BAB 210

Romance Completed 198147

Dua tiga hari kemudian, Remy muncul kembali. Dia menemui Tengku Qistina.

"Morning bosku!" Sapa Remy.

Tengku Qistina terkedu, "Kau rupanya!"

"Kenapa bos? Kenapa terkejut bila tengok aku ni?" Soal Remy. Dia memang bijak bersikap biasa.

Remy bangkit, Gee yang ada disitu mengacukan pistol ke dada Remy. Remy tersengih memandang Gee.

"Hey, sejak bila kau jadikan aku ni musuh kau?" Soal Remy tanpa takut.

"Sejak kau hilang pada malam tu. Kau ke mana?" Balas Gee bengis saja wajahnya.

"Aku ada hal, mak aku sakit. Aku bawa dia berubat.."

"Tipu!" Ucap Tengku Qistina.

Remy berpaling pada bosnya, "Buat apa aku nak tipu kau, bos. Mak aku sakit. Aku bawa dia berubat kat kawasan pendalaman kampung orang asli. Macam mana aku nak berhubung dengan kau kalau aku ada dalam hutan.."

Tengku Qistina memandang Gee, dia memberi isyarat supaya tidak mengacukan pistol pada Remy.

"Kau fikir aku belot? Atau akan ditangkap polis, begitu?"

"Ya, bukan mudah untuk aku percaya. Kau hilang macam tu aje malam tu.." balas Tengku Qistina.

"Hilang tak bermakna belot atau aku kena tangkap polis. Kalau pun aku ditangkap polis, aku sanggup membusuk dalam penjara tu tanpa mengaitkan kau, bos. Aku ni anak buah kau yang paling setia. Buktinya aku melakukan semua kerja aku dengan baik, cuma malam tu aku gagal.." jelas Remy panjang lebar.

Kepercayaan mula dapat digenggam semula.

"Kalau begitu selesaikan tugas kau yang gagal tu.."

"No problem.. aku boleh saja memerangkap adik kau dengan Tengku Emir Danish tidur bersama.."

"Tidak lagi, bukan tugas tu. Aku mahu kau melakukan kerja lain untuk aku.."

"Apa dia?"

"Aku mahu kau culik Datuk Mustaqim.."

"Untuk apa culik orang tua bangka tu?"

"Aku mahu Tengku Arissya dan Tengku Elvia menderita kerana kehilangan papanya.."

"Kau nak aku bunuh datuk?"

"Buat masa sekarang tak. Aku cuma mahu kau culik dan letak dia disuatu tempat dulu. Aku nak Tengku Arissya menderita, baru aku rasa puas.."

"Baik, aku akan ikut arahan kau tu.. tapi kita kena rancang perancangan dengan teliti. Kalau tak nahaslah," balas Remy.

"Ya, kau dengan Gee yang akan terlibat dalam tugas kali ini..".

"Faqrul?"

"Dia terlalu lembik. Biar dulu.."

Kini perancangan dirancang dengan teliti untuk kepuasan hati Tengku Qistina, yang tidak pernah insaf.

Petang itu Remy menelefon Tengku Harith Zaqwan memaklumkan perihal perancangan itu.

"Bagaimana, apa harus aku lakukan?"

"Tak apa, aku akan maklumkan pada Sharleez. Dia akan beraksi pada malam itu. Kau boleh berlakon berlawan dengan Sharleez agar Gee tidak syak sesuatu," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Baik aku akan buat apa yang kau nak tu.."

"Okay, jaga diri kau baik-baik. Mak kau ada dengan kami. Kesihatannya sudah semakin baik.."

"Alhamdulillah.. aku nak kau jaga mak aku baik-baik kalau ada sesuatu yang buruk terjadi pada aku.."

"Tak ada apa yang akan terjadi pada kau. Aku akan lindungi kau, Remy.." balas Tengku Harith Zaqwan.

Selesai bercakap dalam telefon, Remy segera pergi meninggalkan restoran itu. Namun dia perasan Gee mengikutinya. Barangkali dia tidak percaya. Tapi tidak mengapa, dia boleh menguruskannya.

"Macam mana?" Soal Tengku Qistina.

"Remy hanya keluar makan. Dia tak ada jumpa sesiapapun bos.."

"Bagus! Nampaknya dia memang tak belot pada kita.."

"Mungkin juga.."

"Sayangg... kenapa degil ni.."

Tengku Elvia tersengih, "Elvia mana ada angkat meja ni.. tarik aje abang.."

"Mana boleh tarik meja sayang. Tetap berat meja ni. Sayang duduk sana tu, biar abang angkat meja ni.." balas Tengku Emir Danish.

"Susahkan abang aje.."

"Eh, mana ada susahkan abang. Abang kan sado. Angkat sayang pun boleh tau.." usik Tengku Emir Danish.

Tengku Elvia tergelak, "Yelah tu.. perasan kuat.."

Tengku Emir Danish mengalihkan meja diruang tamu itu ditengah, dikelilingi sofa. Kemudian dia duduk disebelah isterinya.

"Sayang.. esok pergi rumah mama nak?"

