akak. Take care!" Ucap Dania.

Tengku Harith Zaqwan masih berbincang, serius wajahnya berurusan dengan kliennya. Kalau bab kerja dia selalu serius. Selesai urusan kerjanya, Tengku Harith Zaqwan rasa mahu menikmati udara pagi diluar dahulu sebelum masuk office. Dia berjalan di kawasan itu sendirian memerhati gelagat manusia, keretanya diparkir di kawasan hujung sana. Matanya melilau-lilau melihat kawasan itu. Jarang dia ke situ.

Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan melihat di sebelah sana ada butik pengantin, dia tertarik melihat gaun mewah berwarna putih yang ada depan butik itu yang digayakan oleh patung. Segera kakinya melangkah ke situ.

Dia masuk ke butik pengantin itu untuk melihat gaun mewah itu. Dia melihat baju-baju pengantin yang lain di situ juga begitu cantik. Namun dia terpaku hanya pada sehelai baju pengantin yang dia lihat tadi. Dia berdiri di situ melihat baju pengantin itu lama. Dia senyum. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Arissya. Kalaulah Tengku Arissya memakai baju pengantin itu sudah tentu dia kelihatan bagaikan seorang bidadari.

Tengku Harith Zaqwan terasa mahu saja membeli baju pengantin itu, tapi perlukah? Sedangkan Tengku Arissya belum tentu akan menjadi miliknya. Andai saja dia mampu mengubah takdir Tuhan, dia mahu Tengku Arissya menjadi milik dia untuk selama-lamanya.

Ketika Tengku Harith Zaqwan setapak ke belakang, dia terlanggar seseorang.

"Eh, sorry-sorry! Tak sengaja terlanggar," ucap Tengku Harith Zaqwan.

Gadis itu tertunduk, dia mengambil kembali plastik beg yang terjatuh ke lantai itu.

Sejurus selepas itu, dua mata saling bertaut lama. Terkedu. Tengku Harith Zaqwan menjatuhkan pandangannya pada genggaman tangan Tengku Arissya yang memegang plastik beg itu perlahan-lahan. Itu kan plastik beg baju pengantin.

Mata Tengku Harith Zaqwan berkaca. Namun dia tetap mengangkat wajahnya memandang Tengku Arissya, berusaha setabah mungkin menjadi lelaki yang terkuat walaupun sangat rapuh hatinya.

"Congratulations Tengku Arissya. I tak sangka you akan kahwin secepat ni,"

"Err.. I..."

"I doakan kebahagiaan you bersama si dia.." balas Tengku Harith Zaqwan segera berlari pergi dari situ tanpa menoleh lagi. Bersama hati yang kecewa.

Tengku Arissya terdiam, namun selepas itu dia keluar cepat-cepat dari butik pengantin itu untuk mengejar Tengku Harith Zaqwan, memberi sebuah penjelasan.

"Tengku Harith!"

"Harith! Harith wait, pleaseee.." Panggil Tengku Arissya berulangkali. Namun lelaki itu laju meninggalkan dia.

Dia yakin sudah pasti Tengku Harith Zaqwan fikir dia yang akan berkahwin. Lagipun soal perkahwinan Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish tidak dihebohkan lagi. Bila sampai masa pasti orang terdekat akan menerima undangan untuk majlis perkahwinan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience