Get the app for full experience
"Alhamdulillah, kenyangnya. Sedaplah Arissya masak.." puji Iris Ariana.
"Alah, biasa aje I masak. You tu pun pandai masak.." balas Tengku Arissya, Iris Ariana senyum.
"Tak payah puji memuji, dua-dua masak sedap!" Celah Hud Mikail, tergelak semua yang ada di meja makan itu.
"Serasi tu tengok, dah kena ada baby awal," ucap Iris Ariana tiba-tiba apabila dia melihat Tengku Harith Zaqwan sedang asyik bermain dengan anaknya.
"Abang pun rasa macam tu, Harith dengan Arissya ni dah kena ada baby. Barulah meriah rumah," sampuk Hud Mikail.
Tengku Harith Zaqwan senyum, dia segan pula diusik begitu. Tengku Arissya juga diam saja, tapi jelas sudah kemerahan pipinya menahan rasa malu.
"Aku okay aje Hud dapat baby awal pun, tapi tulah belum planning lagi. Nak settle dulu benda yang tak settle," jawab Tengku Harith Zaqwan.
Hud Mikail mengangguk sambil menjawab, "Faham.."
Iris Ariana pun faham kemelut yang berlaku, masih ada yang mereka belum selesaikan.
Setelah selesai makan dan berbual-bual panjang, mereka pulang awal kerana Hud Mikail masih risaukan tahap kesihatan isterinya. Dhelisya (Dhel) juga sudah merenggek.
"Bro aku balik dululah ye, thanks tolong jagakan Dhel. Apa pun aku doakan urusan kau cepat settle," ucap Hud Mikail.
"Welcome, insya-Allah..."
"Arissya thanks ye. Tolong I jagakan Dhel, siap ajak I dinner kat rumah you lagi.."
"Welcome, Ariana. Alah, tak ada apalah. Kita pun dah saling kenal rapat.. I okay aje.."
Iris Ariana senyum. Dia senang hati dapat kawan yang baik macam Tengku Arissya. Patutlah Tengku Harith Zaqwan cintakan Tengku Arissya, baik sebenarnya dia. Walaupun dulu dia anggap Tengku Arissya keras kepala, degil dan agak kejam terhadap Tengku Harith Zaqwan tapi tak rupanya, mungkin luka lama yang menyebabkan egonya menjadi tinggi.
"Sepi pula dua-dua dah balik sayang..." Ucap Tengku Harith Zaqwan yang berpakaian baju melayu itu.
"Itulah kan abang, Arissya pun rasa sunyi aje.."
"Tak apalah, jom kita ke bilik sayang. Rehat. Esok sayang dah start kerja.."
"Tak rasa mengantuk lagi abang.." jawab Tengku Arissya.
Tiba-tiba deringan telefon milik Tengku Arissya kedengaran.
"Siapa tu sayang?"
"Airel.."
Wajah Tengku Harith Zaqwan berubah kelat.
"Lagi-lagi dia tu, tak faham abang. Kenapalah dia asyik nak call sayang. Dia tu siapa hah!"
"Abang calm down..."
"Abang tak suka dia kacau sayang.." jujur Tengku Harith Zaqwan mengucapkannya.
"Abang nampak macam marah sangat dengan dia. Benci sangat.."
"Betul abang marah sangat, benci tu ada tapi abang usaha tak nak ada rasa tu. Sebab tak elok.."
"Abang kena banyak sabar, Arissya akan settle dengan dia.."
'Abang sudah bersabar untuk beberapa tahun, sayang. Kalaulah sayang tahu siapa dia, tentu sayang marah apa yang telah dia lakukan selama ni pada abang. Abang berdiam diri sebab arwah mama cakap tak baik ada sifat marah dan benci, abang usaha buang semua tu dan bersikap biasa. Abang lupakan segala kejahatan dia tu, kalau ikutkan abang mampu bawa dia ke muka pengadilan tapi abang fikir dia juga seperti abang menginginkan sebuah kebebasan, ingin menikmati kehidupan dia dengan baik, untuk capai cita-cita dia dan jadi orang yang berjaya. Dia terlalu muda untuk hidup dalam besi yang terpenjara itu. Jadi, abang pertimbangkan semuanya sayang demi tidak membawa dia ke penjara..' desis hati Tengku Harith Zaqwan.
"Abang okay tak ni?"
"Hmm okay, abang nak naik atas kejap. Abang nak tidur. Rasa mengantuklah," balas Tengku Harith Zaqwan memberi alasan. Lagipun kesabarannya selalu menipis sekarang, sukar benar dia mencapai ketenangan itu.
Tengku Arissya hanya mengangguk perlahan.
'Aku janji akan settle benda ni cepat, aku tak nak suami aku merajuk macam ni lagi..' desis hati Tengku Arissya tanpa memahami apa-apa dan tahu siapa sebenarnya Airel Azumi.
Masih kedengaran panggilan itu, selagi tak jawab selagi itulah Airel Azumi akan terus menelefonnya.
"Hello, you nak apa sebenarnya ni?" Ucap Tengku Arissya agak beremosi. Geram.
"Huishh garangnyaaa you, but it's okay I suka.." usik Airel Azumi. Menyampah betul Tengku Arissya dengan lelaki macam tu.
"You jangan main-mainlah, you nak apa call I ni?"
"Nak cakap dengan youlah, I rindu you Arissya.."
"I busy ni, ada kerja nak buat. Kita cakap lain kali ajelah. Lagipun esok I dah masuk ofis.."
"Alah you ni, kejaplah. I nak sembang dengan you ni.."
Airel Azumi memang suka memaksa.
"Next time okay, I tengah busy ni.."
"Alright, so jumpa esok okay. I nak breakfast dengan you.. boleh?"
"Tak boleh, I breakfast kat rumah aje esok.."
"No, you kena breakfast dengan I. Esok I jemput you okay. Bye!"
Tuttt tuutttt..
Panggilan itu dimatikan, sakit betul hati Tengku Arissya. Lelaki itu memang suka memaksa.
Tapi tak apa, tengoklah semuanya bakal berakhir. Mahu atau tidak, lelaki itu perlu menerima hakikatnya yang dia sudah bersuami. Bersuamikan Tengku Harith Zaqwan. Lelaki yang paling dia cintai.