"Boleh aje abang, lagipun kita dah lama tak ke rumah mama dan papa.."

"Ha'ah tulah kan, mama pun dah macam merajuk.."

"Tak apa esok kita pergi. Salah Elvia juga, busy kat ofis tu.."

"Apa pula nak salahkan diri sendiri sayang, abang pun busy juga. Sama-sama busy," balas Tengku Emir Danish.

"Hmm.. ya Elvia faham.."

Riak wajah isterinya tiba-tiba berubah menjadi mendung, "Sayang kenapa ni? Macam sedih aje.."

"Abang Elvia tak sedap hatilah," luah hatinya.

"Tak sedap hati kenapa? Sayang fikir apa ni?"

"Elvia tak sedap hati sebab fikirkan papa. Takut ada sesuatu yang buruk terjadi pada papa.."

"Sayang mesti masih ingat pasal mimpi tu kan?"

"Ya abang, lagipun Elvia dapat rasa yang dalam mimpi tu betul. Papa dan akak berada dalam kesusahan.."

"Sayang mimpi tu kan mainan tidur, dah berapa kali abang cakap. Tak adanya terjadi perkara buruk pada family sayang. Tadi abang jumpa papa, nampak papa okay je.."

Tengku Elvia hanya membisu.

"Haaa.. sayang pun kan kerja satu ofis dengan papa. Ada juga jumpa papa kan.." pujuk Tengku Emir Danish.

"Tapi abang..."

"Sayang semuanya akan okay. Dah ya jangan risau," ucap Tengku Emir Danish sambil menarik perlahan pergelangan tangan isterinya supaya melentokkan kepalanya di atas dadanya.

"Sayang kalau mengantuk tidurlah sini.. tak apa abang ada temankan sayang. Tak perlu risau lagi.."

"Hmm yelah, tapi Elvia nak tengok TV kejap ni.."

"Okay, kita tengok TV. Kejap abang cari channel mana cerita best," balas Tengku Emir Danish. Apabila menemui channel kegemarannya, mereka menikmati movie bersama.

Namun setengah jam kemudian, Tengku Elvia terlelap disisi suaminya. Tengku Emir Danish yang menyedarinya segera mencapai bantal kecil disebelahnya.. lalu membetulkan posisi tidur isterinya perlahan-lahan untuk tidur di atas bantal.

Dia berharap segala kekusutan yang bermain difikiran isterinya segera terhapus pergi. Dia tidak mahu isterinya terbeban oleh mimpi yang tidak pasti.

"Hai papa.. buat apa tu?" Sapa Tengku Arissya yang masih belum tidur.

"Baca akhbar yang hari ini,"

"Lewatnya papa baca.." usik Tengku Arissya. Datuk Mustaqim tersenyum mendengarnya.

"Biasalah papa kan busy, jadi baru sempat baca. Ni haa.. Arissya kerja macam mana, okay?" Soal Datuk Mustaqim yang sudah melipat surat khabarnya.

"Arissya bergurau aje papa. Alhamdulillah setakat ni everything okay paa.."

"Good!"

"Papa bila nak siap projek kat Melaka tu?"

"Sebulan dua lagi, kenapa?"

"Arissya ingat bila papa dah settle projek tu, apa kata kita luangkan masa bersama family untuk bercuti.."

Datuk Mustaqim tersenyum mendengarnya, "Cadangan yang bagus.."

"Actually Arissya tak sabar nak luangkan masa dengan papa dan Elvia. Dah lama kita tak pergi bercuti kan paa.."

"Nak ajak Elvia sekali? Papa rasa tak perlulah, lagipun adik kamu tu pregnant.."

"Alaaa paa.. Elvia bukannya sarat lagi. Sempat kalau dia ikut kita bercuti pun.."

"Okaylah up to you, tapi kena minta izin suami dia dulu," pesan Datuk Mustaqim.

"Okay papa.."

Pagi itu agak lama dua beranak itu berbual-bual. Al-maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja, jarang dapat meluangkan masa bersama. Waktu beginilah mereka berdua dapat berbual-bual.

"Dah lewat pagi ni, Arissya masuklah tidur ya. Esok nak kerja pula.."

"Okay paa.. papa pun sama ya. Selamat tidur, paa.."

Tengku Qistina pulang ke rumahnya. Dia mahu menemui adiknya, Tengku Delisha.

"Remy dah ada dengan akak,"

"Hah? Ke mana dia pergi selama ni?" Soal Tengku Delisha. Dia masih ingat pada seraut wajah lelaki itu.

"Dia pergi rawat mak dia sakit kat kawasan pendalaman, line handphone problem.." balas Tengku Qistina.

"Akak percaya?"

"Remy tak pernah belot dengan akak. Kerja dia tip top.."

"Okay baguslah, so macam mana rancangan kita tu? Jadi ke nak culik Datuk Mustaqim?"

"Of course.."

"Nanti akak akan bincang dengan Remy. Dia pakar bab ni. Akak yakin rancangan kita akan berjaya kali ni.."

"Okay, lagi cepat lagi bagus.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience