Rate

BAB 1

Romance Series 197233

Tengku Arissya menyaksikan mentari yang terbenam di Kota Paris. Dulu dia tidak pernah mengimpikan dirinya akan terdampar di bumi Paris ini atau melihat Menara Eiffel yang megah berdiri tentunya. Sebenarnya dia juga pernah menyimpan impian kecil untuk datang ke Kota Cinta ini bersama Tengku Harith Zaqwan. Namun sebelum sempat impian itu termakbul segalanya musnah. Tengku Harith Zaqwan telah membunuh perasaannya. Segala kepercayaan dan rasa cintanya untuk lelaki itu sirna. Semuanya gara-gara kemunculan Tengku Qistina.

Dia kini berdiri di hadapan Menara Eiffel tanpa cinta. Sendirian di penjuru dunia paling sunyi tanpa keluarga, jauh dari papanya Datuk Mustaqim dan adik perempuannya Tengku Elvia. Jauh di sudut hatinya dia rasa sedih, tapi dia perlu akur pada setiap keputusannya untuk terus tinggal di Kota Paris dan bekerja sebagai guru tuisyen disini.

Rasanya dia lebih senang jauh dari pandangan mata Tengku Harith Zaqwan. Kerana dia sendiri tidak mahu memandang wajah yang telah menghadiahkan kelukaan pada hatinya. Namun begitu dia redha pada setiap garisan takdir yang sudah tertulis. Mungkin ini jalan hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience