Rate

BAB 26

Romance Series 197165

Keesokannya Tengku Arissya sudah pulih dari sakit migrainnya. Dia semakin sihat dan sudah boleh mengajar seperti biasa. Tengku Harith Zaqwan yang ada di situ memerhati keadaan Tengku Arissya dari jauh tersenyum. Dia gembira melihat gadis itu sudah sembuh sepenuhnya.

Entah sejak bila agaknya Tengku Arissya ada sakit kepala teruk. Setahunya bekas isterinya itu sihat sebelum ini. Barangkali disebabkan terlalu banyak berfikir sampaikan dia dapat sakit migrain. Semuanya salah dia. Sebab dialah Tengku Arissya kena migrain. Kalaulah masa boleh diputarkan semula, dia mahu kembali menikmati kebahagiaan hidup bersama gadis itu. Tapi apalah daya dia. Terlalu banyak ujian menimpa dirinya sehingga dia terduduk menangis sendirian.

Suatu ketika dulu waktu dia sendirian, rindu sering membunuh hatinya sehingga dia menangis, walaupun tangisan itu tidak mengalir air jernih berwarna merah hati, tapi di hatinya penuh dengan darah luka yang tidak pernah kering. Dia terlalu merindui mamanya, Tengku Suria. Sejak dia kehilangan arwah papanya. Mama adalah satu-satunya tempat dia bersandar saat lelah, tapi kini mamanya telah dijemput Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis.

Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan, dia mahu menikmati pemandangan di Kota Paris. Cukuplah kalau dia tahu keadaan Tengku Arissya baik-baik saja hari ini.

Kenangan semalam bermain di ruangan matanya sejenak. Jeritan itu masih terngiang-ngiang di telinganya, "Mama!"

"Mama.. mama kenapa ni? Ya Allah.. kenapa banyak sangat darah ni? Mama kenapa?" Soal Tengku Harith Zaqwan pada ketika itu. Tengku Suria masih bernafas perlahan.

"Harith, mama mahu kamu kembali bersatu dengan Arissya. Ingat.. cari dia semula, jelaskan pada dia yang Harith tak salah.." balas Tengku Suria cuba bercakap.

"Harith janji akan cari Arissya dan jelaskan kebenaran tu.. tapi mama kena sihat balik. Harith akan cari doktor yang terbaik untuk rawat mama.."

"Harith masa mama dah tiba. Mama tak kuat nak bertahan lagi. Please, jaga diri Harith baik-baik. Jaga Arissya. Ingat, kebahagiaan perlu dicari jangan ditunggu.." Ucap Tengku Suria perlahan. Nafasnya tiba-tiba turun naik.

"Mama! Mamaaaa..."

"Maaf encik! Kami perlu rawat pesakit segera. Tolong tunggu diluar!" Balas doktor yang sudah bergegas membawa Tengku Suria ke dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama... Mamaaaaaa... Maaa.." Panggil Tengku Harith Zaqwan sambil mengalir air matanya. Sewaktu itu dia sendirian, tiada siapa yang menemani di sisinya.

Tengku Suria disahkan meninggal dunia akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan yang teruk dibahagian dalaman. Selain itu, dia juga menghadapi penyakit kanser paru-paru tahap keempat. Doktor sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Betapa sukarnya Tengku Harith Zaqwan menerima kenyataan itu. Hampir setahun dia bersedih. Bermuram. Berkurung dalam biliknya. Sewaktu sebelum mamanya kemalangan kes penceraiannya di mahkamah sudah selesai sepenuhnya. Tengku Arissya langsung tak tahu mengenai mamanya. Dia cuba hubungi tapi gadis itu sudah menukar nombor telefon baru.

Sejak Tengku Suria pergi seluruh jiwa Tengku Harith Zaqwan lumpuh. Dia hanyut dalam dunianya sendiri. Nasib baik dia masih memiliki Pak Cik Karim yang merupakan tukang kebun di rumahnya dan Mak Cik Timah yang merupakan orang gaji dirumahnya. Kedua orang tua itulah yang telah membangkitkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience