Rate

BAB 50

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan sudah lama berdiri disebalik sebatang tiang besar itu. Dia dapat melihat dari jauh Tengku Arissya yang baru sampai di tempat mengajarnya. Ada senyum yang terukir di wajahnya.

'Udara pagi memang menyejukkan abang, tetapi lebih menyejukkan lagi ketika melihat wajahmu, sayang..' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Masih setia Tengku Harith Zaqwan di situ melihat Tengku Arissya berbual dengan Serly di luar pintu pagar sebelum masuk mengajar. Sesekali Tengku Arissya tersenyum dan tergelak kecil, entah apalah yang dibualkannya itu. Makin lebar jugalah senyuman Tengku Harith Zaqwan. Hatinya mula berbicara, kali ini tentang rindu pula.

'Rindu? Jangan ditanya tentang rindu ini, sayang. Aku masih setia menunggumu. Walaupun mungkin rasa sabar buat aku sakit. Kerana setia, aku kecewa. Kerana rindu, aku menangis. Kerana cinta, aku terluka. Dan kerana sayang, aku bertahan. Hingga nanti kau lelah mencintai aku, aku akan merelakan untuk kau bahagia dengan pilihanmu. Mungkin, saat itulah waktu dimana aku harus berlalu dengan senyum tertahan luka. Hanya untuk melihat kau bahagia, sayang.. tapi saat ini aku masih mahu terus berjuang untuk kembali memiliki hatimu, walaupun kadang-kala aku ragu adakah kau masih mencintai aku. Aku tak ingin menyesal buat kali kedua, kerana aku pernah merasa sangat menyesal melepaskanmu buat kali pertama. Jika aku ditakdirkan bersamamu sayang.. aku akan memelukmu erat dan takkan pernah melepaskanmu walaupun dunia di sekeliling membunuhku.." Desis hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

Jauh Tengku Harith Zaqwan dihanyutkan oleh perasaannya, tidak perasan dia yang Tengku Arissya sudah tidak kelihatan di situ. Dia akhirnya beredar dari situ untuk memulakan kerjanya.

Aakif Aryanz masih lena dibuai mimpi, bukan main seronok dia berparti semalam dengan dua orang kawannya. Salah seorang kawannya sudah lama menetap di Kota Paris. Namanya Darius. Gaya hidupnya seperti bukan orang islam, terlalu jahil. Dia sudah terbiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat sehingga hati pun menjadi hitam pekat. Seorang lagi nama kawan baiknya ialah Zulfiqar. Kerjanya pun lebih kurang sama dengan Aakif Aryanz, suka menjerat perempuan kaya demi kepentingan diri sendiri. Semuanya gilakan harta.

Tidak dinafikan ketiga orang lelaki itu handsome, mungkin atas faktor itulah mereka telah menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menjerat perempuan. Namun ia tidak mampu menandingi ketampanan Tengku Harith Zaqwan. Seorang lelaki yang berkulit putih, memiliki hidung mancung, tinggi, tegak, segak dan berbadan sado. Mungkin disebabkan itulah hati Tengku Arissya selalu cair saat menatap wajah tampan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience