Rate

BAB 293

Romance Series 197165

Bukan main gembira Tengku Arissya dapat bertemu dengan papanya, sebelum ni papanya bukan main sibuk, asyik outstation saja. Sekarang baru dapat bertemu...

Bila dapat bertemu boraknya lebih panjang, kebetulan waktu tu Tengku Elvia juga ada dirumah papanya dengan suaminya Tengku Emir Danish. Makin rancak bersembang hingga tak ingat dunia, sesekali terdengar gelak tawa Tengku Arissya dan Tengku Elvia, begitu juga dengan Datuk Mustaqim.

Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Emir Danish pula berbual agak jauh dari situ, namun begitu mata Tengku Harith Zaqwan asyik pada isterinya. Dia sebenarnya risaukan isterinya, dari tadi isterinya duduk terlalu lama disofa, terfikir juga dia tak lengguh ke pinggang isterinya? Kerana dia mula perasan isterinya seakan tidak selesa. Barangkali mula terasa lengguh dibahagian pinggangnya.....

Tengku Harith Zaqwan sengaja tidak berada disitu, dia ingin memberi ruang pada isterinya bermanja dengan bapa mentuanya... Itulah sebabnya dia mengajak Tengku Emir berbual dengannya saja.

"Perut akak tu dah nampak besar," ucap Tengku Elvia masuk pada topik hamil.

Tengku Arissya senyum sambil membelai perutnya, "Dah besar sikit, tapi tulah alahan teruk, akak asyik muntah aje. Ni tahan sikit sebab makan ubat tahan muntah yang doktor bagi..".

Tengku Elvia tergelak, "Haaa.. baru tahu, bukan senang akak nak melahirkan anak ni, lainlah macam Elvia dah nak masuk dua. Mungkin lebih senang bersalin. Dah ada pengalaman..."

"Ye akak tahulah awak tu dah nak masuk dua, akak ni yang tak pernah pregnant rasa cuak juga nak bersalin.."

Datuk Mustaqim tersenyum mendengarnya, dia menyampuk, "Anak pertama ke, kedua ke, arwah mama kamu bagitahu papa nak bersalin ni sakit, kena banyak bersabar..."

"Betul tu, papa. Elvia masa first time bersalin rasa macam nak mati. Sakit papa.."

"Alah, Elvia ni papa. Sakit nak bersalin pun, nak dapat pula anak kedua..." Usik Tengku Arissya sambil tergelak, diiringi Datuk Mustaqim.

"Kakak ni, Elvia kan muda lagi, time nilah nak pregnant.. ada anak ramai. Akak tu lepas bersalin yang anak pertama, mesti nak anak kedua, ketiga juga..." Balas Tengku Elvia. Datuk Mustaqim tergelak.

"Ek eleh, dia yang nak anak ramai cakap akak pula. Anak akak sorang ni pun tak lahir lagi ke dunia.."

"Okay dah-dah, jangan nak saling menang. Apa kata anak papa berdua ni ambil makanan tu hidangkan, kenyang juga perut papa..."

Tengku Arissya senyum, "Eh, lupa pula nak hidangkan kek ni untuk papa. Jom masuk dapur Elvia!"

Keduanya bingkas bangun menuju ke dapur untuk menghidangkan makanan yang dibawanya untuk Datuk Mustaqim.

Datuk Mustaqim memanggil kedua orang menantunya berada di sofa ruang tamu untuk menikmati makanan.

Tak sampai setengah jam, Tengku Arissya dan Tengku Elvia menapak ke ruang tamu bawakan dulang air dan kek untuk papanya dan suami masing-masing.

"Jemputlah makan.." ucap Tengku Arissya...

"Papa, ni kek yang Arissya buat sendiri tau.. tak beli.."

"Wah, kek coklat. Papa suka. Susah-susah aje buatkan untuk papa.."

"Tak apa, untuk papa kesayangan..."

"Ni pula cekodak pisang, Elvia buatkan untuk papa. Makanlah," tambah Tengku Elvia pula.

"Wahh.. kenyanglah papa hari ni, semua sedap ni. Siap ada minuman jus tembikai lagi ni..."

Tengku Harith Zaqwan hanya tersenyum melihat telatah isteri dan adik iparnya.

"Papa Arissya balik dulu ye," ucap Tengku Arissya sambil bersalaman dengan papanya. Diiringi Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia sudah pulang lebih awal disebabkan anaknya merenggek mahu balik.

Sepanjang perjalanan Tengku Arissya berkerut-kerut dahinya, dari tadi Tengku Harith Zaqwan perasan...

"Sayang are you okay?"

"Tak okay, Arissya sakit. Perut mengeras abang..."

"Why?"

"Entahlah, sakit abangggg..." Ucap Tengku Arissya seakan merintih.

"Allah.. kejap abang bawa pergi hospital terus ye..."

"Abang sakitttt...."

"Ye sayang yee.. sabar sayangg... Abang tengah drive ni, kita pergi hospital..."

Sepanjang perjalanan sampai ke hospital Tengku Harith Zaqwan resah, kesian dia tengok isterinya sakit sampai menangis. Tapi sekarang dia lega, mereka sudah sampai ke hospital. Doktor sudah merawat isterinya.

Kelihatan isterinya sudah keluar dari bilik doktor, setengah jam juga dia menunggu. Nurse tidak membenarkan dia masuk tadinya. Jadi dia akur...

"Sayanggg.. sayang dah okay ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang meminta isterinya duduk dulu di ruangan menunggu.

"Okay abang..."

"Doktor cakap apa?"

"Anak baru nak membesar, normal jadi macam ni, perut mengeras..."

"Tu je doktor cakap? Doktor tak ada bagi ubat apa-apa ke?"

"Tak, doktor suruh banyakkan berehat, jangan banyak berjalan dan kalau boleh kena minum banyak air..."

"Kalau macam tu lepas ni sayang kena ikut nasihat doktor, abang pun akan jaga sayang.."

"Jomlah kita balik," sambung Tengku Harith Zaqwan. Namun kelihatan agak sukar isterinya bangun, barangkali masih terasa sakitnya.

"Nak abang angkat ke bawa masuk kereta?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Kali ini Tengku Arissya tergelak kecil..

"Abang ni! Tak malu ke nak angkat Arissya? Tu tengok ramai patients kat sini..."

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Yee tak yee juga kan sayang. Abang pun segan.. okay, kalau macam tu meh abang tolong sayang... Pegang lengan abang, balik ni dah kena rehat..."

Tengku Arissya mengangguk faham. Mereka kemudiannya segera pulang.

Balik saja dari rumah mereka, Tengku Harith Zaqwan membawa isterinya masuk ke bilik tingkat atas...

Orang gajinya masih bekerja dengannya, cuma disebabkan ada masalah kekeluargaan mereka meminta izin untuk berhenti kerja, namun Tengku Harith Zaqwan tidak membenarkannya. Tunggu urusan mereka selesai, mereka akan kembali bekerja di rumahnya.

"Sayang tak nak mandi dulu ke sebelum tidur?"

"Arissya nak rehat je abang, tak nak mandi.."

"Kalau sayang penat, abang boleh tolong lapkan badan sayang, bagi segar sikit..."

"Tapi Arissya penat abang..."

"Okaylah okay, sayang tidur terus ye.." ucap Tengku Harith Zaqwan menyelimuti tubuh kecil itu.

Dia kemudian bingkas bangun untuk mandi, selesai mandi Tengku Harith Zaqwan kembali pada isterinya.. lama dia melihat wajah isterinya terlelap. Ada rasa gusar dijiwanya. Mana taknya, bukan main isterinya sakit apabila perutnya mengeras. Macam manalah kalau isterinya dah nak bersalin, mungkin sakitnya dua kali ganda. Kesian isterinya.. semoga Allah selalu menjaga kesayangannya. Pipi isterinya itu dicium sayang sebelum dia tertidur...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience