Rate

BAB 244

Romance Series 197165

Datuk Mustaqim sudah ke bank mengambil beberapa jumlah wang yang masih belum cukup untuk diserahkan pada pihak musuh.

"Mana duit aku?" Soal Sichai sambil menumbuk kuat perut Tengku Harith Zaqwan.

"Bukan sekarang. Aku belum ada baki duit tu," balas Tengku Harith Zaqwan perlahan.

Sichai semakin marah, dia memukul Tengku Harith Zaqwan berulangkali.

"Cukup! Berhenti pukul dialah, bodoh. Kau minta duit dengan dia kenapa? Aku pun ada duit banyaklah..."

Sichai berpaling ke arah Tengku Arissya, dia kemudiannya melulu ke arah itu dan menampar pipi Tengku Arissya. Tengku Arissya menjerit, bibirnya mengeluarkan darah merah halus.

"Kau jangan masuk campur!" Jerit Sichai.

Tengku Qistina tersenyum melihatnya, manakala Tengku Delisha seakan ingin mengalirkan air matanya. Dia tak sanggup melihat kakaknya terus menzalimi Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya.

"Kau memang iblis!" Marah Tengku Arissya sambil meludah ke arah Sichai.

Tengku Harith Zaqwan masih tertunduk, namun dia mendengar semuanya.

Sekali lagi Sichai bengang, dia menampar pipi Tengku Arissya.

"Cukuplah," ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan. Mukanya penuh darah.. bajunya juga terpalit darah merah.

"Aahh... Sakitlah!" Ucap Tengku Arsisya meronta apabila Sichai menarik bahagian belakang kepalanya, namun Tengku Arissya masih kekal bertudung.

"Woi, bro! Agak-agaklah, awek aku tuuu..." Marah Faqrul yang baru saja munculkan diri di situ.

"Kau diam boleh tak!" Tengking Sichai.

"Hei, kau dengar sini perempuan. Kalau jantan tu tipu aku, dia akan mati ditangan aku dan kau, aku akan jadikan sebagai pelacur..."

Mendengar perkataan 'pelacur' Tengku Harith Zaqwan meraung sakit terbunuh. Dia mengangkat wajahnya, tepat dia merenung tajam pada Sichai yang masih mencengkam kepala Tengku Arissya...

"Hei, bangsat! Jangan kau sebut perkataan 'pelacur' tu pada wanita terhormat..."

Sichai melepaskan cengkaman tangannya itu, dia berpeluk tubuh.. lalu tersenyum sinis pada Tengku Harith Zaqwan seakan memperlekehkannya.

"Aku peduli apa! Lagipun kau dah tak boleh buat apa. Dia akan hidup sebagai pelacur seumur hidup dia. Dan aku akan dapat duit yang banyak,"

Tengku Harith Zaqwan memberontak, seakan mahu menerkam ke arah Sichai. Renungannya tajam.

"Sumpah! Kalau ikatan besi pada tangan aku ni terlepas, aku akan patahkan tangan kau. Tangan yang sudah menyakiti Tengku Arissya. Aku tak main-main," balas Tengku Harith Zaqwan marah menyinga.

Sichai melulu ke arah Tengku Harith Zaqwan, lalu dicekik leher itu kuat.

"Aargh... hhh..."

"Lepaskan Harith! Aku kata lepaslah!!!!" Jerit Tengku Arissya berulangkali. Dia tidak sanggup melihatnya.

Tengku Qistina menghalang, "Sichai kawal amarah kau!"

"Biar dia mati!" Marah Sichai.

"Kalau dia mati kau sesen pun takkan dapat baki duit yang masih banyak tu. Fikirlah," balas Tengku Qistina mengingatkan.... Sichai akhirnya melepaskan cengkamannya itu. Tengku Harith Zaqwan terbatuk-batuk kuat. Dia kemudiannya muntah darah, barangkali cengkaman tangan Sichai terlalu kuat. Kesian Tengku Harith Zaqwan.

"Gila! Tengku Qistina betul-betul gila, Elvia benci dia papa! Elvia benci!" Marah Tengku Elvia apabila mendengar semua itu melalui alat yang dipasang oleh Adrian Smith.

"Sayang syhh, tenang sayang... Tenang..." Ucap Tengku Emir Danish memujuk isterinya, tubuh itu dipeluknya. Tengku Elvia menangis, dia risaukan kakaknya.

"Elvia risau abang, abang tolonglah buat sesuatu..." Ucap Tengku Elvia perlahan.

"Syhhh.. sayang tenang dulu, semua orang tengah usaha selamatkan Kak Arissya dan Harith," ucapnya sambil membelai lembut kepala isterinya.

"Tengku Emir, ada baiknya Tengku bawa Tengku Elvia berehat dibiliknya," ucap Sharleez.

"Betul kata Leez tu, papa setuju. Elvia kena rehat, tak boleh stress.." tambah Datuk Mustaqim. Kali ini Tengku Emir Danish mengangguk perlahan.

"Sayang.. kita naik bilik ya, abang temankan..."

Tengku Elvia hanya mengangguk perlahan. Dia sudah ke biliknya. Semoga dia lebih tenang.

"Macam mana kita nak bagi duit bakinya pada semua penyangak tu?" Soal Datuk Mustaqim.

"Kita kena sabar dulu, Datuk. Selagi Harith tak bagitahu pasal duit tu, kita tak boleh bertindak,"

"Tapi sampai bila?"

"Sampai Harith menyebut tentang baki duit tu. Kita akan terus mendengar melalui alat ini, baru bertindak.." ucap Adrian Smith tegas.

Sichai menapak keluar daripada tempatnya, jika dia berlama disitu dia takut pistolnya lapar darah.

Tengku Arissya sedih, air matanya tak henti mengalir. Teresak-esak dia.

"Qistina kau memang tak guna!" Tempik Tengku Arissya geram.

"Kau diam, Arissya!" Balas Tengku Qistina, yang tergesa-gesa mengejar Sichai.

"Sichai!"

"Kau nak apa lagi? Kau tahu tak semua yang jadi ni sebab kebodohan kau!" Marah Sichai yang sudah membuka pintu keretanya.

"Kenapa kau nak salahkan aku pula? Eh, kau ingat kau tu hebat sangat ke buat kerja? Kau pun pernah gagallah!"

"Aku tak kira, aku bagi kau masa dua tiga hari. Lepas tu pandai-pandailah kau nak settle,"

Sichai sudah memboloskan tubuhnya ke dalam kereta dan pergi dari situ.

Tengku Qistina kembali masuk ke tempat persembunyiannya. Dia menghampiri Tengku Harith Zaqwan yang sudah lemah.

"Harith!"

Rambut Tengku Harith Zaqwan dicengkam, ditarik. Dia mahu memaklumkan sesuatu pada lelaki itu.

"Aku nak kau settle bab duit tu secepat mungkin, kalau tak...."

Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan tergelak, sebelum Tengku Qistina menamatkan kata-katanya.

"Kalau tak apa?"

"Kalau tak aku akan hancurkan hidup Tengku Arissya,"

"Cubalah kalau berani, kalau itu yang kau lakukan aku bersumpah Qistina, aku akan bunuh kau! Aku akan bunuh kau!" Tempik Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Qistina menelan salivanya, takut pada renungan mata tajam milik Tengku Harith Zaqwan. Nampaknya dia akan benar melakukannya.

"Arghh, aku tak peduli! Aku nak baki duit tu..."

"Boleh, tapi masalahnya macam mana aku nak call Hud kalau kau ikat aku macam ni bodoh!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya hanya diam dalam tangisan.

"Bagitahu aku nombor siapa kau nak hubungi?"

Tengku Harith Zaqwan memberi nombor Hud Mikail, lagipun Tengku Qistina hanya mengenali Hud Mikail. Jika dia mendail nombor lain, boleh kantoi.

Kebetulan Hud Mikail dan Iris Ariana juga berada disitu. Mereka sudah berpakat dan mengetahui segalanya.

"Hud... Hud... aku ni Harith, Hud kau tolong aku!"

"Harith tenang. Apa yang kau nak minta tolong aku tu?"

"Sediakan baki duit tujuh puluh ribu ringgit, aku nak bagi kat betina iblis ni.."

"Okay, aku akan tunaikan kemahuan kau," balas Hud Mikail. Semua yang ada disitu mendengar. Hanya mengangguk faham.

"Hai, Hud. Apa khabar, you sihat?"

"Eh, kau tak payahlah nak berbasi basa dengan aku. Aku muak. Aku tak sangka kau yang aku kenal adalah perempuan iblis!"

"Okaylah, aku straight to the point. Aku cuma nak ingatkan kau. Jangan melibatkan pihak polis atau sesiapa. Jangan bertindak diluar batas, jika tidak aku akan bunuh Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya. Faham!" Ucap Tengku Qistina tegas.

"Kau memang tak guna, Qistina!" Marah Hud Mikail.

Tengku Qistina tergelak, "Siapa yang menentang aku memang buruk padahnya!"

Tuttt tuttt.. panggilan dimatikan.

"Tak guna!" Marah Hud Mikail.

"Betina tu tak ada bagi pun lokasi ke apa ni," sambungnya.

"Dia tentu akan tetapkan di mana tempat tu. Cuma dia tak bagitahu kau lagi," balas Adrian Smith.

"Jadi, nampaknya kita perlu menunggu lagi," ucap Datuk Mustaqim.

"Ya, Datuk. Tapi Datuk jangan risau, kali ni kita akan guna perangkap," balas Sharleez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience