Rate

BAB 236

Romance Series 197165

"Hai sayang..." Sapa Tengku Harith Zaqwan, segak saja pemakaiannya. Dia datang menjemput Tengku Qistina pada malam tu.

"Wow.. you nampak lain malam ni Harith," ucap Tengku Qistina yang begitu seksi cara pemakaiannya. Hal biasa bagi seorang wanita seksi, dia suka mengayakan pakaian baby, nampaklah ketat sana sini. Tak cukup kain.

"Really? You nampak I handsome ke?"

"Ha'ah, gaya rambut you tu lain macam aje malam ni.."

"Biasalah sayang, I dah cakap kan yang I nak luangkan masa bersama you, bukan saja dikelab okay tapi dirumah you juga..." Balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah mengenyitkan mata pada Tengku Qistina. Boleh tahan Tengku Harith Zaqwan ni, dia punya lakonan menggoda mampu mencairkan hati Tengku Qistina.

"Okay sayang, jom!" Sambung Tengku Harith Zaqwan yang sudah menekan pedal minyak keretanya meluncur laju ke kelab malam.

Bunyi lagu disco begitu membingitkan telinga, Adrian Smith sudah berada di situ. Duduk di salah sebuah kerusi menikmati airnya.. kemudian dia ke tengah bulatan tarian, mahu menari. Berjoget sama. Jika dia tidak berbuat begitu orang akan syak, jadi dia menikmati saja keasyikan lagu disco itu.

Setengah jam kemudian, dia melihat Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Qistina sudah sampai, jelas dia dapat melihat gadis itu memaut pergelangan lengan lelaki itu kemas.

Adrian Smith masih meneruskan jogetnya, sekejap saja lagi dia akan duduk berdekatan Tengku Harith Zaqwan untuk menjalani tugasannya...

"Minum sayang?" Soal Tengku Qistina.

"Coca-cola.."

"You tak nak minum ni sayang?" Soal Tengku Qistina menunjukkan botol arak.

"No sayang, I tak suka baunya. I just mahu coca-cola.."

"Alright dear, ni for you..."

"Thank's.." ucap Tengku Harith Zaqwan minum airnya, Adrian Smith yang berada di situ hanya memerhati.

John ada diluar kelab, dia sedang menunggu bosnya. Dia dilarang masuk dalam kelab, dia hanya memerhati dari jauh.

"Sayang jom kita menari nak?" Ajak Tengku Qistina yang sudah menarik pergelangan tangan Tengku Harith Zaqwan.

"Jom!"

Tengku Harith Zaqwan ikutkan saja kemahuan gadis itu, dia mahu perancangannya berjaya pada malam itu. Dia tak ingin gagal. Tengku Harith Zaqwan sempat memberi ubat perangsang itu pada Adrian Smith tadinya, sempat bertukar tangan.

Dia meletakkan ubat itu dalam minuman Tengku Qistina. Tengku Harith Zaqwan tersenyum apabila Adrian Smith sudah memberi isyarat yang kerjanya sudah pun selesai.

"I penatlah, apa kata kita pergi minum dulu ya.."

Tengku Qistina mengangguk perlahan.

"Nah, minuman you sayang.."

Tengku Qistina menyambutnya tanpa curiga. Dia minum minuman itu sampai habis, beberapa minit selepas itu dia mula khayal. Kelakukannya ke arah keanehan, asyik mahu berpaut pada leher Tengku Harith Zaqwan. Bukan spesis monyet, tapi manusia yang bakal kehilangan kewarasannya gara-gara ubat perangsang.

Adrian Smith berbisik secara jauh, "Ubat tu memberi kesan yang terbaik, so now bawa dia balik. Kalau tak kau akan dapat masalah,"

"Kau gerak dulu.. kejap lagi aku hantar location rumah Tengku Qistina.."

Adrian Smith terus keluar dari kelab itu. Dia perlu sampai sebelum Tengku Harith Zaqwan sampai disana.

Beberapa minit kemudian, Tengku Harith Zaqwan menghantar lokasi rumah Tengku Qistina.

"Sayang jom balik..." Ucap Tengku Harith Zaqwan. Tengku Qistina yang dua kali mabuk bercampur dengan dia punya gedik ala-ala menggoda segera bingkas bangun, terhuyung-hayang. Memaut leher Tengku Harith Zaqwan.

Mahu saja dia menolak gadis itu, biar tergolek-golek jatuh kat kelab.. biar jadi santapan lelaki buaya yang dahagakan belaian manja. Tapi dia bukan lelaki sekejam itu.

"Woii! Kau nak bawa dia ke mana?" Soal satu suara dari belakang, siap pegang bahu Tengku Harith Zaqwan.

"Kau siapa hah?"

"Tak perlu tahu, kau nak bawa dia ke mana?"

"John.. John, kau jangan kacau dia. Dia teman lelaki aku. Gooo!" Marah Tengku Qistina. Nasib baik dalam keadaan macam itu pun gadis itu masih mampu memberi arahan.
John berundur. Dia menerima arahan itu.

Adrian Smith sudah sampai, ada Leo tercegat berdekatan kawasan rumah Tengku Qistina. Kebetulan tiada orang disitu, segera Adrian Smith bereskannya. Jadi, Leo sudah tumpas ditepi pokok itu.

Tinggal Tengku Harith Zaqwan membawa Tengku Qistina pulang saja, baru dia dapat masuk.

"You kenapa ni Qistina? Pleaselah diam, I nak drive..." Ucap Tengku Harith Zaqwan bosan, tangan Tengku Qistina asyik meraba tubuh sasanya.

"Sayang love you, you nak bawa I pergi mana ni, pergi bintang eh? Jomlaaaa..." Ucap Tengku Qistina tak tentu arah sambil tersenyum-senyum.

'Pergi mampuslah ke bintang tu, aku tak suka kau!' jerit hati Tengku Harith Zaqwan.

"Diam Qistina!" Ucap Tengku Harith Zaqwan bila Tengku Qistina berlebih-lebihan, mungkin sebab pengaruh ubat perangsang tu. Memang bahaya ubat tu, nasib baik dia masih kuat iman. Kalau tak boleh terbabas.

Sampai saja dirumah Tengku Qistina, dia memapah gadis itu turun tapi disebabkan lambat, dia membuat keputusan untuk mengangkat tubuh itu. Tubuh itu kecil kelihatannya, slim macam pinggang kerengga tapi sayang berat macam tong dram.. berpeluh dia.

Adrian Smith ada disitu, tapi dia berdiam diri. Dia tidak mahu kehadirannya diketahui Tengku Qistina. Tengku Harith Zaqwan masuk ke dalam rumah itu, dia letak Tengku Qistina atas sofa. Namun, lehernya dipaut gadis itu. Mencabar betul!

"Adrian goo!"

Adrian Smith segera bertindak, dia ke bilik itu satu persatu mencari telefon yang dimahukannya dan bahan bukti. Tengku Harith Zaqwan pula masih sabar melayani Tengku Qistina yang entah apa-apa perangainya. Nasib baik pipinya tidak dicium gadis itu, sempat mengelak. Gadis itu siap menarik bajunya, meminta dia menanggalkan bajunya. Gila! Memang betul-betul gila. Hebat betul ubat tu...

Kesian sungguh, apalah nasib perempuan baik yang dikhianati seorang lelaki. Diberinya ubat perangsang itu, lalu menghancurkan kesucian seorang wanita. Argh! Gila! Memang gila lelaki begitu... Tidak punya maruah dan harga diri, sanggup menghancurkan wanita demi nafsu semata.

Memang benar Tengku Qistina jahat, telah menghancurkan hidupnya tapi dia tidak pernah terfikir untuk merampas kesucian gadis itu.. kerana dia tahu maruah bukan ringgit nilaiannya. Walaupun seorang perempuan itu seksi (tidak menutup auratnya dengan sempurna), tapi dia tetap mempunyai maruah diri selagi kesuciannya masih ada. Dia tetap perlu dihormati. Menzalimi Tengku Qistina dengan cara sehina itu bukanlah jalan yang terbaik, dia hanya mahu membawa Tengku Qistina ke muka pengadilan, menerima hukuman di atas kekejamannya selama ini.

Adrian Smith tersenyum, dia sudah menemui telefon itu. Kali ini dia berjaya.

"John! Weii John!" Panggil Leo yang terikat disebatang pokok.

"Woii.. kau kenapa ni?"

"Ada orang pukul aku dari belakang, kau kena tengok bos!"

"Jom!"

"Woii, lepaskan aku dulu!"

John kembali melepaskan ikatan itu, dia segera berlari menuju ke arah rumah bosnya. Tengku Harith Zaqwan dan Adrian Smith sudah berlari pergi... Dia tinggalkan Tengku Qistina dalam bilik, siap berkunci. Dia tidak mahu gadis itu keluar.

John dan Leo menerima satu pesanan melalui whatsapp.

'Kau berdua balik. Aku nak rehat. Nak tidur, penat!'

"Weii, bos whatsapp. Jadi, dia tak apa-apalah. Jomlah balik, aku ni pun tengah lapar..." Ucap Leo.

"Tapi siapa pukul kau tadi?"

"Kita fikir lain kali, aku tengah lapar ni.." ajak Leo. John menurut kata. Mereka tidak jadi ke sana.

Tujuan Tengku Harith Zaqwan mengambil telefon Tengku Qistina tadinya, untuk dia whatsapp pada dua orang lelaki itu. Kerana dia tidak mahu dalam keadaan Tengku Qistina dibawah pengaruh ubat perangsang itu, tak mustahil dua orang lelaki itu (John dan Leo), akan merampas kesucian Tengku Qistina. Jadi, itulah sebabnya. Dia tak mungkin meninggalkan gadis itu dalam keadaan yang tidak baik. Dia bukan lelaki yang kejam. Dalam misinya, ada batasan yang perlu dijaga. Semoga Tengku Qistina selamat.

Tengku Arissya tidak sedap hati, debar jantungnya agak kencang. Dia asyik memikirkan tentang Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya tak tidur lagi?" Sapa Datuk Mustaqim.

"Hmm belum mengantuk.."

Semenjak papanya tidak membenarkannya ke tempat kerja, hubungan dengan papanya renggang. Dia masih marahkan Datuk Mustaqim. Tidak puas hati.

"Masih marahkan papa?"

"Mungkin ya..." Balas Tengku Arissya yang sedang berpeluk tubuh itu sambil memandang kolam renang.

"Arissya, papa cuma ada Arissya dan Elvia. Arwah mama dah pergi tinggalkan papa. Papa tak nak kehilangan sekali lagi..."

"Tapi papa tak boleh sekat atau mengatur kehidupan Arissya macam ni. Sekarang Arissya rasa macam tak ada life," luah hati Tengku Arissya yang sudah berpaling memandang papanya.

"Arissya dalam bahaya. Musuh masih belum ditangkap,"

"Hidup mati ketentuan Allah, papa. Kalau ditakdirkan Arissya pergi dulu, itu semua sudah ajal Arissya..."

"Tak, papa tetap tak boleh terima alasan apapun yang Arissya berikan.."

"Papa macam ni sebab Harith melarang papa supaya tak izinkan Arissya bekerja, right?"

"Tak juga, papa sendiri yang risaukan keselamatan Arissya.."

"Papa tipu! Arissya tahulah semuanya. Harith tu tak sudah-sudah dia nak tentukan hidup Arissya..."

"Tak baik buruk sangka dengan Harith. Harith tu sanggup korbankan apa saja untuk Arissya, apa yang dia lakukan bersebab..."

"Bersebab? Sebab apa!" Tengku Arissya sedikit menekan suaranya. Marah.

"Arissya tentu tahu, tanyalah hati sendiri..."

"Entahlah, susah nak cakap. Sebab apa yang Arissya rasakan sekarang ni hanya Arissya yang faham. Orang lain takkan faham.."

"Orang lain tak faham sebab Arissya tak cuba faham situasi yang berlaku sekarang ni," bidas Datuk Mustaqim.

"Arissya dah faham!"

"Tak, Arissya langsung tak faham apa-apa..."

"Kenapa papa lebih bela orang lain daripada anak sendiri ya.."

"Papa tak bela sesiapa kak, papa cuma buat semua ni supaya dia tak hilang lagi. Papa dah cukup bersedih kehilangan mama, jadi cukuplah akak faham..." Sampuk Tengku Elvia yang dari tadi mendengar perbualan antara papa dan kakaknya.

Tengku Arissya tidak berkata apa-apa, dia hanya melangkah masuk naik ke tingkat atas.

"Elvia tak fahamlah dengan akak tu pa, degil sungguh..."

"Papa tak tahu nak cakap apa, Arissya semakin keras kepala. Sukar dibawa berbincang, jiwanya memberontak. Mungkin dia stress asyik ada kat rumah aje..."

"Habis tu papa nak biarkan akak pergi kerja?"

"Papa rasa kalau itu yang dia nak, mulai esok papa dah tak kisah Arissya nak pergi manapun. Papa tak nak menghalang lagi.."

"Papaaa..." Tengku Elvia tak bersetuju, tajam dia merenung wajah senja itu.

"Papa dah penat Elvia. Papa tak nak mengundang kemarahan Arissya.."

"Tapi papa, bahayalah!" Marah Tengku Elvia, agak tinggi nada suaranya.

"Papa nak ke terjadi sesuatu pada akak?" Soalnya lagi.

"Tapi betul juga kata Arissya tu, ajal maut semua tu ketentuan Allah. Papa dah tak nak halang lagi," balas Datuk Mustaqim.

"Papa! Paaa..."

Tengku Elvia melepaskan keluhan kecil, buntu dia. Dia segera mencapai telefon dalam poket seluarnya untuk memaklumkan pada Tengku Harith Zaqwan. Dia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience